Isnin, 30 Oktober 2017

Celin ceriakan Red Warriors



Devinder Singh
devinder@nst.com.my
 
ALESSANDRO Celin yang sudah hampir meninggalkan Kelantan pada jendela perpindahan pertengahan tahun ini diangkat sebagai wira Kelantan.

Malam tadi penyerang Brazil itu yang diberi kepercayaan tampil dari bangku simpanan muncul penyelamat apabila meledak dua gol pada baki 10 minit terakhir bagi membolehkan Red Warriors menang 3-1 ke atas Melaka dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat.

Kemenangan itu secara tidak langsung menyelamatkan Kelantan daripada menghuni kelompok dua terbawah sekali gus tersingkir ke Liga Perdana musim depan.

Celin yang dihantui kecederaan musim ini jelas gembira kerana dapat memainkan peranannya sekali gus mengumpul empat gol dalam Liga Super.

“Saya tidak boleh menggambarkan perasaan saya kerana musim ini bukanlah mudah untuk saya,” kata Celin yang menjadi satu-satunya pemain yang masih bersama Kelantan kerana pasukan tidak dibenarkan mengikat pemain baharu susulan sekatan kewangan dikeluarkan Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP).

“Saya berusaha gigih minggu lalu dan setiap hari bagi membolehkan saya membantu Kelantan kekal dalam saingan Liga Super. Hari ini (semalam) Tuhan menganugerahkan saya dengan dua gol.”

Celin juga mengharapkan dua gol dilakukannya itu dapat diterima sebagai hadiah daripadanya buat penyokong Kelantan.

“Sesuatu yang amat penting kerana penyokong terlalu bersemangat untuk kelab ini,” katanya. “Saya harap mereka menikmati hari minggu mereka dan gembira kerana terus kekal di Liga Super.”

Selepas Nicholas Swirad menanduk masuk gol pembukaan bagi membantu Melaka mendahului ketika rehat, Kelantan terpaksa menunggu hingga minit ke-74 menerusi gol penyamaan Abou Bakr El Mel.

Tiga minit kemudian, Celin menggantikan Fadhilah Yusof dan meledak dua gol yang pastinya menjadi memori indah dalam kamus bola sepak Kelantan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Oktober 2017 @ 7:28 PM

Sabtu, 28 Oktober 2017

Kelantan kekal di Liga Super



Nazri Abu Bakar
sukanteam@nstp.com.my
 
TIGA gol lewat Kelantan menyelamatkan skuad itu daripada terjerumus ke Liga Perdana selepas menang 3-1 ke atas Melaka United pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Melaka, malam tadi.

Kelantan bermula garang dengan mencipta percubaan menarik pada minit ke-11 menerusi Norfarhan Muhammad namun sekadar tinggi melepasi palang gol Melaka.

Bertekad meraih kemenangan untuk kekal di Liga Super, The Red Warriors melakukan asakan demi asakan ke kubu Hang Tuah namun beberapa percubaan termasuk menerusi Azwan Arifin pada minit ke-20 tinggi melepasi palang gol tuan rumah.

Penguasaan penuh Kelantan bagaimanapun dicuri tuan rumah yang membuka tirai jaringan pada minit ke-30 menerusi tandukan Nicholas Swirad selepas menerima hantaran Felipe de Souza.

Kelantan akhirnya berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-74 menerusi tandukan Abou Bakar Al Mel dan diikuti gol kedua (m-81) dan ketiga (m-87) menerusi pemain gantian Alessandro Celin, cukup untuk skuad itu kekal di pentas Liga Super 2018.

Kebangkitan minit-minit akhir itu penuh dramatik dan mendebarkan buat kira-kira 3,000 penyokong pelawat yang mengharapkan kemenangan berpihak kepada mereka sekali gus relevan untuk terus bersaing di Liga Super musim depan.

Keputusan perlawanan Liga Super

• Kedah 0-0 Johor DT

• Sarawak 0-0 T-Team

• Melaka United 1-3 Kelantan

• Pahang 1-1 Perak

• Pulau Pinang 1-3 Selangor

• PKNS 2-4 Felda

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Oktober 2017 @ 11:51 PM

KEPUTUSAN PENUH MELAKA 1-3 KELANTAN



OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Melaka                          1-2 Kelantan
m-30 Nichola Ryan      m-74 Abou Bakr
                                     m-81,m-88 Alessandro Celin
PEMAIN MELAKA
01 MOHD FAZLI PAAT
05 NICHOLA RYAN SWIRAD
06 S.SIVANESAN
07 R.SURENDRAN
09 MARKO SIMIC
10 FELIPE DE SOUZA
19 JEON WOO YOUNG
24 FAUZI ROSLAN
25 JASMINE MECINOVIKJ
26 KHAIR JEFRI JONES
27 G.PUANESWAREN
PEMAIN KELANTAN
19 KHAIRUL FAHMI CHE MAT
06 FARISHAM ISMAIL
09 ABOU BKAR AL MEL
10 NOR FARHAN MUHAMMAD
PEMAIN GANTIAN
36 NIK ADLI

TERKINI MELAKA 1-3 KELANTAN



OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Melaka                          1-2 Kelantan
m-30 Nichola Ryan      m-74 Abou Bakr
                                     m-81,m-88 Alessandro Celin
PEMAIN MELAKA
01 MOHD FAZLI PAAT
05 NICHOLA RYAN SWIRAD
06 S.SIVANESAN
07 R.SURENDRAN
09 MARKO SIMIC
10 FELIPE DE SOUZA
19 JEON WOO YOUNG
24 FAUZI ROSLAN
25 JASMINE MECINOVIKJ
26 KHAIR JEFRI JONES
27 G.PUANESWAREN
PEMAIN KELANTAN
19 KHAIRUL FAHMI CHE MAT
06 FARISHAM ISMAIL
09 ABOU BKAR AL MEL
10 NOR FARHAN MUHAMMAD
PEMAIN GANTIAN
36 NIK ADLI

TERKINI MELAKA 1-2 KELANTAN



OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Melaka    1-2 Kelantan
m-30 Nichola Ryan
PEMAIN MELAKA
01 MOHD FAZLI PAAT
05 NICHOLA RYAN SWIRAD
06 S.SIVANESAN
07 R.SURENDRAN
09 MARKO SIMIC
10 FELIPE DE SOUZA
19 JEON WOO YOUNG
24 FAUZI ROSLAN
25 JASMINE MECINOVIKJ
26 KHAIR JEFRI JONES
27 G.PUANESWAREN
PEMAIN KELANTAN
19 KHAIRUL FAHMI CHE MAT
06 FARISHAM ISMAIL
09 ABOU BKAR AL MEL
10 NOR FARHAN MUHAMMAD

KEPUTUSAN MASA PERTAMA LIGA SUPER 28.10.2017



Kedah             0-0       Johor Darul Ta'zim
                       
PKNS 1-0       Felda United
m-23 Shahrul Azhar   
           
Melaka United            1-0       Kelantan
            1-0      

Pulau Pinang   0-1       Selangor
                              m-25 Andik Vermansah

Pahang            1-0       Perak
m-23 Christie Jayaseelan        

                       
Sarawak          0-0       T-Team

KEPUTUSAN MASA PERTAMA MELAKA 1-0 KELANTAN



OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Melaka    1-0  Kelantan
m-30 Nichola Ryan
PEMAIN MELAKA
01 MOHD FAZLI PAAT
05 NICHOLA RYAN SWIRAD
06 S.SIVANESAN
07 R.SURENDRAN
09 MARKO SIMIC
10 FELIPE DE SOUZA
19 JEON WOO YOUNG
24 FAUZI ROSLAN
25 JASMINE MECINOVIKJ
26 KHAIR JEFRI JONES
27 G.PUANESWAREN
PEMAIN KELANTAN
19 KHAIRUL FAHMI CHE MAT
06 FARISHAM ISMAIL
09 ABOU BKAR AL MEL
10 NOR FARHAN MUHAMMAD

TERKINI MELAKA 1-0 KELANTAN



OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Melaka    1-0  Kelantan
m-30 Nichola Ryan
PEMAIN MELAKA
01 MOHD FAZLI PAAT
05 NICHOLA RYAN SWIRAD
06 S.SIVANESAN
07 R.SURENDRAN
09 MARKO SIMIC
10 FELIPE DE SOUZA
19 JEON WOO YOUNG
24 FAUZI ROSLAN
25 JASMINE MECINOVIKJ
26 KHAIR JEFRI JONES
27 G.PUANESWAREN
PEMAIN KELANTAN
19 KHAIRUL FAHMI CHE MAT
06 FARISHAM ISMAIL
09 ABOU BKAR AL MEL
10 NOR FARHAN MUHAMMAD

MELAKA 0-0 KELANTAN



MELAKA  0-0 KELANTAN
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Melaka    0-0  Kelantan
PEMAIN MELAKA
01 MOHD FAZLI PAAT
05 NICHOLA RYAN SWIRAD
06 S.SIVANESAN
07 R.SURENDRAN
09 MARKO SIMIC
10 FELIPE DE SOUZA
19 JEON WOO YOUNG
24 FAUZI ROSLAN
25 JASMINE MECINOVIKJ
26 KHAIR JEFRI JONES
27 G.PUANESWAREN
PEMAIN KELANTAN
19 KHAIRUL FAHMI CHE MAT
06 FARISHAM ISMAIL
09 ABOU BKAR AL MEL
10 NOR FARHAN MUHAMMAD

Misi hidup mati Kelantan



Oleh YATIMIN ABDULLAH
BENSOH menuntut para pemain Kelantan mempamerkan aksi terbaik bagi menewaskan Melaka United sambil mengharapkan T-Team tewas kepada Sarawak untuk kekal di Liga Super 2018.

PASUKAN Kelantan tidak mempunyai pilihan kecuali menang ke atas Melaka United pada aksi hidup mati di Stadium Hang Jebat, malam ini jika mahu terus kekal dalam saingan Liga Super musim depan.
Advertisement

Pemangku jurulatih, Sathit Bensoh berkata, dia mahu barisan pemain Kelantan mempamerkan semangat juang tinggi bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

Menurutnya, dia berharap barisan pemain mendapatkan jaringan awal sebagai motivasi untuk meraih kemenangan pada perlawanan itu nanti.

“Saya akui rekod kita berdepan Melaka United tidak begitu baik apabila tewas dalam tiga perlawanan sebelum ini. Jadi untuk pertemuan hidup mati ini Kelantan wajib menang.

“Saya akui Kelantan berdepan tekanan, namun itu bukan alasan untuk kita tidak beraksi dengan baik dan menang pada perlawanan itu nanti,” katanya.

Bensoh memberitahu, dia akan mempertaruhkan barisan terbaik pada perlawanan itu bagi memastikan Kelantan kekal di Liga Super.

Katanya, tempoh rehat sebelum ini dimanfaatkan sebaik mungkin dalam merencanakan ramuan terbaik menentang Melaka United nanti.

“Saya juga telah meneliti rakaman pertemuan dengan Melaka United sebelum ini dan beberapa kelemahan telah dikenal pasti.

“Saya yakin, Kelantan akan memperoleh keputusan positif pada perlawanan itu nanti,” ujarnya.

Bensoh mengambil tugas selepas pengendali Kelantan Zahasmi Ismail bercuti daripada melatih Kelantan.

Selepas mengharungi 21 perlawanan, Kelantan menghuni tangga ke-11 dalam carta Liga Super dengan mengumpul 19 mata dan mereka perlu menang ke atas Melaka United sambil mengharapkan T-Team tumbang kepada Sarawak bagi terus kekal di Liga Super 2018

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=1028&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4wmyu3uus
Hakcipta terpelihara

Jumaat, 27 Oktober 2017

'Pemain tentukan hidup mati Kelantan'

Jumaat, 27 Oktober 2017 | 12:10pm
 
PEMAIN Kelantan menjalani latihan sebelum menentang pasukan Melaka United pada aksi terakhir Liga Super, malam esok. - Foto Nik Abdullah Nik Omar
'Pemain tentukan hidup mati Kelantan'
Oleh Attirmidzie Rahman
bhsukan@bh.com.my
KOTA BHARU: Barisan Kelantan diminta tidak terlalu memikirkan perlawanan Sarawak dan T-Team, sebaliknya memusatkan tumpuan untuk menewaskan Melaka United (MU) pada aksi terakhir Liga Super di Stadium Hang Jebat, malam esok.

Pemangku jurulatih The Red Warriors (TRW), Sathit Bensoh berkata, barisannya tiada pilihan selain menewaskan MU untuk kekal beraksi dalam kancah elit itu dan sekiranya tewas mereka boleh mengucapkan selamat tinggal.

"Ia satu tugasan besar buat saya dan pemain kerana perlawanan itu satu-satunya peluang terakhir buat Kelantan kerana sekiranya tewas kita terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Liga Super musim depan.

"Jadi, saya harap semua pemain berusaha habis-habisan malam esok. Jangan terlalu memikirkan keputusan aksi Sarawak menentang T-Team, sebaliknya takdir kita terletak di tangan kita sendiri," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kelantan kini menduduki tangga kedua tercorot dengan 19 mata dan hanya kemenangan mampu menghidupkan peluang mereka untuk kekal beraksi dalam Liga Super dengan syarat Sarawak dan T-Team seri atau tewas dalam pertembungan antara mereka.

Sarawak kini memiliki kelebihan satu mata di atas Kelantan, manakala T-Team mengumpul 22 mata tetapi sekiranya kelab dari Terengganu itu tewas di Kuching, Kelantan akan berkongsi 22 mata sekiranya menewaskan MU dan perbezaan jaringan juga lebih memihak TRW.

Sathit yang baru mengambil alih tugas Zahasmi Ismail bagaimanapun menegaskan TRW perlu bersedia menghadapi situasi dan detik sukar ketika beraksi di gelanggang lawan.

"Saya akui ia memang sukar buat TRW tetapi mahu atau tidak kita perlu hadapi dan mencari kemenangan dalam perlawanan itu.

"Selain barisan pemain yang lengkap, MU juga mempunyai aura penyokong yang kuat. Itu yang menjadi satu cabaran buat kita, pasukan perlu bersedia menghadapi keadaan itu nanti. Malah, saya yakin MU tidak akan memberi laluan mudah walaupun kedudukan mereka sudah terjamin," katanya.
Sumber-berita harian online Jumaat, 27 Oktober 2017 | 12:10pm

Bergaduh pula



 
Arkib 2.2.2008
Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
daei@kosmo.com.my
INSIDEN pergaduhan yang membabitkan pemain Johor dan Kelantan malam tadi.

MAIN bola sepak atau bertinju?
Itulah hakikat yang berlaku pada perlawanan bola sepak Liga Perdana antara Johor dengan Kelantan yang berkesudahan seri 1-1 di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunus, Larkin malam tadi.
Advertisement

Pergaduhan berpunca apabila penyerang import Johor, Otelo Ocampos Espinola yang dibentes keras oleh Mohd. Rizal Fahmi Rosid pada minit ke-65 gagal mengawal perasaan sehingga menyebabkan pemain kedua-dua pasukan mula berbalas tumbukan sesama sendiri di atas padang.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila pemain simpanan Kelantan, Mohd. Badri Radzi yang sedang memanaskan badan masuk campur sebelum menumbuk muka Espinola. Keadaan akhirnya berjaya dikawal pengadil, Syed Azhar Syed Kamar yang melayangkan kad kuning kepada Espinola dan Mohd. Rizal.

Pada perlawanan itu, pasukan tuan rumah terlebih dahulu menjaringkan gol pada minit ke-12 apabila rembatan Hairy Azly Mahamad hasil satu sepakan percuma terus menerjah jaring selepas Espinola dikasari di luar kotak penalti.

Begitupun, skuad Kijang yang menggandakan asakan selepas itu nyaris menyamakan kedudukan apabila rembatan ayam tambatannya, Mouhamadou Mustapha sedikit melewati palang gol pada minit ke-35, sebelum dia sekali lagi kecewa apabila tandukannya berjaya didakap kemas penjaga gol Johor, S. Shankar dua minit selepas itu.

Pasukan pelawat yang semakin garang pada separuh masa kedua semakin kecewa apabila pemainnya Mohd. Nizad Ayub yang tidak dikawal gagal mengawal kemas bola meskipun cuma berdepan satu sama satu dengan Shankar pada minit ke-46.

Gol penyamaan Kelantan akhirnya menjelma pada minit ke-61 apabila Mouhamadou mudah menanduk masuk hasil hantaran sudut selepas keadaan kelam-kabut di depan pintu gol Johor.

Dengan keputusan itu, Johor yang mengutip 23 mata masih gagal memintas pendahulu liga, Kuala Muda Naza manakala Kelantan kini mengutip 19 mata. Kedua-dua pasukan masih mengekalkan rekod tanpa kalah

sumberArtikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4wij0E8cI
Hakcipta terpelihara