Oleh MOHD. RIZALMAN NOR
MOUHAMADOU MUSTAPHA (kanan)
beraksi cemerlang untuk membantu kemenangan bergaya Kelantan.
JANGAN leka.
Itu pesanan ketua jurulatih
Kelantan, Norizan Bakar setelah anak buahnya menewaskan Sabah 2-1 dalam saingan
bola sepak Liga Perdana malam kelmarin.
Menurut Norizan, kejayaan
tersebut amat dinanti-nantikan oleh penyokong Kelantan yang membanjiri Stadium
Sultan Mohd. Ke-IV, Kota Bharu itu.
“Saya berpuas hati dengan
prestasi yang ditunjukkan oleh pemain terutama penyerang kita, Mouhamadou
Mustapha Mane yang menghadiahkan dua gol pada perlawanan itu,” katanya.
Norizan memberitahu, biarpun
berjaya menewaskan Sabah, masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki kerana
pasukan bimbingannya mempunyai banyak peluang keemasan namun gagal
dimanfaatkan.
Sementara itu, Pengurus Pasukan
Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakob berkata bahawa ganjaran bakal menanti pemain
Kelantan setelah berjaya menundukkan lawan.
“Perlawanan malam ini
(kelmarin) sungguh menarik dan bagi saya, ini adalah persembahan terbaik pemain
Kelantan selepas tiga aksi sebelum ini.
“Yang pasti ganjaran kepada
pemain dan jurulatih kali ini lebih menarik berbanding RM11,000 selepas
menundukkan Melaka sebelum ini,” katanya kepada pemberita di Kota Bharu malam
kelmarin.
Persatuan Bola Sepak Kelantan
(Kafa) telah menjanjikan ganjaran kepada pemain dan jurulatih setiap kali
menewaskan lawan sama ada di gelanggang sendiri mahupun di tempat lawan.
Kelantan akan turun menentang
skuad Harimau Muda di Stadium Nasional di Bukit Jalil malam esok.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0113&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz4w7ytEtfS
Hakcipta terpelihara
Tiada ulasan :
Catat Ulasan