SELEPAS mengharungi lima
perlawanan tanpa kalah, Kelantan kini semakin ghairah memburu kemenangan.
Mereka kini mencari kemenangan
keempat selepas mencatat tiga kemenangan dan dua seri setakat ini.
Yang pasti, mereka mahu
menjadikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai mangsa seterusnya pada aksi
yang akan berlangsung di gelanggang sendiri, Jumaat ini.
Lebih menggembirakan, skuad
Kijang itu juga menerima semula sentuhan bekas ayam tambatannya, Zairul Fitri
Ishak yang beraksi cemerlang ketika Kelantan menewaskan Harimau Muda 2-1 di
Stadium Shah Alam malam kelmarin.
Bekas pemain Kedah itu dilihat
sebagai pelengkap kepada pasukan Kelantan yang semakin mempamerkan prestasi
cemerlang kebelakangan ini.
Pengurus pasukan, Ahmad Jazlan
Yaakub berkata kepulangan pemain tersebut memberi suntikan semangat kepada
skuad bimbingan bekas jurulatih kebangsaan, Norizan Bakar itu.
Katanya, Zairul Fitri telah
mendapat pelepasan daripada Kedah dan telah mengikat kontrak selama setahun
bersama pasukan Kelantan yang kini berada di tangga keempat liga dengan
mengutip sebelas mata.
“Kita berjaya membawa pulang
dua pemain daripada skuad Liga Super termasuk bekas penjaga gol Terengganu,
Sarizan Ismail dan Zairul Fitri untuk memantapkan lagi cabaran Kelantan musim
ini.
“Kehadiran mereka diharap mampu
membantu pasukan ini yang rata-ratanya dibarisi pemain muda dan tidak
berpengalaman,” katanya di Kota Bharu semalam.
Tambahnya, prestasi para pemain
sangat memberangsangkan tetapi dia tetap menuntut anak buahnya untuk
mempertahankan rentak konsisten itu.
“Pada perlawanan menentang
Harimau Muda jentera serangan gagal beraksi cemerlang tetapi jentera tengah
berfungsi dengan baik sehingga menjaringkan dua gol,” katanya.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0116&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz4w8tuKvvn
Hakcipta terpelihara
Tiada ulasan :
Catat Ulasan