Oleh MOHD. LUQMAN HAKIM AB.
RAHIM
SKUAD muda Kelantan dituntut
mengekalkan rentak permainan dalam memburu kemenangan ketiga, seterusnya
memberi persaingan dalam saingan Liga Perdana musim ini.
Kelantan yang kini menduduki
tangga keenam dalam liga akan menerima kunjungan Sabah dan jurulatihnya,
Norizan Bakar berharap pemain-pemain muda terus mempamerkan aksi yang terbaik.
Kelmarin, Kelantan mula
menunjukkan taringnya apabila berjaya menundukkan Melaka dengan 3-1 untuk
meraih tiga mata penuh dalam saingan Liga Perdana di Stadium Sultan Mohd.
ke-IV, Kota Bharu.
Bagi Norizan, beliau merasa
bangga dengan persembahan yang ditunjukkan oleh anak didiknya yang melihat mutu
permainan yang lebih baik berbanding pada perlawanan pertama dahulu.
Norizan menyifatkan kemenangan
tersebut merupakan permulaan yang baik bermain di gelanggang sendiri dan ia
merupakan hadiah tahun baru kepada peminat negeri Cik Siti Wan Kembang yang
membanjiri stadium itu walaupun hujan.
“Sungguhpun menang, saya masih
nampak lagi kelemahan yang boleh diperbaiki lagi
“Ada empat hari lagi menjelang
perlawanan seterusnya dan masa yang ada ini akan digunakan sebaiknya untuk
mempertajamkan skuad ini,” jelasnya .
Pada aksi kelmarin, tuan rumah
berjaya membuka tirai gol seawal minit kesembilan menerusi tandukan cantik
pemain import, Andrew Amakuro.
Bagaimanapun, kelebihan satu
gol itu hanya bertahan selama tiga minit apabila Melaka berjaya bangkit untuk
meyamakan kedudukan menerusi jaringan Amrie Abdullah.
Namun semangat juang skuad muda
ini tidak luntur dengan pemburuan gol dan mereka berjaya mendahului semula pada
minit ke-83 hasil jaringan Mohd. Nizad Ayub sebelum Mohd. Ramzul Zahini
melengkapkan gol ketiga Kelantan pada minit-minit terakhir permainan.
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0102&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4w4Hcajj9
Hakcipta terpelihara
Tiada ulasan :
Catat Ulasan