Jumaat, 20 Oktober 2017

Zairol Fitri jerat diri sendiri



Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
KEGAGALAN Zairol Fitri Ishak menghadiri sesi latihan bersama pasukan Kedah petang semalam di Stadium Darulaman, Alor Star telah menjerat dirinya apabila bakal menerima tindakan disiplin daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Kedah (KFA).

Zairul Fitri sebelum ini, dikaitkan dengan perpindahan ke negeri kelahirannya oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) telah pulang ke Kelantan dengan alasan mendapat kerja di sana.

Pengurus pasukan Kedah, Datuk Othman Aziz (gambar) ketika dihubungi semalam berkata, Zairol Fitri masih terikat dengan pasukan Kedah dan tindakannya meninggalkan skuad Kedah telah melanggar perjanjiannya bersama pasukan itu sebelum ini.

“Seseorang pemain yang mahu berpindah mestilah menghantar notis kepada pihak pengurusan, bukannya meninggalkan pasukan dengan sesuka hati,” katanya.

Menurut Othman lagi, Zairol Fitri perlu mendapat sijil perpindahan antara negeri terdahulu jika ingin bermain bersama Kelantan.

Pada masa yang sama, Othman juga turut menangkis kenyataan Presiden KAFA, Datuk Seri Anuar Musa kelmarin yang menyatakan bahawa Kedah telah bersedia melepaskan pemain berkenaan kerana beliau belum membuat sebarang keputusan tentang pemain tersebut.

Beliau juga meminta KAFA menghormati tatacara yang telah digariskan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum membuat sebarang perpindahan pemain.

Othman berkata, sebagai badan profesional, KAFA sepatutnya tidak melakukan perpindahan pemain dengan sesuka hati tanpa merujuk kepada perjanjian pemain tersebut.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0104&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4w6miPJk2
Hakcipta terpelihara

Tiada ulasan :

Catat Ulasan