Arkib 2.2.2008
Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
daei@kosmo.com.my
INSIDEN pergaduhan yang
membabitkan pemain Johor dan Kelantan malam tadi.
MAIN bola sepak atau bertinju?
Itulah hakikat yang berlaku
pada perlawanan bola sepak Liga Perdana antara Johor dengan Kelantan yang
berkesudahan seri 1-1 di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunus, Larkin malam tadi.
Advertisement
Pergaduhan berpunca apabila
penyerang import Johor, Otelo Ocampos Espinola yang dibentes keras oleh Mohd.
Rizal Fahmi Rosid pada minit ke-65 gagal mengawal perasaan sehingga menyebabkan
pemain kedua-dua pasukan mula berbalas tumbukan sesama sendiri di atas padang.
Keadaan menjadi lebih teruk
apabila pemain simpanan Kelantan, Mohd. Badri Radzi yang sedang memanaskan
badan masuk campur sebelum menumbuk muka Espinola. Keadaan akhirnya berjaya
dikawal pengadil, Syed Azhar Syed Kamar yang melayangkan kad kuning kepada
Espinola dan Mohd. Rizal.
Pada perlawanan itu, pasukan
tuan rumah terlebih dahulu menjaringkan gol pada minit ke-12 apabila rembatan
Hairy Azly Mahamad hasil satu sepakan percuma terus menerjah jaring selepas
Espinola dikasari di luar kotak penalti.
Begitupun, skuad Kijang yang
menggandakan asakan selepas itu nyaris menyamakan kedudukan apabila rembatan
ayam tambatannya, Mouhamadou Mustapha sedikit melewati palang gol pada minit
ke-35, sebelum dia sekali lagi kecewa apabila tandukannya berjaya didakap kemas
penjaga gol Johor, S. Shankar dua minit selepas itu.
Pasukan pelawat yang semakin
garang pada separuh masa kedua semakin kecewa apabila pemainnya Mohd. Nizad
Ayub yang tidak dikawal gagal mengawal kemas bola meskipun cuma berdepan satu
sama satu dengan Shankar pada minit ke-46.
Gol penyamaan Kelantan akhirnya
menjelma pada minit ke-61 apabila Mouhamadou mudah menanduk masuk hasil
hantaran sudut selepas keadaan kelam-kabut di depan pintu gol Johor.
Dengan keputusan itu, Johor
yang mengutip 23 mata masih gagal memintas pendahulu liga, Kuala Muda Naza manakala
Kelantan kini mengutip 19 mata. Kedua-dua pasukan masih mengekalkan rekod tanpa
kalah
sumberArtikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4wij0E8cI
Hakcipta terpelihara
Tiada ulasan :
Catat Ulasan