ARKIB : 08/01/2008
KUALA TERENGGANU Terengganu
telah menamatkan kontrak penjaga gol Mohd. Shahrizan Ismail bagi membolehkan
pemain itu mewakili pasukan Liga Perdana Kelantan musim ini.
Jurulatih Terengganu Yunus Alif
berkata, Mohd. Shahrizan yang baru sahaja mengikat kontrak dengan pasukan itu
pada akhir Oktober lepas, mengambil keputusan pulang ke pangkuan Kelantan bagi
membolehkan beliau menabur jasa dan bakti kepada negeri kelahirannya.
Kita terpaksa melepaskan
penjaga gol itu selepas diminta oleh Kelantan, katanya semalam.
Mohd. Shahrizan berhijrah ke
Terengganu setelah berkhidmat di Perlis beberapa tahun lepas.
Yunus berkata, bekas penjaga
gol pasukan Piala Presiden, Khairil Zamri telah diserapkan ke pasukan utama
untuk mengambil tempat Mohd. Shahrizan.
Dalam perkembangan lain, Yunus
berkata, dia akan membuat sedikit rombakan dalam skuad bimbingannya itu
berikutan pemain kebangsaan Md Norfarhan Mohamad yang cedera di buku lali
ketika bertemu Polis Diraja Malaysia di Stadium Selayang, Sabtu lepas dan
memerlukan sedikit masa untuk sembuh.
Selain itu, pemain import,
Gliesson Freire pula mendapat kad merah dalam perlawanan yang sama, sekali gus
tidak dapat bermain dua perlawanan iaitu ketika Terengganu menentang Selangor
di sini pada 15 Januari akan datang dan Brunei DPMM di Brunei pada 19 Januari.
Bernama
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0108&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_07.htm#ixzz4w7V4Aoue
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan :
Catat Ulasan