Jumaat, 10 Oktober 2014

KEPUTUSAN PENUH SUKU AKHIR KEDUA KEDAH 3-0 KELANTAN


OLEH – AHMAD YAAKOB
KEDAH                  1-0 KELANTAN
m-42 Hanif Mat Zahir
m-57 Badrol Bakhtiar
m-90 Syafiq Ahmad
PEMAIN KEDAH
25 SAIFUL AMAR SUDAR
03 ADAM GRIFFITHS
06 SHAFIZAN HASYIM
07 BADDROL BAKHTIAR
09 BILLY MEHMET
13 KHAIRUL HELMI JOHARI
15 RIZAL GHAZALI
18 KHYRIL  MUHYMEEN
31 SYAZWAN TAJUDIN
33 HANIF MAT ZAHIR
50 NAMKUNG WOONG
PEMAIN GANTIAN
35 FARHAN ROSLAN
32 SYAFIQ AHMAD
17 AZMIZI AZMI

PEMAIN KELANTAN
19 KHAIRUL FAHMI CHE MAT
05 NIK SHAHRUL AZIM
06 FARISHAM ISMAIL
10 FORKEY DOE
16 BADRI RADZI
17 SHAWKY YAZID
23 KHAIRUL UZUAN ROSLI
26 HUSSEIN ALLA
43 BRENDAN GAN
45 FITRI OMAR
PEMAIN GANTIAN
08 WAN ZAHARULNIZAM
44 WAN ZACK HAIKAL


KEPUTUSAN MASA PERTAMA SUKU AKHIR KEDUA KEDAH 1-0 KELANTAN

OLEH – AHMAD YAAKOB
KEDAH                  1-0 KELANTAN
m-42 Hanif Mat Zahir
PEMAIN KEDAH
25 SAIFUL AMAR SUDAR
03 ADAM GRIFFITHS
06 SHAFIZAN HASYIM
07 BADDROL BAKHTIAR
09 BILLY MEHMET
13 KHAIRUL HELMI JOHARI
15 RIZAL GHAZALI
18 KHYRIL  MUHYMEEN
31 SYAZWAN TAJUDIN
33 HANIF MAT ZAHIR
50 NAMKUNG WOONG
PEMAIN GANTIAN

PEMAIN KELANTAN
19 KHAIRUL FAHMI CHE MAT
05 NIK SHAHRUL AZIM
06 FARISHAM ISMAIL
10 FORKEY DOE
16 BADRI RADZI
17 SHAWKY YAZID
23 KHAIRUL UZUAN ROSLI
26 HUSSEIN ALLA
44 BRENDAN GAN
45 FITRI OMAR
PEMAIN GANTIAN



PERLAWANAN SUKU AKHIR KEDUA KEDAH 0-0 KELANTAN

OLEH – AHMAD YAAKOB
PEMAIN KEDAH
25 SAIFUL AMAR SUDAR
03 ADAM GRIFFITHS
06 SHAFIZAN HASYIM
07 BADDROL BAKHTIAR
09 BILLY MEHMET
13 KHAIRUL HELMI JOHARI
15 RIZAL GHAZALI
18 KHYRIL  MUHYMEEN
31 SYAZWAN TAJUDIN
33 HANIF MAT ZAHIR
50 NAMKUNG WOONG
PEMAIN GANTIAN

PEMAIN KELANTAN
19 KHAIRUL FAHMI CHE MAT
05 NIK SHAHRUL AZIM
06 FARISHAM ISMAIL
10 FORKEY DOE
16 BADRI RADZI
17 SHAWKY YAZID
23 KHAIRUL UZUAN ROSLI
26 HUSSEIN ALLA
44 BRENDAN GAN
45 FITRI OMAR
PEMAIN GANTIAN



Jumaat, 3 Oktober 2014

Felda malukan Selangor di Shah Alam

 
PEMAIN Selangor, Ahmad Hazwan Bakri (tengah) diasak dua pemain Felda, Mohd. Aizul Ridwan (kiri) dan Mohd. Nasriq Baharom dalam perlawanan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam tadi. - UTUSAN/Mohd. Shaharani Saibi
Advertisement

SHAH ALAM - Juara 32 kali Selangor tersembam di laman sen­diri apabila kalah tewas 0-4 di tangan naib juara Liga Perdana, Felda United di Stadium Shah Alam dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia malam tadi.

Pertahanan Selangor ternyata tidak berupaya mengekang pergerakan Ndumba Makeche yang meledak hatrik dengan jaringan pada minit ke-19, 83 dan 85.

Satu lagi gol Felda disumbangkan Edward Wilson Junior pada minit ke-45 hasil hantaran silang Mohd. Raimi Md. Noor.

Bertambah memburukkan keadaan, para penyokong Selangor membaling bom asap pada minit ke-86 yang dijangka akan menyebabkan skuad The Red Giants pasti dikenakan hukuman berat oleh FAM.Sementara itu pasukan pilihan Johor Darul Ta’zim (JDT) sekadar seri tanpa jaringan dengan Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Mendominasi hampir sebahagian besar aksi babak pertama khususnya pada awal perlawanan, anak buah Abdul Rahman Ibrahim bagaimanapun dihampakan oleh kegagalan rangkaian penyerang mereka menyudahkan peluang, terutamanya menerusi gandingan Abdul Manaf Mamat dan Ashaari Shamsudin.

Pelawat yang sesekali mengasak berpeluang mendahului namun benteng pertahanan tuan rumah yang diterajui Vincent Bikana berjaya menidakkan peluang tersebut.

Keputusan seri 0-0 itu bagaimanapun memberi kelebihan kepada JDT yang akan menjadi tuan rumah di Johor Bahru 18 Oktober ini.

Dickson Nwakaeme pula menyelamatkan Pahang yang menempah laluan berduri apabila sekadar seri 1-1 dengan PDRM di Stadium Darul Makmur, yang menyaksikan penjaga gol tuan rumah Nasril Nourdin dibuang padang.

‘Orang besi’ Nwakaeme menja­ringkan gol pada minit ke-55 setelah PDRM terlebih dahulu memperoleh gol pertama minit ke-42 apabila sepakan bebas Charles Souza Chad di luar kotak ditepis penjaga gol gantian Khairul Azhan Mohd. Khalid hanya untuk menyaksikan Fauzi Abd. Majid menyambar bola dan menyepak masuk.

Sepakan bebas itu diperoleh apabila penyerang dari Maldives, Ali Ashfaq dijatuhkan oleh Nasril di luar kotak penalti yang menyebabkan dia dibuang padang.

Kelantan pula meraih bekalan selesa untuk ke Alor Setar nanti apabila menewaskan Kedah 3-1 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV apabila Francis Forkey Doe menjaringkan dua gol.

Beraksi dalam keadaan hujan renyai di hadapan lebih 25,000 penyokong setia, Kelantan bermula garang apabila berjaya mendahului Kedah seawal minit ketujuh hasil jaringan Forkey Doe yang tenang menanduk masuk bola menerusi sepakan penjuru ketua pasukan Mohd. Badri Radzi.

Forkey Doe sekali lagi menceriakan penyokong tuan rumah dengan mele­dakkan gol kedua pada minit ke-24 dan semakin selesa 15 miinit selepas rehat apabila Ahmad Fakri Saarani meledakkan gol ketiga pada minit ke-60 menerusi tandukan terbang untuk menyambut umpanan Mohd. Badhri Radzi.

Kedah berjaya merapatkan jurang jaringan pada minit ke-70 menerusi rembatan kencang dalam kotak penalti oleh pemain gantian, Syafiq Ahmad. Jaringan tersebut menyuntik semangat pelawat yang terus mengasak sehingga hampir memperolehi gol kedua pada minit ke-79 namun rembatan kencang Baddrol Baktiar dari luar kotak penalti ditepis keluar Khairul Fahmi Che Mat.
Sumber-

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20141004/su_06/Felda-malukan-Selangor-di-Shah-Alam#ixzz3F7tYBYKK © Utusan Melayu (M) Bhd

Jadual Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 2014



SUKU AKHIR 1 - 03 Oktober 2014 (Jumaat)
49
QF 1
Selangor
mln
KL Felda United FC
8.45mlm, Stadium Shah Alam
50
QF 1
Kelantan
mln
Kedah
8.45mlm, Stadium Sultan Mohamad Ke IV, Kota Bahru
51
QF 1
Terengganu
mln
Johor Darul Ta'zim
8.45mlm, Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu
52
QF 1
Pahang
mln
PDRM
8.45mlm, Stadium Darul Makmur, Kuantan


sumber-http://malaysiafootball-dimos.blogspot.com/

Wan Zack bersedia gegar Kedah

MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD
30 September 2014
Wan Zack (kanan) bersedia diturunkan jika mendapat kepercayaan Boateng apabila Kelantan berdepan Kedah pada saingan suku akhir pertama Piala Malaysia di Kota Bharu, Jumaat ini.
Wan Zack (kanan) bersedia diturunkan jika mendapat kepercayaan Boateng apabila Kelantan berdepan Kedah pada saingan suku akhir pertama Piala Malaysia di Kota Bharu, Jumaat ini. Wan Zack (kanan) bersedia diturunkan jika mendapat kepercayaan Boateng apabila Kelantan berdepan Kedah pada saingan suku akhir pertama Piala Malaysia di Kota Bharu, Jumaat ini.

DUA kali beraksi dalam dua perlawanan persahabatan selama 45 minit memberi petanda pemain sayap Kelantan, Wan Zack Haikal Wan Noor kini bersedia sepenuhnya membuat penampilan sulung pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia menentang Kedah, di Kota Bharu, 3 Oktober ini.

 Biarpun belum mencapai tahap prestasi sebenar, namun Wan Zack Haikal menyifatkan peluang diturunkan ketika menentang Perak dan Terengganu baru-baru ini mampu menyuntik keyakinan untuk dia kembali beraksi pada perlawanan kompetitif, selepas ini. 

 “Saya akui tahap kecederaan masih belum pulih 100 peratus, tetapi selepas bermain dalam dua perlawanan persahabatan itu, ia memberi sedikit keselesaan buat saya untuk membantu Kelantan dalam kempen Piala Malaysia musim ini.

 “Sejujurnya, saya sudah bersedia diturunkan jika ketua jurulatih (George Boateng) sendiri memberikan kepercayaan kepada saya untuk berada dalam perancangannya apabila berdepan Kedah nanti,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

 Tidak sukar memahami isi hati Wan Zack Haikal memandangkan bekas pemain Harimau Muda A itu sendiri nyata tidak sabar mahu kembali beraksi di atas padang setelah sekian lama menjalani proses rehabilitasi akibat kecederaan lutut kanannya.

 “Sejak beraksi dengan Kelantan, saya makin selesa dengan corak latihan Boateng. Saya mahu buktikan kepada penyokong pasukan ini, sentuhan saya masih belum hilang meskipun hampir 11 bulan tidak bermain dalam perlawanan kompetitif,” katanya. 

 Bagaimanapun, pemain kelahiran Maran, Pahang itu mengakui tiada jaminan mudah untuk dia merebut tempat sebaliknya perlu bersaing dengan rakan sepasukan lain jika mahu berada dalam kesebelasan utama The Red Warriors.

 “Saya perlu bekerja lebih keras kerana barisan pemain yang dalam pasukan ini tampak sukar digugat. Apa pun, saya anggap ini satu persaingan sihat dan perkara biasa dalam bola sepak,” katanya.

 Sementara itu, pemain berusia 23 tahun itu berharap rakan sepasukannya memanfaatkan kelebihan bermain di gelanggang sendiri pada aksi suku akhir pertama untuk mencari bekalan selesa sebelum membuat perhitungan kedua di Alor Setar, 17 Oktober nanti.

 “Biarpun Kedah beraksi dalam kancah Liga Premier, namun keupayaan pasukan itu mara ke suku akhir Piala Malaysia musim ini wajar menerbitkan rasa gerun buat Kelantan. Skuad kendalian Tan Cheng Hoe nyata bukan calang-calang pasukan dan kami tidak boleh memandang rendah kemampuan mereka pada perlawanan ini,” katanya.

Sumber-SINAR HARIAN ONLINE 30 September 2014