Jumaat, 29 November 2019

KELANTAN 2012


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
19 KHAIRUL FAHMI CHE MA7
02 AZIZI MATT ROSE
03 S.SUBRAMANIAM
06 FARISHAM ISMAIL
08 SHAKIR SHAARI
09 NORSAHRUL IDLAN TALAHA
10 NORFARHAN MUHAMMAD
11 AZIZ ISMAIL
13 INDRAPUTRA MAHAYUDDIN
18 DENNIS ANTWI
22 MUHAMMAD GHADDAR

Rabu, 27 November 2019

LIGA PRIMIER 2008

LP 2 - Disember 28, 2007 (Jumaat)
PKNS FC, Selangor0-1Kuala Muda NAZA, Kedah
Liew Kit Kong (8')
Std MBPJ, Kelana Jaya
Felda United FC, Kuala Lumpur
Khairul Izuan Khalid (41')
1-1Kelantan
Mouhamadou Moustapha (61')
Std Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

LIGA PRIMIER 2008

LP 1 - Disember 21, 2007 (Jumaat)
Kelantan
Mouhamadou Moustapha (9', 56')
2-0PKNS FC, SelangorStd Sultan Mohamed Ke-IV, Kota Bharu

Ahad, 24 November 2019

Keputusan Kelantan Vs Kuala Lumpur 28 Januari 2012 | Liga Super Malaysia


Keputusan Kelantan Vs Kuala Lumpur 28 Januari 2012 dalam aksi Liga Super Malaysia menyaksikan Kelantan menang 3-0 keatas Kuala Lumpur. Gol pertama Kelantan dijaringkan oleh penyerang sensasi mereka, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke 46.Badri Radzi dan Danny Antwi menambah gol untuk Kelantan. Keputusan penuh Kelantan 3-0 Kuala Lumpur. Dengan kemenangan ini Kelantan terus berada ditakhta Liga Super Malaysia dengan 13 mata manakala Kuala Lumpur terus berada ditangga terakhir liga dengan 1 mata. Kelantan terus mendaki puncak momentum sebaik pusingan ke-2 Liga Super bakal menjelang apabila menjadikan Kuala Lumpur mangsa terbaru selepas berpesta sabtu lalu dengan menumbangkan juara baru Piala FA musim ini, Negeri Sembilan. Gol-gol pasukan Kelantan pada malam ini dijaringkan oleh :Norshahrul Idlan Talaha (2 gol)Mohd Badri Radzi

                            

Kelantan gegar



Rizar Mohd Noor di Singapura bhsukan@bharian.com.my 2012/01/11
MUHAMAD Ghaddar (kanan) meraikan gol jaringan menerusi sepakan penalti pada aksi pembukaan Liga Super di Stadium Jalan Besar, Singapura, semalam.NS, Selangor seri; Perak kejutkan Terengganu 1-0KETIKA tertekan, Kelantan kembali menunjukkan ciri-ciri sang juara apabila gah bangkit memadamkan 'memori perit' untuk menewaskan Lions XII 2-1 dalam aksi pembuka Liga Super di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam tadi.[1]
__________________________________
[1]bhsukan@bharian.com.my 2012/01/11

Sabtu, 23 November 2019

Kekal rentak permainan – Norizan


Oleh MOHD. LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
SKUAD muda Kelantan dituntut mengekalkan rentak permainan dalam memburu kemenangan ketiga, seterusnya memberi persaingan dalam saingan Liga Perdana musim ini.
Kelantan yang kini menduduki tangga keenam dalam liga akan menerima kunjungan Sabah dan jurulatihnya, Norizan Bakar berharap pemain-pemain muda terus mempamerkan aksi yang terbaik.
Kelmarin, Kelantan mula menunjukkan taringnya apabila berjaya menundukkan Melaka dengan 3-1 untuk meraih tiga mata penuh dalam saingan Liga Perdana di Stadium Sultan Mohd. ke-IV, Kota Bharu.
Bagi Norizan, beliau merasa bangga dengan persembahan yang ditunjukkan oleh anak didiknya yang melihat mutu permainan yang lebih baik berbanding pada perlawanan pertama dahulu.
Norizan menyifatkan kemenangan tersebut merupakan permulaan yang baik bermain di gelanggang sendiri dan ia merupakan hadiah tahun baru kepada peminat negeri Cik Siti Wan Kembang yang membanjiri stadium itu walaupun hujan.
“Sungguhpun menang, saya masih nampak lagi kelemahan yang boleh diperbaiki lagi
“Ada empat hari lagi menjelang perlawanan seterusnya dan masa yang ada ini akan digunakan sebaiknya untuk mempertajamkan skuad ini,” jelasnya .
Pada aksi kelmarin, tuan rumah berjaya membuka tirai gol seawal minit kesembilan menerusi tandukan cantik pemain import, Andrew Amakuro.
Bagaimanapun, kelebihan satu gol itu hanya bertahan selama tiga minit apabila Melaka berjaya bangkit untuk meyamakan kedudukan menerusi jaringan Amrie Abdullah.
Namun semangat juang skuad muda ini tidak luntur dengan pemburuan gol dan mereka berjaya mendahului semula pada minit ke-83 hasil jaringan Mohd. Nizad Ayub sebelum Mohd. Ramzul Zahini melengkapkan gol ketiga Kelantan pada minit-minit terakhir permainan.

Ahad, 17 November 2019

Hatrik Ghaddar hapus badi kekalahan Kelantan


Sukan
Sabtu, 4 March 2017 | 11:32pm
Oleh Hasbullah Ibrahim
bhsukan@bh.com.my
 
PEMAIN Kelantan, Mohamad Ghaddar (kiri) diasak pemain pasukan T-Team FC, Mohd Hasbullah Awang (kanan) dalam perlawanan Liga Super 2017 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu. - Foto Syamsi Suhaimi
KOTA BHARU: Skuad Kelantan menamatkan badi kekalahan dengan meraih tiga mata berharga di laman sendiri apabila mencatat kemenangan 4-2 ke atas T-Team dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, sebentar tadi.

Beraksi di hadapan 10,000 penyokong sendiri, skuad kendalian Zahasmi Ismail bermula dengan melancarkan beberapa percubaan berbahaya menerusi jentera serangan yang diketuai Mohammad Ghaddar.

Hasilnya, seawal minit keenam, Ghaddar membuka jaringan selepas menerima hantaran lintang Fakhrul Zaman untuk menewaskan penjaga gol pelawat, Mohd Suhaimi Husin.

T-Team yang jarang melakukan asakan ke kubu tuan rumah turut memperoleh peluang untuk menyamakan kedudukan, tetapi bola tendangan Farhod Tadjiev pada minit ke-14 dan tandukan Mahamadou Samassa pada minit ke-16 sedikit tersasar.

Pada minit ke-40, penyerang kelahiran Lubnan itu membuat larian solo dan melepasi empat pertahanan pelawat tetapi sepakannya melepasi palang untuk keputusan kekal 1-0 pada akhir separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, pelawat pula terus melancarkan serangan bertali arus dan akhirnya gol penyamaan diraih T-Team menerusi Mohd Nor Hakim hasil rembatan deras dari luar kawasan penalti pada minit ke-46 yang menewaskan Mohd Ramadhan Abd Hamid.

Tersentak dengan jaringan penyamaan pelawat itu, Zahasmi membuat dua pertukaran taktikal dengan memasukkan penyerang Khairul Izuan Rosli dan Muhd Danial Ashraf Abdullah menggantikan Zairul Fitree Ishak dan Fakhrul Zaman bagi mengimbangi kekuatan lawan.

Pada minit ke-68, Ghaddar menambah jaringan apabila menjaringkan gol kedua peribadinya buat skuad Kelantan menerusi tandukan deras hasil hantaran lintang Indra Putra Mahayuddin.

Skuad kendalian Rachmat Darmawan yang ketinggalan 2-1 berusaha mencari gol penyamaan namun Kelantan berjaya menambah jaringan menerusi Khairul Izuan Rosli pada minit ke-75 yang membuat rembatan deras.

Ghaddar menambah derita T-Team dengan gol ketiga peribadinya pada minit ke-82 hasil rembatan leret menyudahkan hantaran lintang Indra Putra Mahayuddin.

T-Team terpaksa akur menerima kekalahan walaupun menambah gol kedua menerusi rembatan Farhod Tadjiev pada minit ke-90.[1]


[1]https://www.bharian.com.my/node/256029

Sabtu, 16 November 2019

Tindakan Zairol langgar syarat


Oleh ZAID MOHD. NOOR
“TIDAK boleh tinggalkan pasukan ini sesuka hati,” itulah peringatan daripada ketua jurulatih Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah kepada pemainnya, Zairol Fitri Ishak yang meninggalkan Kedah untuk pulang ke Kelantan sejak tiga hari lalu.
Menurut Azraai, pemain itu masih mempunyai kontrak selama dua tahun dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).
Baginya, Zairol perlu menggunakan saluran yang betul jika beliau ingin menyertai semula pasukan Kelantan pada musim ini, memandangkan pemain itu masih terikat dengan perjanjian kontrak yang ditandatanganinya baru-baru ini.
“Tindakan pemain itu meninggalkan Kedah untuk menyertai pasukan Kelantan setelah ditawarkan kerja di sana adalah bertenta- ngan dengan perjanjian yang telah dipersetujui sebelum ini.
“Dia terlebih dahulu perlu menyelesaikan masalah kontraknya sebelum bertindak meninggalkan pasukan.
“Sekalipun dia ingin kembali semula menyarung jersi Kelantan, dia mesti mengikut saluran yang betul dan tidak boleh membelaka- ngi kontraknya,” katanya ketika dihubungi semalam.
KERATAN KOSMO! semalam.


KOSMO! semalam melaporkan, skuad Kelantan bersedia untuk membawa pulang dua pemain kelahiran negeri tersebut yang beraksi dengan pasukan lain bagi menguatkan Sang Kijang.
Salah seorang pemain berkenaan ialah Zairol yang kini mewakili Kedah.
Azraai berkata, Zairol boleh dikenakan tindakan disiplin kerana meninggalkan pasukan itu untuk pulang ke Kelantan tanpa mendapat pelepasan daripada pihak KFA.
Katanya, sebagai seorang pemain profesional pemain itu sepatutnya bertindak secara bijak bagi menjamin masa depannya dalam sukan bola sepak.

Kekal rentak permainan – Norizan


Oleh MOHD. LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
SKUAD muda Kelantan dituntut mengekalkan rentak permainan dalam memburu kemenangan ketiga, seterusnya memberi persaingan dalam saingan Liga Perdana musim ini.
Kelantan yang kini menduduki tangga keenam dalam liga akan menerima kunjungan Sabah dan jurulatihnya, Norizan Bakar berharap pemain-pemain muda terus mempamerkan aksi yang terbaik.
Kelmarin, Kelantan mula menunjukkan taringnya apabila berjaya menundukkan Melaka dengan 3-1 untuk meraih tiga mata penuh dalam saingan Liga Perdana di Stadium Sultan Mohd. ke-IV, Kota Bharu.
Bagi Norizan, beliau merasa bangga dengan persembahan yang ditunjukkan oleh anak didiknya yang melihat mutu permainan yang lebih baik berbanding pada perlawanan pertama dahulu.
Norizan menyifatkan kemenangan tersebut merupakan permulaan yang baik bermain di gelanggang sendiri dan ia merupakan hadiah tahun baru kepada peminat negeri Cik Siti Wan Kembang yang membanjiri stadium itu walaupun hujan.
“Sungguhpun menang, saya masih nampak lagi kelemahan yang boleh diperbaiki lagi
“Ada empat hari lagi menjelang perlawanan seterusnya dan masa yang ada ini akan digunakan sebaiknya untuk mempertajamkan skuad ini,” jelasnya .
Pada aksi kelmarin, tuan rumah berjaya membuka tirai gol seawal minit kesembilan menerusi tandukan cantik pemain import, Andrew Amakuro.
Bagaimanapun, kelebihan satu gol itu hanya bertahan selama tiga minit apabila Melaka berjaya bangkit untuk meyamakan kedudukan menerusi jaringan Amrie Abdullah.
Namun semangat juang skuad muda ini tidak luntur dengan pemburuan gol dan mereka berjaya mendahului semula pada minit ke-83 hasil jaringan Mohd. Nizad Ayub sebelum Mohd. Ramzul Zahini melengkapkan gol ketiga Kelantan pada minit-minit terakhir permainan.

Piala Malaysia: Kelantan menang dalam duka


Sukan
Ahad, 18 September 2016 | 9:01am
Piala Malaysia: Kelantan menang dalam duka
Oleh Nazri Abu Bakar
bhsukan@bh.com.my
 
PEMAIN PDRM, Muhd Fakhrul Aiman Sidid (kiri) diasak pemain Kelantan, Muslim Ahmad (kanan) pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, Krubong. - Foto Khairunisah Lokman
MELAKA: Kelantan terkeluar daripada saingan memburu Piala Malaysia musim ini walaupun menang 1-0 pada aksi suku akhir kedua di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, malam tadi.

Keputusan itu menyaksikan PDRM layak ke separuh akhir menerusi agregat 2-2 selepas menang di Kota Bahru 2-1 pada pusingan pertama namun mara dengan kelebihan jaringan di tempat lawan.

Apapun peluang terbaik The Cops menghasilkan jaringan hadir seawal minit ketiga namun rembatan kencang Eskandar Ismail berjaya ditepis penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat.

Memadam kelebihan agregat milik tuan rumah giat melakukan asakan drastik namun tolakan Blazhe Ilioski yang hanya berdepan penjaga gol PDRM, Mohd Haziq Nadzli pada minit ke-7 dan tandukan Wan Zack Haikal seminit selepas itu gagal menerjah jaring.

PDRM juga hampa selepas dua percubaan kapten pasukan Mohd Safuwan Baharudin pada minit ke-12 dan minit ke-15 berjaya diselamatkan Khairul Fahmi.

Kehadiran kira-kira 2,000 penyokong The Red Warriors jelas membakar semangat pemain pelawat untuk bernafsu mencari sebanyak mungkin jaringan namun rembatan Indra Putra Mahyuddin pada minit ke-20 sekadar membias ke kanan gawang PDRM.

Pemain kebangsaan, Mohd Fakhrul Aiman Sidid hampir memecah kebuntuan jaringan buat The Cops namun rembatan kencangnya pada minit ke-22 berjaya diselamatkan Khairul Fahmi.

Gol semangat Kelantan akhirnya menjelma pada minit ke-36 menerusi sentuhan kapten Badri Radzi menewaskan penjaga gol Haziq Nadzli bagi mereka meneruskan tekanan ke atas tuan rumah.

Walaupun memiliki deretan tujuh peluang dengan lima menepati sasaran, namun anak buah Mohd Fauzi Pilus gagal menghadiahkan jaringan sebaliknya lima percubaan The Red Warriors dengan satu daripadanya membuahkan jaringan pendahuluan.

Apapun, PDRM gagal menyamakan kedudukan selepas rembatan Eskandar m-49 hanya sekadar menggegar palang gol Kelantan dan sepakan penalti Mohd Safuwan Baharudin pada m-59 berjaya diselamatkan Khairul Fahmi.

Keputusan itu sudah cukup untuk PDRM mencatat sejarah mara ke separuh akhir dan menutup hajat Kelantan untuk menggenggam piala berprestij terbabit.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Ahad, 18 September 2016 | 9:01am

Khamis, 14 November 2019

Kijang membara


Wednesday, December 28, 2011
Harian Metro
SELEPAS seri 1-1 perlawanan pertama, semangat 22 pemain Kelantan yang dibawa ke Indonesia terus membara bagi misi memburu kejuaraan Piala Unity menerusi aksi kedua menentang Persebaya FC di Surabaya, Indonesia, pada jam 9 malam ini.

Skuad Red Warriors yang diketuai pengurus pasukannya, Azman Ibrahim dan ketua jurulatih, Peter James Butler disambut meriah peminat tuan rumah ketika tiba, petang semalam. Perlawanan di Stadium Gelora 10 November itu akan disiarkan secara langsung di IndoPek Astro Saluran Bintang 141.

Azman berkata, Kelantan akan diperkuatkan dengan kehadiran tiga pemain import, Mohammed Ghaddar, Denny Antwi dan Zacharia Charara selain gandingan pemain tempatan seperti penyerang Norshahrul Idlan Talaha serta penjaga gol negeri dan kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat.

“Keputusan seri di Kota Bharu pada Jumaat lalu tidak melemahkan kami untuk bangkit pada perlawanan kedua nanti. Pada perlawanan kali ini, kami akan menurunkan Khairul Fahmi selepas dia tidak beraksi perlawanan pertama,” katanya ketika dihubungi.

Azman berkata, Kelantan akan beraksi tanpa kelibat Azizi Mat Rose dan Nik Mohd Shahrul Azim Abdul Halim yang menerima kad merah dan dua kad kuning selain pemain import, Emmanuel Okine yang cedera.

Bagaimanapun, beliau yakin dengan persiapan dilakukan Butler bagi menghadapi perlawanan kedua itu selepas beraksi dengan sembilan pemain di Kota Bharu.

“Saya harap kombinasi tiga import dan pemain muda serta berpengalaman mampu membolehkan kami menjuarai Piala Unity,” katanya.

Sementara itu, Butler bukan saja mengharapkan anak buahnya memenangi perlawanan itu tetapi memperoleh pengalaman berguna sebelum bermulanya Liga M dan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim depan.



Katanya, semua pemain mendapat rehat mencukupi sebelum bermulanya perlawanan malam ini dan mereka mampu meningkatkan kualiti serta menitikberatkan aspek taktikal tinggi ketika beraksi di padang.

Malah, menurutnya, sambutan meriah diberikan pasukan tuan rumah juga menyuntik semangat anak buahnya untuk beraksi sebaik mungkin.[i]



[i] http://ligabolasepakmalaysia.blogspot.com/2011/12/dollah-mahu-pulih-maruah-pahang.html

Rabu, 13 November 2019

Kelantan lega kekal Liga Perdana


MyMetroArena
 
BERNAMA
KELANTAN sah beraksi pada saingan Liga Perdana musim depan selepas memperoleh lesen kelab daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Husin Deraman berkata, mereka boleh menarik lafaz lega berkaitan isu itu (pelesenan kelab) yang sebelum ini menjadi kegelisahan pengurusan persatuan itu.

“Dalam isu lesen, kami berterima kasih kepada FAM dan MFL kerana sudah memperhalusi komitmen kami bagi menyelesaikan isu lesen kelab.

“FAM dan MFL membuat satu pertimbangan profesional dalam hal itu dan memahami situasi yang dihadapi KAFA,” katanya di Kota Bharu, hari ini.

Sebelum ini, pasukan The Red Warriors (TRW) berdepan penggantungan lesen kelab kerana KAFA perlu menyelesaikan beberapa masalah antaranya tunggakan gaji pemain dan tunggakan hutang dengan agensi kerajaan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Husin berkata, mereka turut berterima kasih kepada pemain yang mempunyai tunggakan gaji kerana sedia bertolak ansur dalam rundingan bersama.

“Pengajaran yang baik adalah jangan pandang remeh terhadap undang-undang FAM dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sekiranya mahu bermain bola sepak secara profesional.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 November 2019 @ 1:23 PM

Kekalahan buka pekung

 Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my
 
Kapten Kelantan, Badri Radzi menggelecek bola untuk melepasi pemain-pemain PKNS dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu kelmarin. - UTUSAN/Irwan Majid
KOTA BHARU - Kekalahan kepada PKNS dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV kelmarin membuka pekung kelemahan jentera Kelantan, terutama di bahagian tengah.

Malah pengendalinya, Steve Darby secara terbuka mengakui, ketiadaan pemain import Mohamed Shawky Aly dan tonggak tempatan Amar Rohidan akibat kecederaan merencatkan jentera tengah untuk melancarkan serangan.

Darby berkata, kehilangan perancangan itu memaksanya melakukan beberapa perubahan untuk pertemuan tersebut yang menyaksikan Kelantan tumpas di hadapan penyokong sendiri.

"Amat berbeza corak permainan kami tanpa Mohamed Shawky. Saya bukan sahaja kehilangan dia tetapi juga Amar Rohidan.

"Ini memaksa saya meletakkan Ahmad Fakri Saarani selaku pemain tengah dan dia tetap beraksi cemerlang biar pun bermain di luar posisi asalnya," kata Darby.

Dalam perlawanan itu, The Red Warriors terlebih dahulu membuka tirai jaringan hasil tandukan Ahmad Fakri pada minit ke-30, sebelum PKNS membalas dengan dua gol menerusi kaptennya, Mohd. Fauzan Dzulkifli dan Mohd. Aminuddin Mohd. Noor.

Darby berkata, dua gol dalam tempoh seminit yang dijaringkan oleh PKNS menafikan hasrat The Red Warriors untuk meraih tiga mata penuh di gelanggang sendiri.

Katanya, meskipun terlebih dahulu membuka jaringan, namun kesilapan yang dilakukan Kelantan berjaya diambil kesempatan oleh PKNS untuk meraih tiga mata menerusi dua gol pantas pada babak pertama.

Beliau bagaimanapun tidak mahu meletakkan kekalahan tersebut di atas bahu pemainnya selepas mereka memperagakan aksi bertenaga dengan mendominasi pada babak kedua perlawanan.

"Corak permainan PKNS begitu tersusun dan berdisiplin. Anda beritahu apa yang perlu saya buat.

"Saya ada dua penyerang (Mohammad Ghaddar dan Francis Forkey Doe) yang mempunyai banyak peluang tetapi gagal menjaringkan gol.

"Dua gol dalam tempoh satu minit itu betul-betul tidak masuk akal. Gol pertama PKNS berpunca daripada 'set piece', sesuatu yang saya tidak suka tetapi telah berlaku dalam perlawanan itu," jelasnya.

Darby mahu barisan pemainnya menjadikan kekalahan tersebut sebagai pengajaran menjelang aksi seterusnya.

"Kami tewas kepada PKNS disebabkan kesalahan pemain sendiri. Saya mahu mereka belajar daripada kesilapan ini, mengapa dua gol itu terhasil sedangkan lawan hanya ada tiga peluang tetapi kita ada 21 percubaan ke pintu gol mereka.

"Sukar bagi kami menembusi pintu gol lawan apatah lagi ada sepuluh pemain mereka berkampung di situ," ujarnya.

Tambahnya, pemain pertahanan dan penjaga gol pelawat harus diberikan pujian kerana mempamerkan aksi cemerlang untuk menafikan peluang Kelantan menambah gol.

SUMBER: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140130/su_02/Kekalahan-buka-pekung#ixzz2rpsS9hPc © Utusan Melayu (M) Bhd

Kelantan baham Ngap Sayot

 Oleh Muhd Amirul Faiz Ahmad | amifaiz@bh.com.my Cetak Emel Kawan
 Foto
PEMAIN Sarawak, Mohd Hairol cuba mengasak pemain import Kelantan, Francis Forkey Doe (kiri) pada saingan Liga Super di Stadium Negeri di sini malam tadi. - Foto BERNAMA

Kelekaan benteng Sarawak pertahan kubu pada minit akhir perlawanan undang padah

Petrajaya: Kelekaan Sarawak mempertahankan kubu pada minit akhir perlawanan mengundang padah apabila tewas kepada Kelantan 0-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Negeri, malam tadi.

Gol yang dijaringkan Francis Forkey Doe pada minit 90, menyentap semangat Sarawak selepas cemerlang mempertahankan gawang mereka sepanjang perlawanan berlangsung.


Kelekaan saat akhir benteng tuan rumah yang gagal menyekat hantaran lintang penyerang Kelantan, Mohamad Ghaddar, memakan diri selepas membiarkan Forkey Doe yang berseorangan dalam kotak penalti, mudah menolak masuk hantaran Ghaddar sekali gus melepasi jangkauan penjaga gol Ngap Sayot, Sani Annuar Kamsani.

Percaturan jurulatih Sarawak, Robert Albert, yang ingin mendapatkan gol menerusi 'set-piece' tidak menjadi apabila pemain sayap kiri Sarawak, Ashri Chuchu yang melakukan umpanan sempurna gagal disudahi Alireza Abasfard dan Gabor Gyepes.

Taktik mendapatkan jaringan menggunakan dua penyerang Sarawak itu hampir membuahkan hasil pada minit ke-42 selepas Alireza menghantar bola kepada Gabor yang kemudian melakukan penyudah cantik, tetapi gol dibatalkan kerana 'offside'.

Kedua-dua penyerang itu tampak berbahaya pada babak pertama berbanding gandingan penyerang lawan, Ghaddar dan Forkey Doe, yang sekadar mampu berlari di kawasan lawan tanpa berjaya memberi ancaman kepada pertahanan Sarawak yang dikemudi Ronny Harun.

Selepas babak kedua bersambung, kedua-dua pasukan menggandakan serangan.
Apa pun kelibat ayam tambatan Kelantan yang juga kapten pasukan, Mohd Badhri Radzi, yang melakukan umpanan bahaya kepada Ghaddar dan kemudian melorongkan kepada Forkey D0e membuahkan hasil sekali gus berjaya mengutip tiga mata.

Berita Harian online 26.1.14

Isnin, 11 November 2019

Tekad The Predator TRW

MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD FOTO : KHIRU SHALEH ABDULLAH
11 Januari 2014
Tekad The Predator TRW
Tekad The Predator TRW The Predator meletakkan dua sasaran apabila bersama Kelantan pada musim ini.
PREDATOR dalam bahasa kamus bermaksud binatang buas. Bunyinya kedengaran agak kasar namun itulah gelaran yang sesuai buat penyerang import baharu The Red Warriors, Francis Forkey Doe..

Gelaran tersebut sememangnya cukup sinonim dengan ‘sikap ganas’ Forkey Doe, yang pernah menyarung jersi Terengganu dan Selangor memandangkan beliau dilihat seorang penyerang yang begitu dahagakan jaringan setiap kali beraksi di atas padang.

Kehadiran bekas pemenang Kasut Emas Liga Malaysia musim 2012 ternyata disambut baik penyokong Kelantan, sekali gus menenggelamkan kehebatan Mohammed Ghaddar dan meratapi pemergian Dickson Nwakaeme ke Pahang.

Biar apa pun gelaran untuknya, Forkey Doe merupakan pemain import kedua dari Liberia selepas kali terakhir, Alexander Freeman menyarung jersi skuad pantai timur itu pada tahun 1995.

HANYA ISU KECIL

Insiden pertelingkahan di antara Forkey Doe dan Mohammed Ghaddar pada minggu lalu mengejutkan penyokong setia mereka, namun penyerang kebangsaan Liberia itu enggan memanjangkan perkara tersebut.

Sebaliknya, beliau tampil bersuara dengan menganggap itu satu perkara kecil, mungkin juga sekadar ‘perang psikologi’ kedua-dua pemain tersebut untuk berusaha memikat hati pengendali pasukan, Steve Darby.

Apa pun, sentuhan sulung Forkey Doe biar pun beraksi hanya 45 minit ketika Kelantan menewaskan Perlis 3-1 pertengahan minggu lalu tidak menghampakan malah kemasukan beliau mendapat tepukan gemuruh daripada penyokong mereka.

SASARAN PERIBADI

Tidak mementingkan kemahiran individu sebaliknya mengekalkan semangat berpasukan jitu, Forkey Doe memasang dua misi besar selepas memilih haluan berbeza dengan beraksi bersama Kelantan pada musim ini.

Sambil bertekad mahu merampas kembali anugerah Kasut Emas yang pernah dimenanginya daripada penyerang Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Marlon Alex James, pemain berusia 29 tahun itu juga berazam membantu pasukannya merangkul kejuaraan pada musim ini.

Misi tersebut mampu direalisasikan kerana jika dilihat penyerang tersebut dapat membentuk keserasian baik dengan pemain tempatan lain dan tidak mustahil menjadi peledak berbisa pilihan jurulatih kelahiran England untuk musim ini.

SUMBER : SINAR HARIAN ONLINE 11.1.14