Rabu, 20 April 2016

KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER 20.4.2016

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
JDT  5-2 Sarawak

Pahang FC 4-3 Kelantan

T-Team 4-1 Kedah

Felda United 4-0 PDRM
m-21 Cristie Jayaseelan
m-27,m-87 Lutfullah Turaev
m-93 Fancis Fokey Doe

Selangor 1-0 Pulau Pinang
m- 16  Olivi

TERKINI MASA KEDUA LIGA SUPER 20.4.2016


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
JDT  5-2 Sarawak

Pahang FC 3-2 Kelantan

T-Team 2-1 Kedah

Felda United 2-0 PDRM
m-21 Cristie Jayaseelan
m-27 Lutfullah Turaev

Selangor 1-0 Pulau Pinang

m- 16  Olivi

KEPUTUSAN MASA PERTAMA LIGA SUPER 20.4.2016


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
JDT  4-1 Sarawak

Pahang FC 1-1 Kelantan

T-Team 1-0 Kedah

Felda United 2-0 PDRM
m-21 Cristie Jayaseelan
m-27 Lutfullah Turaev

Selangor 1-0 Pulau Pinang

m- 16  Olivi

TERKINI PERLAWANAN LIGA SUPER 20.4.2016


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
JDT  1-1 Sarawak

Pahang FC 1-1 Kelantan

T-Team 1-0 Kedah

Felda United 2-0 PDRM
m-21 Cristie Jayaseelan
m-27 Lutfullah Turaev

Selangor 1-0 Pulau Pinang

m- 16  Olivi

TERKINI PERLAWANAN LIGA SUPER 20.4.2016

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
JDT  1-1 Sarawak

Pahang FC 1-1 Kelantan

T-Team 1-0 Kedah

Felda United 1-0 PDRM
m-21 Cristie Jayaseelan
m-27 Lutfullah


Selangor 1-0 Pulau Pinang

TERKINI PERLAWANAN LIGA SUPER 20.4.2016

 OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
JDT  0-0 Sarawak
Pahang FC 0 – 1 Kelantan
T-Team 0 – 0 Kedah
Felda United 0 – 0 PDRM

Selangor 0 – 0 Pulau Pinang

Kelantan waspada ancaman Pahang

YATIMIN ABDULLAH  |  19 April 2016 12:06 AM
KOTA BHARU 18 April - Penjaga gol Kelantan, Khai­rul Fahmi Che Mat mahu rakan-rakan sepasukannya berwaspada dengan ancaman Pahang apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan Rabu ini, walaupun Tok Gajah mengharungi kempen yang buruk musim ini.

Khairul Fahmi Che Mat
Katanya, biarpun tidak dibarisi pemain ternama, namun keupayaan Pahang tidak boleh diambil mudah kerana mereka mempunyai pemain muda yang berkualiti.
Malah katanya, Tok Gajah juga dilihat semakin serasi di bawah kendalian jurulatih baharu Razip Ismail.
“Saya harap rakan-rakan sepasukan dapat menampilkan permainan luar biasa dalam perlawanan itu dan fokus kita adalah membawa pulang tiga mata dari Kuantan.
“Mahu atau tidak, kita perlu berjuang habis-habisan untuk memastikan tiga mata menjadi milik Kelantan,” katanya di sini hari ini.
Khairul Fahmi turut menamakan penyerang Tok Gajah, Dalibor Volas sebagai ancaman paling berbahaya kepada Kelantan.
Katanya, hatrik yang dilakukan pemain dari Slovenia itu ketika menumbangkan Perak 4-3 baru-baru ini wajar diberi perhatian oleh pertahanan Kelantan.
“Saya dan barisan pemain pertahanan perlu banyak berkomunikasi untuk mengelakkan benteng daripada mudah dibocori lawan.
“Empat gol yang dihasilkan Pahang dalam perlawanan menentang Perak datang daripada sepakan bebas dan penjuru, jadi kami perlu lebih fokus untuk menghadapi situasi tersebut,” ujarnya.

- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/kelantan-waspada-ancaman-pahang-1.277333#sthash.kpQOqm7N.dpuf

Jumaat, 8 April 2016

TERKINI MASA KEDUA LIGA SUPER 8.4.2016


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Kelantan  2-2 Johor DT
 m-53 Indra Putra  m-9,m-52 Lucero
m-66 Wan Zaharulnizam

Felda United   1 – 0 Selangor

m- 9 Hadin Azman

KEPUTUSAN MASA PERTAMA LIGA SUPER 8.4.2016


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Kelantan  0-1 Johor DT
                    m-9 Lucero

Felda United   1 – 0 Selangor
m- 9 Hadin Azman




TERKINI KELANTAN 0-1 JOHOR DT


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Kelantan  0-0 Johor DT

m-9 Lucero

Kelantan bertekad jadi pasukan pertama tumbangkan JDT

08 April 2016 12:32 AM
KOTA BHARU - Prestasi tidak menentu Kelantan semakin meresahkan penyokong mereka yang kini semakin lantang dalam desakan mereka agar K. Devan disingkirkan daripada jawatan ketua jurulatih.
Khairul Fahmi Che Mat
Hanya mencipta keputusan yang ‘menggemparkan’ dilihat akan dapat untuk sekurang-kurangnya meredakan tekanan ke atas Devan, dan itulah yang menjadi matlamat beliau apabila pasukannya berdepan dengan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) malam ini.
Devan berkata memastikan skuad bimbingannya menjadi pasukan pertama berjaya menumbangkan JDT di Stadium Sultan Muhammad IV adalah misinya sekarang dan untuk mencapai impian itu, beliau meletakkan kepercayaan tinggi terhadap barisan pemain pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW).
Katanya, misi itu bukan mustahil untuk disempurnakan kerana mereka memiliki kelebihan bermain di laman sendiri.
Katanya, pertemuan menentang JDT cukup penting bukan sahaja kepada seluruh pemain tetapi penyokong yang meletakkan harapan tinggi untuk melihat Kelantan menumpaskan pasukan gergasi bola sepak negara itu.
“Saya mahu memastikan Kelantan menjadi pasukan pertama mengalahkan JDT musim ini. Saya harap pemain akan bermain sepenuh jiwa dan mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk perlawanan ini.
“Kami mahu mendapatkan tiga mata penuh esok (malam ini) dan tidak akan memberi ruang kepada JDT bermain dengan cara mereka nanti,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini semalam.
Sementara itu penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menuntut rakan-rakan sepasukannya supaya bermain bermati-matian dan menunjukkan disiplin tinggi dalam perlawanan yang dianggapnya sebagai mesti menang.
“Perlawanan ini cukup penting kepada kami, Kelantan mesti menang di tempat sendiri. Kami perlu memulihkan kembali keyakinan dan maruah pasukan dengan mencapai kemenangan ke atas JDT,” katanya.

- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/kelantan-bertekad-jadi-pasukan-pertama-tumbangkan-jdt-1.219098#sthash.4tl6y5Zu.dpuf

Ayuh kerjakan Johor DT – Devan

Oleh NOR AFIQAH MAT NOR
 
DEVAN (tengah) gigih merencanakan strategi buat pasukan Kelantan dalam misi mereka untuk menamatkan rekod cemerlang Johor DT musim ini.

“KELANTAN harus bangkit dan perlu melupakan kekalahan lalu.”

Demikian tegas ketua jurulatihnya, K. Devan menjelang aksi menentang Johor Darul Takzim (Johor DT) pada kempen Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu malam ini.

Menurut Devan, beliau mahu pastikan Kelantan menjadi pasukan pertama yang berjaya menundukkan Johor DT pada saingan liga musim ini.

“Saya yakin kami mampu mengecewakan Johor DT de­ngan syarat para pemain tampil dengan aksi terbaik dan melupakan kekalahan kepada T-Team baru-baru ini.

“Semangat untuk bangkit itu perlu ada selain mempergunakan sepenuhnya peluang beraksi di gelanggang sendiri untuk meraih tiga mata penuh,” kata Devan di Kota Bharu semalam.

Devan berkata, pertemuan menentang Johor DT sangat penting bukan sahaja kepada seluruh pemain tetapi juga kepada para penyokong yang meletakkan harapan tinggi untuk melihat Kelantan menumpaskan pasukan gergasi bola sepak negara di bawah bimbingan jurulatih , Mario Gomez itu.

“Saya mahu memastikan Kelantan menjadi pasukan pertama mengalahkan Johor DT musim ini. Saya harap para pemain akan bermain sepenuh jiwa dan mempamerkan semangat juang yang tinggi pada perlawanan itu nanti.

“Kita mahu mendapatkan tiga mata penuh esok (malam ini) dan tidak akan memberi ruang kepada Johor DT untuk meloloskan diri,” katanya.

Bagi merealisasikan impian tersebut, Devan bakal melakukan sedikit perubahan dalam kesebelasan utamanya dan kemungkinan Jonatan Lucca akan kembali beraksi.

“Barisan pemain kita mempunyai kualiti serta kelebihan tersendiri dan kita juga mempunyai rekod yang agak baik ketika menentang Johor DT sebelum ini dan ia memberi kelebihan kepada kami,” katanya.

Dalam pada itu, Devan juga menuntut para pemain supaya mengekang gerakan pemain Johor DT terutama ketua pasukan, Safiq Rahim dan penyerang mereka, Jorge Pereyra Diaz.

“Kekuatan Johor DT adalah di bahagian serangan, tengah dan sayap tetapi kita ada taktikal tersendiri untuk menghadapi perlawanan itu nanti. Kita akan cuba mengunci pergerakan para pemain pasukan lawan yang dianggap sebagai nadi utama mereka,” jelasnya.

Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0408&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz45EWXmWaB Hakcipta terpelihara

Isnin, 4 April 2016

Kelantan temui `tonik' baru hadapi P. Pinang

ARKIB : 07/02/2006
KOTA BHARU - Kelantan percaya kemampuan mereka menewaskan pendahulu Liga Perdana Kumpulan A, Kedah dalam perlawanan kelmarin akan menjadi titik tolak buat pasukan Pantai Timur itu bagi melakar kejayaan yang lebih cemerlang musim ini.

Pengurus Kelantan, Azman Ibrahim berkata, kemenangan ke atas Kedah nyata memberi suntikan semangat buat pemain-pemain yang selama ini kurang konsisten.

Sehubungan itu beliau yakin pasukannya akan memperbaiki segala kelemahan pada pusingan pertama sambil berharap akan berada di landasan sebenar untuk mencapai sasaran terbaik untuk layak ke Liga Super musim depan.

``Walaupun selepas tamat pusingan pertama liga kita hanya berada di kelompok pertengahan, namun dengan kemenangan ke atas Kedah pemain kita memperoleh satu semangat baru.

``Dan kemenangan tersebut juga adalah hasil kerja keras pemain dan kita amat berpuas hati dengan kesungguhan mereka.

``Cuma saya harap para penyokong Kelantan supaya dapat hadir beramai-ramai membanjiri stadium memberi sokongan berterusan kepada pasukan khususnya Rabu ini yang akan menentang Pulau Pinang E&O dalam Piala FA,'' katanya.

Dalam perlawanan kelmarin, Kelantan menumpaskan Kedah 1-0 hasil jaringan Sanif Samui pada minit ke-21 hasil lambungan cantik yang memerangkap penjaga gawang Kedah, Megat Amir Faisal.

Kedah yang berusaha keras terutama di separuh masa kedua hampir berjaya memecah kebuntuan.

Namun dua kali tiang gol Kelantan menjadi penghalang di samping kekentalan benteng pertahan Kelantan turut menjadi faktor.

Sementara itu jurulatihnya, Kamaruddin Mohd. Noor pula melihat kemampuan menumbangkan Kedah bakal menjadi pendorong kepada anak-anak buahnya untuk mencatatkan satu lagi kejutan dalam Piala FA esok.

Bagaimanapun berdepan dengan Pulau Pinang E&O bukan tugas mudah buat pemain Kelantan kata Kamaruddin lagi.

Beliau akan memberi tumpuan khusus kepada posisi serangan yang dilihat agak tumpul selepas mengharungi sembilan perlawanan liga setakat ini.

``Saya akan melakukan sedikit perubahan di posisi tersebut. Bahagian ini penting kerana kita perlu mencari bekalan gol sebanyak mungkin sebelum bertandang ke Pulau Pinang pada minggu hadapan.

``Sudah tentu kita akan menggempur kubu Pulau Pinang habis-habisan bermula seawal minit pertama lagi dan saya optimis kita mampu mengulangi kejayaan cemerlang musim lalu sebelum tewas tipis kepada penyandang juara, Selangor di suku akhir,'' katanya.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0207&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz44qTLvmmw © Utusan Melayu (M) Bhd

Ahad, 3 April 2016

Kelantan kejutkan Kedah

ARKIB : 06/02/2006

KUALA LUMPUR - Kedah masih mengekalkan kedudukan tangga teratas Liga Perdana Kumpulan A walaupun tewas 1-0 kepada Kelantan di Stadium Sultan Mohd. Ke-IV, semalam.

Gol kemenangan Kelantan dijaringkan oleh Sanif Safui pada minit ke-21.

Skuad Kenari kekal dengan 17 mata mengatasi Terengganu dengan kelebihan satu mata.

Di Stadium Sarawak, Mohd. Safee Sali mencipta dua jaringan untuk membantu Sarawak mencatat keputusan seri 2-2 bertemu Terengganu.

Safee menjaringkan gol pada minit ke-53 dan 69 manakala Terengganu menerusi Norfazly Alias (m-68) dan Sapian Wahid (m-75).

Di Stadium Negara Hasanal Bolkiah, Brunei tidak menghadapi masalah apabila menewaskan Johor 2-1.

Di Stadium Perak, tuan rumah Perak UPB gagal menggamit tiga mata penuh apabila tewas 2-1 kepada NTFA.

Dalam saingan Kumpulan B, Melaka kembali menduduki tangga teratas liga selepas menewaskan PKNS 2-1 di Stadium Petaling Jaya.

Melaka merampas kedudukan daripada genggaman Johor FC dengan kelebihan jaringan gol selepas masing-masing terikat dengan 18 mata.

Di Stadium Jcorp, Johor FC akur dengan kehebatan Sabah apabila tumpas 2-1.

Di Stadium KLFA, Kuala Lumpur bertindak cemerlang apabila membelasah Shahzan Muda 4-0.

Di Stadium Lada Langkawi, TNB memulihkan kedudukan daripada tangga terbawah liga apabila menewaskan Polis 2-0.




Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz44mAwC6f8 © Utusan Melayu (M) Bhd