Khamis, 31 Disember 2015

Indra Putra kembali ke Kelantan

Oleh Maiamalina Mohamed Amin -maiamalina@hmetro.com.my

Kota Bharu: Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa mengumumkan Indra Putra Mahayuddin sebagai pemain terbaru menyarung jersi Kelantan.

Beliau mengumumkan perkara itu di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, ketika perlawanan persahabatan antara Kelantan dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak malam ini.

Pengumuman itu turut dimuat naiknya dalam laman sosial Facebooknya.

"Saya mengumumkan TRW baru sahaja menandatangani kontrak dengan pemain jersi nombor 23, Indra Putra Mahayuddin, malam ini. Selamat kembali Indra," katanya.

Indra yang bermain di posisi penyerang dan tengah pernah bersama Kelantan selama dua musim.

Kepulangannya dijangka memantapkan lagi jentera TRW sekali gus, mengembalikan kegemilangan gergasi Pantai Timur itu dalam saingan Liga Super Malaysia, musim baru.

Semalam, pemain Mohd Daudsu Jamaluddin turut menandatangani kontrak bersama TRW, sekali gus melengkapkan kuota pemain tempatan.

Tumpuan kini adalah mencari pemain import berkualiti bagi mengisi tiga daripada empat kuota yang masih kosong.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Disember 2015 @ 11:07 PM
 
Indra Putra Mahayuddin kembali menyarung jersi Kelantan.

- Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/103669#sthash.eAWy7iz4.dpuf

Rabu, 30 Disember 2015

TRW ikat Indra Putra Mahayuddin

KHAMIS, 31 DISEMBER 2015 @ 12:45 AM

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menerusi Facebooknya sebentar tadi mengumumkan The Red Warriors (TRW) menandatangani Indra Putra Mahayuddin. "Saya mengumumkan bahawa TRW baru saja menandatangani kontrak dengan pemain jersi nombor 23 Indra Putra Mahayuddin malam ini.
 
 "Selamat kembali Indra," kata kenyataan itu. SINGAPURA 29 November 2014. Pemain Harimau Malaya, Indra Putra Mahayuddin (no 13) meraikan kemenangan selepas menumpaskan Singapura 3-1 pada perlawanan terakhir Kumpulan B Piala AFF di Stadium Nasional, Singapura. NSTP/Hairul Anuar Abd Rahim

SUMBER: http://www.bharian.com.my/node/109746


Selasa, 29 Disember 2015

Syahrul enggan fikir isu ‘tarik tali’

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
 
SYAHRUL (kanan) hanya mahu fokus dengan latihan bagi menghadapi aksi Liga Super musim depan.

BEKAS penyerang Harimau Muda A, Syahrul Azwari Ibrahim menyerahkan kepada Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) untuk menyelesaikan kemelut yang melanda dirinya selepas menjadi rebutan antara pasukan Bujang Se­nang dan Kelantan bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Baru-baru ini, Syahrul, 23, menandatangani kontrak selama dua tahun bersama FAS untuk mewakili pasukan Bujang Senang musim depan, namun hasratnya itu menjadi perbincangan hangat selepas dibantah oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Difahamkan, selepas kontraknya bersama Harimau Muda A tamat, Syahrul ada memaklumkan kepada KAFA berhubung hasratnya untuk mewakili Sarawak dan FAS me­ngakui mereka mengikat pemain sayap itu mengikut saluran yang betul.

Katanya, setakat ini belum ada perkembangan mengenai kekalutan tersebut dan tidak dihubungi mana-mana pihak.

“Buat masa ini, saya masih lagi pemain Sarawak dan menjalani latihan dengan mereka. Ini kerana saya sudah menandatangani kontrak dengan mereka.

“Biarlah FAS yang menyelesaikan perkara tersebut dengan KAFA dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),” katanya ketika dihubungi di Kuching semalam.

Baru-baru ini Kosmo! melaporkan, Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Takiyuddin Hassan mengarahkan FAS untuk menamatkan kontrak Syahrul berpandukan Artikel 22 status perpindahan pemain bola sepak Malaysia kerana ia mewajibkan bekas pemain Harimau Muda A pulang ke negeri asal selepas ia dibubarkan.

Selain itu, beliau turut mengingatkan hukuman berat iaitu penggantungan bakal menanti FAS dan pemain tersebut jika perkara tersebut tidak dituruti.

Bagaimanapun selepas itu, FAS membidas Takiyuddin dengan menganggap kenyataan beliau sebagai berat sebelah dan prejudis terhadap FAS.

Semasa sesi pengenalan pemain baharu minggu lalu, Syahrul berkata, ‘keserasian’ antara diri­nya de­ngan ketua jurulatih Sarawak, Datuk K. Rajagobal menjadi faktor utama kenapa dia memilih untuk menyarung jersi Sarawak musim depan.

Selain itu, katanya, sokongan padu yang diberikan oleh para penyokong Sarawak juga menjadi tarikan kepada pemain kelahiran Tanah Merah, Kelantan tersebut untuk berkelana di Bumi Kenyalang.

“Saya berterima kasih kepada FAS kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mewakili pasukan ini musim depan. Saya hadir ke sini kerana coach (Rajagobal) mengetahui apa yang boleh saya sumbangkan dan saya juga me­ngetahui apa yang beliau mahukan.

“Selain itu, semangat para penyokong Sarawak juga sama dengan penyokong Kelantan. Persamaan itu juga menarik minat saya ke sini,” katanya.
sArtikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1229&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz3viVHadS5

sumber-Hakcipta terpelihara