Rabu, 30 September 2020

FAM luluskan penswastaan Kelantan FC

| | 30 September 2020



Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah meluluskan penswastaan pasukan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kelantan FA) kepada Kelab Bola Sepak Kelantan (Kelantan FC) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M).
KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah meluluskan penswastaan pasukan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kelantan FA) kepada Kelab Bola Sepak Kelantan (Kelantan FC) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M).
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Husin Deraman yang mengesahkan perkara itu berkata, KAFA telah menerima surat kelulusan itu daripada FAM hari ini.
“FAM melalui pasukan Petugas ‘Pro Football’ telah mengkaji proses penswastaan Kelantan FA, yang kini beraksi untuk saingan Piala Premier.“Surat itu memaklumkan kepada Kelantan FA bahawa FAM meluluskan dan mengakui selesai proses penswastaan Kelantan FA ke Kelab Bola Sepak Kelantan, iaitu selepas ini akan menjadi Kelantan FC,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Pasukan Kelantan atau The Red Warriors (TRW) ketika ini diuruskan 100 peratus oleh Syarikat Team Red Warriors (TRW) Sdn Bhd, yang mana sahamnya dibeli sepenuhnya oleh usahawan Norizam Tukiman,
Sementara itu pemilik Kelantan FC Norizam berkata, beliau berterima kasih kepada pasukannya yang telah bekerja keras, bagi memastikan pasukan Kelantan diluluskan penswastaannya selepas ia diambil alih daripada KAFA.
“Terima kasih kepada pasukan saya, rakan kongsi, kakitangan, ahli keluarga, penyokong yang bekerja dan memberi sokongan, untuk mengembalikan kegemilangan pasukan bola sepak Kelantan.
“KAFA turut membantu kami untuk menyelesaikan urusan ini yang menjadi perkara penting...ada mereka yang sanggup berkorban kerja 24 jam buat kerja sampai pagi, bagi memastikan setiap urusan berjalan lancar,” katanya ketika dihubungi.- Bernama
SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/103295/BERITA/Sukan/FAM-luluskan-penswastaan-Kelantan-FC© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Parasit cuba kacau Zamburger, TRW?

Oleh Zulfaizan Mansor - September 25, 2020 @ 4:03pm

zulfaizan@bh.com.my



Hantaran Norizam di Facebook miliknya.

KUALA LUMPUR: Adakah ada 'pengacau' dalam Kelantan FC?

Persoalan itu muncul selepas pemilik pasukan The Red Warriors (TRW), Norizam Tukiman membuat satu ciapan di Facebook miliknya, semalam.

"Korang (anda) rasa kalau semangat aku majukan bola sepak Kelantan FC tiba-tiba terbantut sebab apa?," kata Norizam di Facebook miliknya.

Kenyataan itu mencetuskan pelbagai persoalan khususnya dalam kalangan peminat Kelantan yang sangat mengharapkan Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham atau Zamburger meneruskan perubahan yang sedang dilakukan dalam skuad TRW.

Malah, majoriti pengikutnya di laman sosial itu mendakwa wujudnya 'pengacau' dalam pasukan terbabit hingga Zamsaham mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Melihat kepada komen mengenai ciapan itu, kebanyakannya mahu Zamsaham 'membersih' segala pengacau atau parasit yang ada bagi mengelak usaha mengubah kembali TRW tidak terbantut.

Antara komen dari pengguna Facebook termasuk, Hazrul Abas berkata: "Cuci dulu org (orang) yang lama... amik (ambil) yang baru yang betul-betul tahu tentang bola sepak. Jangan campur aduk politik dengan boa sepak."

Mohd Azmi Alghani berkata: "Saya berharap agar Tuan Zam teruskan seperti mana dirancang .....biasalah tuan, untuk mencapai kejayaan perlu rentasi onak dan duri. Jangan jadikan onak dan duri sebagai penghalang kerana tuan akan dapat mengatasinya berkat doa ibu, doa penyokong serta bantuan Allah."

Dalam ciapan berasingan di Facebook sama, Zamsaham turut menulis:" Dato Seri Ke Tan Sri ke Tun ini semua merepek. Ada title, jaga title, jangan samalai orang hilang hormat!."

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada ciapan berkenaan berkaitan bola sepak atau perkara lain.SUMBER-SUKAN BH ONLINE

Kelantan FC sedia berguru dengan Cardiff City FC

 SUKAN

NORIZAM (kiri) menyerahkan jersi Kelantan FC sebagai cenderahati kepada Vincent selepas kedua-duanya


pertemuan di The Taaras Beach & Spa Resorts, Terengganu semalam.

Kelantan FC sedia berguru dengan Cardiff City FC

Oleh KOSMO!

28 September 2020, 8:51 pm

Oleh YATIMIN ABDULLAH

PASUKAN The Red Warriors (TRW) terus mengorak langkah bagi memperkasakan semula pasukan itu apabila sedia terbang ke Eropah untuk berguru dengan pasukan Cardiff City FC.

Pemilik TRW, Norizam Tukiman berkata, sebagai langkah awal, barisan jurulatih akan di­terbangkan untuk menimba ilmu dan melihat lebih dekat perjalanan pasukan berkenaan.

Menurutnya, perkara itu akan segera dilakukan sejurus perjalanan antarabangsa kembali beroperasi nanti.

Usaha ini adalah hasil pertemuan penuh bermakna antara saya bersama Tan Sri Vincent Tan yang merupakan pemilik kepada Cardiff City FC.

Alhamdulillah, hari ini saya cukup bertuah dapat bertemu beliau. Bagi saya, ia satu pembelajaran baik untuk menguruskan Kelantan FC pada masa depan.

Beliau bukan sahaja ahli perniagaan berjaya tetapi pemain industri bola sepak terkemuka di dunia. Banyak ilmu dan input positif yang beliau kongsikan kepada saya,” kata Norizam ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Terdahulu, Norizam mengadakan pertemuan dengan tokoh korporat itu di The Taaras Beach & Spa Resorts, Terengganu semalam.

Norizam berkata, beliau sudah bersedia menyuntik nafas baharu kepada TRW untuk kembali menjadi pasukan digeruni dalam saingan Liga Malaysia (Liga M)..SUMBER-

Zamsaham buang ‘duri dalam daging’ Kelantan.SUMBER-SUKAN KOSMO ONLINE

Selasa, 29 September 2020

Zamsaham buang ‘duri dalam daging’ Kelantan



Oleh YATIMIN ABDULLAH

30 September 2020, 12:42 pm

KOTA BHARU: Nama Norizam Tukiman terus meniti di bibir penyokong The Red Warriors (TRW) apabila sekali lagi menjadi hero dengan menyelesaikan hutang lapuk 124 pemain dan pegawai skuad belia yang keseluruhannya berjumlah RM195,476.89.

Bayaran tersebut melibatkan barisan skuad Piala Presiden dan Belia Kelantan bagi musim 2019 dan 2020.

Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham berkata, beliau gembira dapat melunaskan tunggakan hutang yang disifatkan sebagai ‘duri dalam daging’ buat pasukan itu.

Alhamdulilah, semakin hari masalah hutang yang membelenggu selama ini semakin selesai.

Insya-Allah, selepas ini saya dan pihak pengurusan akan memberi tumpuan penuh kepada misi dan visi membina TRW ke arah yang lebih baik,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Kata Norizam bayaran itu dibuat bermula semalam menerusi syarikat guaman Tetuan Alawi.

Katanya, bayaran itu adalah sebahagian daripada pinjaman beliau berjumlah RM3.8 juta kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sebelum ini.

Tindakan itu memperlihatkan kesungguhan Norizam untuk memulihkan bola sepak Kelantan biarpun baru mengambil alih TRW pada 3 September lalu.

Beliau sebelum ini turut mengeluarkan RM2.4 juta untuk melangsaikan hutang 15 bekas pemain dan pegawai TRW dari

musim 2017, 2018 dan 2019.SUMBER-UM ONLINE

Zamburger langsai hutang Piala Presiden dan Belia Kelantan

HAZELEN LIANA KAMARUDIN | | 29 September 2020




Surat pembayaran yang dikeluarkan oleh Zamburger kepada mereka yang terlibat.
KOTA BHARU - Pakar pelaburan dan usahawan burger, Norizam Tukiman sekali lagi menjadi 'penyelamat' bola sepak Kelantan apabila membayar semua tunggakan gaji skuad Piala Presiden serta Belia bagi musim 2019 dan 2020.
Norizam atau Zamburger berkata, bayaran itu membabitkan hutang berjumlah RM195,476.89.
"Alhamdulillah, tiada lagi masalah yang membelenggu (Kelantan) selepas ini," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.
Sinar Harian 18 September lalu melaporkan, walaupun baru tiga minggu menggalas tanggungjawab sebagai pemilik Kelantan, Zamburger mengotakan janji 'mencuci' hutang lapuk TRW apabila mengeluarkan belanja berjumlah RM3.6 juta untuk urusan tersebut.
Bayaran itu melibatkan hutang kepada 15 bekas pemain dan pegawai yang pernah 'bermandi peluh' bersama TRW bermula musim 2017, 2018 dan 2019.
Kesemua tunggakan hutang itu berjumlah RM2.4 juta yang dibayar secara penuh kepada semua bekas pemain dan pegawai yang terlibat termasuk pengendali Kelantan musim ini, Yusri Che Lah.
Zamburger juga gembira dapat melunaskan tunggakan hutang tersebut yang disifatkan sebagai 'duri dalam daging' pasukan berkenaan.
Katanya, bayaran itu membabitkan 124 pemain termasuk barisan jurulatih dan pegawai pasukan piala presiden serta belia untuk musim 2019 dan 2020.
Menurutnya, bayaran itu dibuat bermula semalam menerusi syarikat guaman Tetuan Alawi.
"Ia sebahagian daripada pinjaman beliau berjumlah RM3.8 juta kepada KAFA sebelum ini.
"Insya-ALLAH, dengan selesainya semua masalah ini dapatlah saya dan pihak pengurusan memberikan tumpuan penuh kepada misi serta visi membina TRW ke arah yang lebih baik," katanya.
SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/103129/BERITA/Sukan/Zamburger-langsai-hutang-Piala-Presiden-dan-Belia-Kelantan© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Kelantan United buru slot Piala Malaysia

MyMetroArena



Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pengendali Kelantan United FC Nazrulerwan Makmor, masih berhajat untuk membawa pasukannya menempah slot ke saingan Piala Malaysia musim ini walaupun berdepan sedikit keresahan dengan kemerosotan prestasi pasukan.

Tambah memeritkan, Kelantan United terpaksa berkunjung ke Stadium Bandaraya pada Jumaat ini berdepan dengan pendahulu Liga Perdana, Pulau Pinang yang masih kebal dengan rekod tanpa kalah.

Namun, Nazrulerwan menegaskan tiada apa yang mustahil dalam bola sepak dan berharap menjadikan aksi dengan Pulau Pinang sebagai titik kebangkitan Kelantan United yang telah tewas lima kali berturut-turut sejak Liga Malaysia kembali bersambung pada 28 Ogos lalu.

"Kami cuba mencari enam mata maksimum jika mahu mendapatkan slot ke Piala Malaysia kerana berdasarkan kedudukan sekarang, kami ketinggalan satu mata di belakang Negeri Sembilan yang memegang slot terakhir.

"Cuma saya sedar realiti selepas ini iaitu bertemu Pulau Pinang yang fokusnya kini mahu mendapatkan kejuaraan Liga Perdana, pasti akan memberikan banyak kesukaran buat kami jika mengharapkan kemenangan bagi membuka laluan ke Piala Malaysia.

"Saya tetap mahukan pemain untuk cuba sehabis baik dalam baki perlawanan yang ada dan yang paling penting, kurangkan kesilapan-kesilapan kecil yang tidak sepatutnya kerana perkara itu sering kali membunuh peluang kami untuk mendapatkan mata penuh seperti mana kita tewas kepada Sarawak United, " katanya.

Nazrulerwan yang dilantik ketua jurulatih baharu Kelantan United pada 17 September lalu bagi menggantikan Zahasmi Ismail, masih gagal menghadiahkan sebarang mata apabila tewas dua perlawanan sebelum ini iaitu 2-3 kepada Terengganu FC II dan 1-2 di tangan Sarawak United FC.

Selepas aksi berdepan Pulau Pinang, pasukan Kelantan United FC yang kini berada di tangga kesembilan selepas memungut sembilan mata, bakal bertemu Selangor 2 pada perlawanan terakhir Liga Perdana yang dijadualkan 9 Oktober.

Dalam masa sama, Nazrulerwan yang juga bekas ketua jurulatih pasukan Liga M3, KL Rovers mengakui banyak cabaran buat dirinya dalam memperbaiki kelemahan pasukan di pertengahan Liga Perdana.

Justeru, beliau mengambil pendekatan memberikan peluang kepada pemain untuk turun beraksi dalam dua perlawanan lalu dan kini beliau sudah menemui jawapan siapa yang akan berada dalam kesebelasan utama.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 September 2020 @ 8:36 PM

Pemain Piala Belia, Presiden Kelantan boleh tersenyum

September 29, 2020 @ 7:58pm



Pemain Piala Belia Kelantan akhirnya dapat tunggakan gaji.

KOTA BHARU: Syarikat Team Red Warriors (TRW) Sdn Bhd sudah menyelesaikan tunggakan gaji membabitkan pemain, barisan kejurulatihan dan pegawai skuad Piala Belia dan Presiden Kelantan bagi musim 2019 dan tahun ini, hari ini.

Syarikat itu dalam satu kenyataan memaklumkan tunggakan berjumlah RM195,476.89 dibayar kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) melalui peguam, Tetuan Alawi Associates.

"Wang itu adalah pendahuluan daripada RM3.8 juta yang dipinjam daripada pemilik pasukan baharu Kelantan FC, Norizam Tukiman.

"Seramai 124 individu terdiri daripada pemain, barisan jurulatih dan pegawai skuad Piala Belia dan Piala Presiden 2019 dan 2020 yang sudah menandatangani borang akan menerima bayaran tunggakan gaji daripada pihak peguam KAFA," menurut kenyataan itu semalam.

Sebelum ini, media melaporkan pertandingan Piala Belia dan Piala Presiden di bawah kelolaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi musim ini dibatalkan berkuat kuasa 1 Jun 2020 susulan penularan wabak pandemik COVID-19.

"Mana-mana individu yang tidak disenarai daripada skuad Piala Belia dan Piala Presiden itu atau tuntutan mereka di luar skop tahun 2019 dan musim ini dikehendaki membuat tuntutan kepada KAFA atau peguam persatuan itu," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memberitahu isu tunggakan gaji yang melanda Kelantan sejak beberapa tahun lalu tidak berkesudahan apabila bukan sahaja melanda skuad utama bahkan berjangkit pula kepada pasukan pelapis peringkat umur itu.

"Malah, ia tetap gagal diselesaikan meskipun pucuk pimpinan badan induk bola sepak Kelantan itu bertukar tangan daripada zaman pentadbiran Bibi Ramjani Ilias Khan ke era Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Julai tahun lalu," menurut kenyataan itu. - BERNAMA.sumber-BH ONLINE

Isnin, 28 September 2020

KUFC pasukan berkualiti namun mudah buat silap

| | 28 September 2020



Antara aksi menarik pertemuan Kelantan United menentang TFC II di Kota Bharu. - Foto FB Kelantan United

KOTA BHARU - Ketua jurulatih interim Kelantan United (KUFC), Nazrulerwan Makmor menyifatkan pasukan itu mempunyai kualiti namun terlalu mudah melakukan kesilapan kecil yang membawa akibat besar kepada KUFC.

Katanya, perkara itu boleh dilihat menerusi perlawanan menentang Terengganu II di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini malam tadi yang menyaksikan KUFC tewas 2-3."Malam ini (malam tadi) saya tidak boleh terima dua gol mudah dalam jangka masa yang amat singkat dilakukan oleh Terengganu II.

Tindakan barisan pertahanan malam tadi telah ‘membunuh’ kami. Perkara seumpama itu tidak seharusnya dilakukan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.Sehubungan itu juga katanya, beliau akan memberi tumpuan kepada barisan pertahanan KUFC bagi menghadapi baki dua lagi perlawanan dalam saingan Liga Premier berkenaan.Pada perlawanan itu, gol-gol KUFC dijaringkan oleh Mohd Khairul Izuan Rosli pada minit ke-17 dan Alfusainey Gassama (63’) manakala gol pasukan pelawat dijaringkan oleh Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob (23’) dan Jordan Mintah (24’, 45’). - Bernama SUMBER-SUKAN SINAR HARIAN ONLINE

Ahad, 27 September 2020

Yusri gesa benteng pertahanan Kelantan FC diperkukuh

 SUKAN



YUSRI mahu anak-anak buahnya memperkukuhkan benteng pertahanan pada baki dua aksi Liga Premier musim ini.

Yusri gesa benteng pertahanan Kelantan FC diperkukuh

Oleh KOSMO!

27 September 2020, 9:36 pm

PENGENDALI The Red Warriors (TRW), Yusri Che Lah menegaskan agar benteng pertahanan dan jentera serangan pasukannya perlu diperkukuhkan sekiranya mahu meraih keputusan positif bagi baki dua perlawanan Liga Premier selepas ini.

Yusri berkata, benteng pertahanan pasukan Kelantan FC itu dilihat sedikit goyah terutama pada minit-minit terakhir perlawanan meskipun berjaya melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Sarawak United kelmarin.

Menurutnya, jentera serangan TRW juga dilihat ketandusan idea apabila gagal memanfaatkan beberapa peluang terhidang pada perlawanan tersebut.

Bagaimanapun, saya bersyukur atas kejayaan yang diperlukan pasukan TRW Kelantan FC.

Saya akui kita tidak beraksi baik, namun pemain menunjukkan komitmen dan usaha tinggi. Akhirnya kita menang waima jaringan hadir minit ke-84,” katanya.

Pada aksi itu, sepakan penalti Nazrin Nawi pada enam minit sebelum tamat perlawanan menyelamatkan Kelantan FC yang menang tipis 1-0 ke atas Sarawak United.

Kelantan FC yang kempunan tiket ke Liga Super musim depan kini menghidupkan peluang untuk memburu slot Piala Malaysia.

Kemenangan itu menyaksikan Kelantan FC melonjak ke tangga ke lima dalam carta Liga Premier dengan mengumpul 11 mata hasil sembilan perlawanan.SUMBER-KOSMO ONLINE

Kelantan masih ‘goyah’



NAZRIN Nawi muncul penyelamat Kelantan dengan menyempurnakan sepakan penalti untuk gol tunggal kemenangan. - TRW KELANTAN FC

Oleh YATIMIN ABDULLAH

26 September 2020, 8:59 pm

KOTA BHARU: Pengendali The Red Warriors (TRW), Yusri Che Lah mendedahkan benteng pertahanan dan jentera serangan pasukannya perlu terus diperkukuhkan bagi mengharungi baki dua perlawanan Liga Perdana.

Yusri berkata, benteng pertahanannya dilihat sedikit goyah terutama diminit-minit akhir perlawanan meskipun berjaya melakar kemenangan tipis 1-0 keatas Sarawak United semalam.

Katanya, bukan itu sahaja jentera serangan TRW dilihat turut ketandusan idea apabila gagal memanfaatkan beberapa peluang terhidang pada perlawanan tersebut.

Bagaimanapun saya bersyukur kepada Allah atas kejayaan yang amat diperlukan.

Kita tidak beraksi dengan begitu baik, namun pemain telah menunjukkan komitmen dan usaha yang tinggi. Akhirnya kita menang perlawanan ini walaupun jaringan hadir pada minit ke-84,” katanya.

Dalam perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan memerlukan sepakan penalti Nazrin Nawi enam minit sebelum tamat permainan untuk mencatat kemenangan.

Kelantan yang sudahpun terlepas tiket ke Liga Super musim depan kini menghidupkan peluang untuk memburu slot Piala Malaysia.

Kemenangan itu menyaksikan TRW Kelantan FC melonjak ke tangga ke lima dalam carta Liga Primier dengan mengumpul 11 mata hasil sembilan perlawanan.

Yusri memberitahu, dia berharap barisan pemainnya terus kekal fokus untuk aksi berikutnya menentang Negeri Sembilan selepas ini.

Katanya, Negeri Sembilan merupakan pasukan yang kuat dan tidak boleh diambil mudah oleh barisan pemain Kelantan.

Saya ada lapan hari untuk memperbaiki kelemahan tersebut dan kita akan terus berusaha sebaik mungkin.

Bagi saya ia tempoh yang baik untuk pemain membuat ‘comeback’. Saya akan gunakan segala kekuatan yang ada kerana kita berdepan dengan masalah kekurangan pemain akibat kecederaan dan masih belum cergas sepenuhnya,” katanya.

Kelantan akan menentang Negeri Sembilan, Sabtu depan sebelum bertandang ke Johor Darul Ta’zim II (JDT II) pada 9 Oktober.

Sementara itu, Yusri mahu penjaga golnya Mohammad Fikri Che Soh kekal fokus untuk aksi berikutnya selepas ini selepas beraksi cemerlang pada perlawanan tersebut.

Katanya, tanpa bantuan Mohammad Fikri berkemungkinan besar pasukannya gagal meraih mata penuh pada perlawanan itu.SUMBER-SUKAN UM ONLINE

TRW sasar kekal Liga M, daftar 31 pemain

Oleh Hasbullah Ibrahim - Januari 20, 2017 @ 3:30pm

bhsukan@bh.com.my



BARISAN pemain The Red Warriors (TRW) memperagakan jersi baharu pasukan bola sepak Kelantan 2017 di Majlis Pengenalan Konsortium Penaja Al-Hamra dan Pelancaran Jersi TRW 2017 di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) Kota Bharu. Foto NSTP Syamsi Suhaimi

KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), hari ini memperkenalkan barisan pemain skuad The Red Warriors (TRW), termasuk empat pemain import untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Selain mengekalkan seorang import musim lalu, Margano Gomis dari Senegal, tiga pemain import baharu adalah pertahanan, Mamadou Danso, 33, dari Gambia serta dua penyerang iaitu Alessandro Padovani Celin, 27, dari Brazil dan Mohammed Mahmoud Ghaddar, 33, dari Lubnan.

Pemain tempatan terdiri daripada 30 peratus muka lama seperti Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Badhri Radzi, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Norfarhan Mohamad dan Mohd Farisham Ismail.

Muka baharu pula adalah Mohammad Ab Aziz Ismail, S Subramaniam, S Thinagaran (ATM), Hattaphon Bun An dan beberapa pemain skuad Piala Presiden 2016.

Majlis di Dewan Konvensyen, Kelantan Trade Centre (KTC) yang turut dimeriahkan dengan pelancaran jersi baharu TRW disempurnakan oleh Penasihat KAFA, yang juga bekas Presidennya, Tan Sri Annuar Musa.

Yang turut hadir, Pemangku Presiden KAFA, Datuk Seri Affandi Hamzah; Naib Presiden KAFA, Datuk Rosmadi Ismail; Setiausaha KAFA, Datuk Ismail Md Noor, barisan Exco dan penaja rasmi musim ini.

Penaja utama pasukan Kelantan ialah Kumpulan Konsortium Al Hamra, RedONE Malaysia dan Chengal Jati.

Annuar berkata, TRW menyasarkan terus kekal beraksi dalam saingan Liga M dan berada di kedudukan 10 terbaik carta liga Super musim ini.

"Saya juga bakal menjadikan TRW pasukan terkuat bermula tahun ini dengan mengumumkan 2018 sebagai tahun bola sepak Kelantan.

"Malah, TRW pasukan yang berbelanja paling kecil pada tahun ini berbanding pasukan lain dengan mendaftarkan 31 pemain. Ini kali pertama dalam sejarah bola sepak negeri ini TRW membayar gaji import paling murah berbanding pemain tempatan," katanya.SUMBER-BH ONLINE.

Zamburger mahu bina pusat latihan khas TRW

Oleh Nor Amalina Alias - September 24, 2020 @ 12:04pm

cnews@nstp.com.my



BACHOK: Pemilik pasukan Kelantan, Norizam Tukiman atau Zamburger berhasrat mahu membina pusat latihan khas The Red Warriors (TRW) bertaraf antarabangsa bagi mengembalikan semula kegemilangan pasukan itu.

Zamburger, berkata pusat itu akan dilengkapi gimnasium, bilik pemulihan pemain, lampu limpah, kafeteria dan padang mengikuti spesifikasi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang dijangka menelan kos antara RM5 juta hingga RM10 juta.

Katanya, beliau kini sudah mengenalpasti tiga lokasi di Kota Bharu dan sekitar untuk membina pusat berkenaan yang dijangka dilaksanakan sebaik semua proses rundingan dibuat.

"Pembinaan pusat latihan ini antara langkah pertama saya selepas mengambil alih pasukan Kelantan, kita mahu wujudkan pusat ini supaya pemain dapat berlatih di satu kawasan khas hari-hari, lengkap dengan kemudahan seperti bilik pemulihan, tempat mandian ais dan lampu limpah untuk persiapan musim 2020/21 walaupun untuk saingan musim ini kita ada baki perlawanan tiga lagi permainan.

"Benda (kemudahan) nampak perkara kecil tapi sebenarnya sangat penting untuk persediaan pemain dan pengurusan, malah kalau boleh kita harap dapat buat padang latihan berbumbung, padang sintetik namun semua ini akan dibuat secara berperingkat-peringkat," katanya dalam sidang media selepas pelancaran jersi baru pasukan TRW di Sudara Beach Resort, di sini, malam tadi.

Zamburger berkata, beliau turut mendapatkan pandangan pengurusan terutamanya ketua jurulatih, Yusri Che Lah dalam pembinaan pusat berkenaan.

"Saya tidak berniat hendak cat semula stadium atau perkara yang tidak penting sebaliknya kita lebih fokus kepada keperluan pemain dan pengurusan, contohnya kita akan adakan kerjasama dengan Fakulti Sains Sukan bersama Universiti Sains Malaysia (USM) dari teknik dan taktikal.

"Malah, saya juga ada perjumpaan dengan pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) I untuk dapatkan tips dan pandangan beliau kerana pasukan Johor, Melaka antara pasukan bola sepak yang bagus berbanding Kelantan yang banyak ketinggalan.

"Jadi, ini sebahagian usaha awal saya untuk meletakkan Kelantan sebagai pasukan terbaik bola sepak negara, dan kalau boleh mengembalikan rekod juara seperti sebelum ini," katanya.

NORIZAM (tiga, kanan) mempamerkan jersi rasmi pasukan TRW Kelantan FC pada Majlis Pelancaran Jersi Baharu TRW Kelantan FC. NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Sementara itu, malam tadi, Zamburger turut melancarkan tiga jersi rasmi pasukan bola sepak itu yang kini dikenali sebagai TRW Kelantan FC dengan warna merah sebagai jersi tuan rumah (home) dan warna hitam sebagai jersi perlawanan (away).

Katanya, pelancaran jersi baru itu dibuat atas permintaan peminat walaupun sebelum ini Kelantan sudah melancarkan jersi sebanyak dua kali, tahun ini.

"Saya keluarkan jersi terbaru Kelantan selepas 20 hari mengemudi Kelantan sebagai penghargaan kepada peminat dan nafas baru kepada TRW, jersi ini boleh didapati di aplikasi Shopee dan dijual di stadium setiap kali ada perlawanan.

"Harga jualan sangat mampu milik antara RM69 bagi versi peminat dan RM99 versi pemain, bagi jersi sebelum ini pula pihak Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sudah selesaikan dengan pihak berkaitan sebelum saya mengambilalih Kelantan," katanya.

PEMILIK skuad The Red Warriors (TRW) Kelantan FC Norizam Tukiman pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Jersi Baharu TRW Kelantan FC. NSTP/Nik Abdullah Nik Omar.SUMBER-SUKAN BH ONLINE

Jumaat, 25 September 2020

Kelantan kutip tiga mata berharga

HAZELEN LIANA KAMARUDIN | | 25 September 2020




Pemain pertahanan TRW Kelantan FC, Mohamad Azwan Aripin (kiri) mengawal ketat pemain Sarawak United, Demerson Bruno pada aksi Liga Primier di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sebentar tadi. -Foto: Ihsan Hazmin Husin
BARISAN pemain Kelantan mengotakan janji meraih tiga mata berharga apabila menewaskan Sarawak United 1-0 pada aksi Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sebentar tadi.
Turun dengan misi memburu kemenangan untuk mencari peluang ke saingan Piala Malaysia, TRW Kelantan FC memperagakan rentak meyakinkan apabila hampir memperoleh jaringan pertama pada minit kelapan, namun Felix Odili gagal menyudahkan peluang tersebut.
Empat minit berselang, giliran Sarawak United menguji gawang gol tuan rumah menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti oleh Milad Zanidpour tetapi tersasar.
Aksi seimbang antara kedua-dua pasukan terus diperagakan menerusi beberapa gerakan menarik, namun ketumpulan penyudah menafikan hasrat masing-masing untuk mendapatkan jaringan.
Memasuki minit ke-35, TRW Kelantan FC terus kempunan untuk mendapatkan jaringan apabila peluang terhidang gagal diterjemahkan barisan serangan tuan rumah.
Penjaga gawang pelawat, Shaiful Wazizi Mohammad menjadi wira apabila berada di kedudukan terbaik untuk menepis rembatan kencang Lazarus Kaimbi dari luar kotak penalti pada minit ke-38.
Tiga minit sebelum babak pertama berakhir, giliran Mohammad Fikri Che Soh pula menjadi wira TRW Kelantan FC apabila menyelamatkan rembatan kencang dari dalam kotak penalti menerusi Patrick Ronaldhinho.
Bersambung babak kedua, tuan rumah sekali lagi terlepas peluang untuk memecah kebuntuan jaringan apabila rembatan Mohamad Amirul Shafik Che Soh tersasar dari pintu gol Sarawak United.
Kelibat Ronaldinho terus menjadi duri dalam daging buat TRW Kelantan FC apabila dia berjaya melepaskan rembatan kencang, mujur Mohammad Fikri lebih tenang untuk menafikan percubaannya itu pada minit ke-53.

TRW Kelantan FC terus kempunan merobek gawang lawan selepas rembatan kencang dari luar kotak oleh Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria sekadar melewati palang pada minit ke-59.
Ketika perlawanan seakan-akan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan, pemain gantian, Mohd Nazrin Nawi muncul wira TRW Kelantan FC apabila tenang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-84.
SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/102653/BERITA/Sukan/Kelantan-kutip-tiga-mata-berharga© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Keputusan Liga Malaysia

September 25, 2020 @ 11:17pm



Pemain Perak meraikan kejayaan membelasah Felda United 5-1 sebentar tadi.

PETALING JAYA: Berikut adalah keputusan perlawanan Liga Malaysia 2020 sebentar tadi:

LIGA SUPER

PJ City FC 2 JDT 2

TFC 4 PDRM 0

Perak 5 Felda United 1

Liga Perdana

Kelantan 1 Sarawak United 0

Negeri Sembilan 2 Kuching FA 4

Kuala Lumpur 5 Selangor II 4

SUMBER-BOLA BH ONLINE

Penalti Nazrin selamatkan Kelantan



PENYERANG Kelantan, Imran Samso (tengah) cuba melepasi pemain Sarawak United pada aksi Liga Perdana di Kota Bharu malam ini. - UTUSAN/MOHAMMAD NOR SHAHRIZAL MUHAMMAD NAWI

Oleh YATIMIN ABDULLAH

25 September 2020, 11:45 pm

KOTA BHARU: Sepakan penalti Nazrin Nawi enam minit sebelum tamat perlawanan menyelamatkan Kelantan dan membantu The Red Warriors (TRW) mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Sarawak United dalam aksi Liga Perdana, sebentar tadi.

Kelantan yang sudahpun terlepas tiket ke Liga Super musim depan kini menghidupkan peluang untuk memburu slot Piala Malaysia.

Kemenangan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu itu juga membolehkan TRW bangkit daripada kekalahan 0-2 kepada Kuching FA minggu lalu.

Kelantan yang kini dikenali sebagai The Red Warriors Kelantan FC bermula baik apabila hampir meledakan gol pertama pada minit kelapan, namun Felix Odili gagal memanfaatkan peluang terhidang.

Minit ke-13, Milad Zanidpour mempersia-siakan peluang keemasan Sarawak United untuk membuka tirai jaringan apabila sepakan percuma dari luar kotak penalti yang dilakukan sekadar melewati palang gol tuan rumah.

Bersambung babak kedua, pelawat mempamer aksi lebih bertenaga dan hampir memecahkan kebuntuan jaringan menerusi rembatan kencang Patrick Ronaldinho pada minit ke-53 namun Mohammad Fikri berjaya menyelamatkan situasi bahaya itu.

Gol yang dicari-cari tuan rumah akhirnya tiba pada minit ke-84 apabila pemain gantian, Nazrin menyempurnakan sepakan penalti selepas Wan Zaharul Nizam terdahulu dijatuhkan dalam kotak penalti.

Sarawak United cuba bangkit selepas itu namun sudah terlewat untuk menyekat kemenangan TRW Kelantan FC.SUMBER-SUKAN UM ONLINE

Khamis, 24 September 2020

‘Sokong Kelantan, belilah jersi original’



PEMAIN Kelantan NORIZAM Tukiman (tengah) bersama barisan pemain Kelantan dalam majlis pelancaran jersi baharu The Red Warriors di Kota Bharu, malam tadi.

Oleh YATIMIN ABDULLAH

24 September 2020, 1:23 pm

BACHOK: The Red Warriors Kelantan FC (TRW Kelantan FC) melancarkan jersi terbaru pasukan itu bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Pelancaran majlis tersebut disempurnakan oleh pemilik pasukan itu Norizam Tukiman atau Zamsaham di sini malam tadi.

Pada majlis tersebut, TRW Kelantan FC melancarkan warna merah (untuk aksi digelanggang sendiri) dan hitam (tempat lawan).

Zamsaham berkata, pelancaran jersi baru itu dibuat bagi memenuhi permintaan peminat walaupun sebelum ini Kelantan sudah Melancarkan jersi sebanyak dua kali musim 2020.

Saya keluarkan jersi terbaru Kelantan selepas 20 hari mengemudi Kelantan sebagai penghargaan kepada peminat dan nafas baru untuk pasukan.

Jersi itu boleh dibeli menggunakan aplikasi dalam talian di Shopee,” katanya pemberita di sini.

Zamsaham memberitahu jersi itu dijual dengan harga RM69 (edisi peminat) dan RM99 (edisi pemain).

Katanya, beliau tidak meletakkan sebarang sasaran jualan jersi kerana ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) penyokong tidak dibenarkan ke stadium.

Namun, saya berharap peminat akan membeli jersi original sebagai sokongan kepada Kelantan,” ujarnya.SUMBER-SUKAN UM ONLINE

Rabu, 23 September 2020

Zamburger korban masa, keringat dan wang demi TRW



HAZELEN LIANA KAMARUDIN | | 22 September 2020
Norizam turun padang memberikan sokongan padu pada aksi Liga Premier Kelantan menentang Kuching FA di Sarawak baru-baru ini. - Foto TRW Kelantan FC
PAKAR pelaburan dan usahawan burger, Norizam Tukiman mengakui beliau berdepan laluan sukar sepanjang 19 hari bergelar sebagai pemilik penuh ke atas Kelantan FC.
Luahan itu dikongsikan sendiri Norizam menerusi entri laman sosial Facebook miliknya iaitu Zamsaham.
Menerusi entri itu, Norizam atau Zamburger menceritakan beliau terpaksa menjual sebahagian saham miliknya untuk menyelesaikan hutang Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dengan tujuan memastikan segala urusan penswastaan dan pelesenan dapat dipenuhi dengan sebaik mungkin.
Zamburger berkata, selain itu beliau terpaksa 'bercuti' seketika dari urusan perniagaan buat sementara termasuklah dalam urusan pengambilalihan hotel.
"Bukan sahaja hotel, pelan pengembangan kilang kedua Zamburger terpaksa ditangguhkan buat seketika," katanya.
Menurutnya, beliau juga terpaksa berkorban dalam urusan keluarga termasuklah menghantar ayah mendapatkan rawatan di tempat baharu.
Katanya, walaupun terpaksa bersedih pada permulaan, namun beliau sama sekali tidak akan menangis apatah lagi mengalah.
"Saya tahu kekuatan selepas kesusahan akan datang kesenangan. Saya tidak hanya bergantung pada 'jenama' perniagaan semata-mata, sebaliknya pada usaha, rezeki dan kuasa doa orang-orang yang mempercayai diri ini," katanya.
Anak kelahiran Johor itu berkata, beliau melahirkan rasa syukur apabila dikurniakan pasukan yang berkualiti dalam memastikan semua operasi berjalan lancar.
"Alhamdulillah, ALLAH cukupkan masa 24 jam saya. Mudah-mudahan ALLAH mengurniakan saya penyokong yang bijak menilai.
"Diberikan barisan jurulatih sentiasa mengkaji kekuatan diri, lawan, membuat analisa, usaha serta belajar," katanya.
Zamburger berkata, buat masa ini tiada keperluan untuk menukar jurulatih dalam masa terdekat.
Katanya, beliau mahu semua pihak memberikan masa kepadanya untuk menjadikan The Red Warriors (TRW) lebih baik pada masa hadapan.
"Saya baru menjadi pemilik TRW untuk tempoh 19 hari. Insya-ALLAH kalau 365 hari pasukan Kelantan FC akan berubah jadi semakin baik.
"Sepanjang tempoh itu, saya mengikuti setiap pergerakan pasukan, pemain dan barisan kejurulatihan,"katanya.SUMBER-ArtikelPenuhhttps://www.sinarharian.com.my/article/102148/BERITA/Sukan/Zamburger-korban-masa-keringat-dan-wang-demi-TRW© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Selasa, 22 September 2020

FELDA, Kelantan sama handal

 MyMetroNode



Azlan Hafeedz

sukan@hmetro.com.my

Kota Bharu: Impian Kelantan untuk mencipta kemenangan pertama ke atas FELDA United terbantut apabila sekadar seri 1-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi.

Turun dengan keazaman tinggi, Kelantan ternyata gagal menyaingi kehebatan pelawat yang dilihat lebih menguasai permainan sebaik babak pertama bermula.

Tandukan ke belakang pemain import Kelantan Morgaro Gomis mengundang padah apabila Francis Forkey Doe bijak memanfaatkan peluang itu dengan ledakan gol pada minit ke-8.

Tersentak dengan gol pendahuluan pelawat, skuad kendalian Velizar Popov berusaha mengatur serangan namun skrip sama terus berulang dengan gandingan penyerang Kelantan Blazhe Ilijoski dan Wanderer Luiz gagal melakukan penyudah berkesan.

Ketiadaan dua bek kental Kelantan Muslim Ahmad dan Jonathan McKain akibat kecederaan menyebabkan barisan pertahanan diketuai Norhafiz Zamani Misbah terpaksa bekerja keras menahan asakan bertali arus pelawat.

Suasana di padang semakin ‘panas’ apabila pemain kedua-dua pasukan semakin agresif hingga memaksa pengadil Saiful Mohd Rodzali kerap menghentikan perlawanan.

Pertahanan Kelantan terus dirundung malang apabila Nik Mohd Shahrulazim mengalami kecederaan serius selepas dirempuh pemain pelawat, Ahmad Syamim Yahya pada minit terakhir separuh masa pertama hingga terpaksa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan lanjut.

Bersambung babak kedua, tuan rumah terus galak melancarkan serangan ke kubu lawan dan hampir memperoleh gol penyamaan pada minit ke-47 menerusi percubaan Indra Putra Mahayuddin namun diselamatkan penjaga gawang Mohd Farizal Harun.

Tuan rumah yang semakin tertekan terus mengatur serangan tetapi mudah dipatahkan anak buah Irfan Bakti Abu Salim.

Kelantan terpaksa menunggu hingga minit ke-76 untuk menyamakan kedudukan menerusi rembatan Luiz dari luar kotak penalti.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Ogos 2016 @ 8:43 AM


Simic, Bahadoran senjata baru TRW

MyMetroArena


Ibrahim

sukanteam@nstp.com.my

BEKAS pemain Melaka United (MU), Marco Simic dan Misagh Medina Bahadoran bakal melengkapkan dua kuota import Kelantan musim depan.

Pemain dari Croatia dan Filipina itu akan mengemudi jentera serangan skuad The Red Warriors (TRW) dengan tawaran kontrak selama setahun.

Selain itu, Kelantan akan turut mengikat bekas import UiTM FC kelahiran Korea Selatan, Do Dong Hyun bersama Cassio Francisco De Jesus dari Brazil dan Margaro Lima Gomis (Australia).

Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan mengesahkan perkembangan itu di sini.

Katanya, Simic dan Bahadoran dijadual tiba di sini, pada Khamis ini bagi menandatangani kontrak.

Simic bersetuju menandatangani kontrak selama setahun dan KAFA bersetuju menandatangani kontrak dengan beliau secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi.

Mengenai import ASEAN, Bibi Ramjani berkata, KAFA sudah mempunyai calon yang menepati kehendak panel pemilihan.

Buat masa ini, Bahadoran menjadi pilihan KAFA untuk digandingkan dengan Marco Simic mengetuai jentera serangan pasukan.

Bahadoran yang juga bekas pemain kebangsaan Filipina itu bakal hadir pada Jumaat ini dalam majlis jamuan ramah mesra KAFA bersama Persatuan Bolasepak Jajahan (PBJ) dan peminat di Kok Lanas,” katanya.

Bibi Ramjani berkata, TRW kini boleh menumpukan sepenuhnya kepada latihan selepas melengkapkan lima kuota awang import musim depan.

Perlawanan persahabatan pra musim bakal diadakan dengan Terengganu II (TFC II) di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV pada Khamis ini. Ia akan memberi peluang kepada ketua jurulatih, Sathit Benshoh untuk menguji tahap keserasian pemain tempatan dan import pasukan.

Kita akan mempersiapkan pasukan bagi merebut Piala Sportfix Super Cup yang menyaksikan saingan tiga penjuru menentang dua pasukan liga utama dari Indonesia, Persija Jakarta dan dari Thailand, (Ratchaburi FC) bermula 15 hingga 24 Januari ini,” katanya.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Disember 2017 @ 11:33 AM

Tiada sabotaj pun Bibi...

MyMetroArena



Rodly Fadly

sukanteam@nstp.com.my

HASHIM Mustapha yakin tidak wujud komplot mensabotaj pasukan negeri itu seperti didakwa oleh Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan, semalam.

Sebaliknya, bekas pemain Kelantan itu menganggap kenyataan berkenaan dibuat bertujuan menutup kelemahan sendiri.

Beliau mendakwa, Bibi kini dilanda sindrom takut kepada bayang-bayang sendiri dan cuba menuding jari kepada orang lain selepas beberapa tindakannya menyebabkan The Red Warriors (TRW) kini berada dalam zon penyingkiran.

Saya tidak nampak mana-mana pihak yang cuba mengkhianati pasukan Kelantan seperti didakwa Bibi. Siapa dan untuk apa mereka hendak berbuat begitu?

Namun, saya tidak menafikan ada beberapa pihak seperti bekas pemain lantang mengkritik KAFA terutama Bibi atas beberapa tindakannya yang dianggap tidak wajar sehingga menyebabkan pasukan Kelantan berada dalam situasi sekarang.

Antaranya tindakan menyingkir pemain senior seperti Apek (Khairul Fahmi Che Mat), Piya (Badhri Radzi) dan Farhan (Norfarhan Mohamad) pada pertengahan musim yang kami anggap tidak kena pada masanya.

Begitu juga dengan tindakan jurulatih hanya menurunkan seorang pemain import sedangkan masih ada dua lagi pemain import boleh digunakan.

Kami mengkritik kerana sayangkan bola sepak Kelantan bukan untuk mensabotaj atau menghancurkan.

Tapi, bila pasukan jadi begini, Bibi mula menuding jari mencari kesalahan orang lain. Tidak ada komplot atau pengkhianatan, cuma beliau kini takut kepada bayang-bayangnya sendiri,” tegas Hashim.

Tanpa menidakkan peranan Bibi terutama pengorbanannya mengeluarkan duit sendiri untuk memulihkan kewangan KAFA, Hashim berkata presiden itu tidak boleh bertindak secara bersendirian dalam menaikkan semula martabat bola sepak Kelantan.

Kami bekas pemain terutama Persatuan Bekas Pemain Bolasepak Kelantan (PBPBK) sedia membantu dengan memberi pandangan berdasarkan pengalaman kami.

Sepanjang pengetahuan saya, hanya sekali saja Bibi memanggil kami untuk bertukar-tukar pandangan mengenai hala tuju pasukan Kelantan.

Kami sudah memberi pandangan namun nampaknya beliau tidak mengikut apa yang kami cadangkan.

Pada masa sekarang, apa perlu beliau buat adalah fokus kepada transformasi yang sudah dilakukan bersama jurulatih baharu (Fajer Ebrahim). Mereka perlu selamatkan pasukan ini daripada jatuh ke Liga Perdana.

Memandangkan pemain senior sudah tiada, Kelantan memerlukan pemain import yang bagus dan berpengalaman untuk membimbing pemain muda,” kata Hashim.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Mei 2018 @ 12:33 PM

'Semua bergantung pada Fajer'

MyMetroArena

Aziman




aziman@nstp.com.my

PERSATUAN Bolasepak Kelantan (KAFA) belum pasti akan membawa masuk pemain import baru meskipun dibenarkan untuk memohon pelepasan sekatan perpindahan pemain kedua oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Menurut Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan, keputusan untuk mengambil pemain import baru bergantung kepada jurulatih Fajer Ebrahim yang ketika ini lebih memberi fokus kepada pemain muda Kelantan.

Kami ada membuat rayuan kepada MFL (pelepasan sekatan perpindahan pemain) kerana kami menamatkan kontrak pemain import Ferdinand Sinaga atas persetujuan bersama tanpa pampasan, Bruno (Lopes) juga kami akan bayar hingga Jun ini jadi kami ada dua kekosongan menerusi penamatan kontrak.

Mengikut perancangan jurulatih (Fajer), hanya mahu mengekalkan pemain pertahanan Cassio de Jesus manakala Do Dong Hyun dan (Mohammed Ghaddar) juga kalau ada pasukan lain berminat, kami sedia untuk melepaskan mereka. Namun ini bukan bermakna kami akan mencari pengganti, ia bergantung kepada jurulatih.

Apa yang beliau (Fajer) katakan sebelum ini, jika ada pemain import yang bagus kami boleh ambil, jika tak ada, tak mengapa kerana Kelantan ada pemain muda berbakat seperti pemain Syria,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pasukan Liga Super Kelantan, Sarawak, Pulau Pinang dan Kuantan FA dari Liga Perdana sebelum ini dikenakan sekatan perpindahan pemain oleh MFL selepas gagal membuat pendaftaran pasukan musim ini.

Namun MFL meminta pasukan itu membuat permohonan jika mahu diberikan pengecualian daripada hukuman itu.

Menurut Bibi, mereka sedang berusaha untuk mengurangkan kos dengan memberi tumpuan kepada pembangunan pemain muda kerana nasib Kelantan bukan sekadar keputusan di tengah padang.

Kami bertanding dalam liga adalah bersyarat, kami harus menyelesaikan hutang sebelum ini secara berperingkat. Kalau kami raih keputusan perlawanan yang baik tapi gagal dari segi kewangan, kami masih berdepan masalah untuk terus kekal.

Jadi kami perlu mengimbangi kedua-dua aspek ini sebab itu kami mengeluarkan lapan pemain sedia ada dan membawa masuk lapan pemain skuad Piala Presiden dan Belia. Kami percaya dengan kemampuan pemain muda yang perlu diberikan pendedahan, jadi saya berharap semua penyokong dapat terus memberi sokongan kepada pasukan,” katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Mei 2018 @ 5:06 PM

Perjanjian culas

MyMetroUtama



Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

AKIBAT perjanjian berat sebelah selain menjadi mangsa ‘taktik’ pemain import menyebabkan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) menanggung kerugian jutaan ringgit sejak 20 tahun lalu.

Lebih memburukkan keadaan, keputusan yang tidak memihak kepada badan induk bola sepak negeri itu menyebabkan KAFA terpaksa menanggung bebanan hutang yang dilihat tiada kesudahan walaupun sudah beberapa kali menukar pucuk pimpinan.

Setiausaha Agungnya, Hussin Deraman berkata, kelonggaran dalam kontrak pemain import menyebabkan Kelantan sehingga kini berhutang untuk membayar tunggakan gaji kepada mereka.

Beliau berkata, ada antara pemain import yang hanya indah khabar dari rupa sekali gus membuatkan pasukan perlu menyingkirkan mereka apabila prestasi tidak mencapai tahap yang diinginkan.

Namun, kita perlu membayar harga yang tinggi apabila setiap kes yang dibawa ke Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sudah pasti akan memihak kepada pemain.

Situasi terbabit sudah berlanjutan sejak 22 tahun lalu dan KAFA perlu membayar setiap kerugian terbabit yang antaranya mencecah ratusan ribu ringgit bagi setiap pemain import.

Sebelum ini (dua musim lalu) kita bagi KPI (Indeks Prestasi Utama), kalau tak jaringkan gol kita akan buat tindakan potong gaji. Tapi Liga Bolasepak Malaysia (MFL) buang peraturan itu jadi kita tak boleh nak ‘tegur’ mereka apabila prestasi menurun dan apabila disingkirkan, persatuan perlu pula bayar pampasan tinggi,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum ini, Arena Metro melaporkan, beberapa kelonggaran dalam kontrak pemain import adalah penyumbang sebenar kerugian yang terpaksa dilalui sebahagian besar pasukan dalam Liga Malaysia (Liga-M).

Jika sebelum ini dalam kontrak pemain diletakkan klausa penilaian prestasi kepada awang import, namun ia kemudian dimansuhkan pada musim lalu yang menyaksikan pemain asing mula ‘besar kepala’ dengan gagal memberikan aksi terbaik buat pasukan.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustaffa berkata, beliau kecewa dengan keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan MFL yang memansuhkan peraturan itu dalam kontrak.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 January 2020 @ 6:30 AM