Khamis, 31 Disember 2020

The Red Warriors akhirnya bebas



Oleh YATIMIN ABDULLAH

31 Disember 2020, 9:33 am

KOTA BHARU: Selepas dihimpit pelbagai masalah musim lalu, Kelantan FC akhirnya akan melangkah ke musim baharu Liga Malaysia (Liga M) dengan tenang dan bersemangat apabila dibebaskan daripada larangan membeli pemain.

Berita gembira itu diterima The Red Warriors (TRW) semalam menerusi sepucuk surat yang dikeluarkan badan bola sepak dunia, FIFA selepas Kelantan berjaya melunaskan semua hutang lapuk.

Pembatalan itu hasil perjuangan pemilik baharu Kelantan FC, Norizam Tukiman yang bersemangat waja untuk ‘menyental’ hutang-hutang lapuk yang menjadi duri dalam daging TRW.

NORIZAM TUKIMAN

Norizam atau Zamsaham berkata, keputusan pembatalan sekatan tersebut diterimanya daripada badan induk itu pada pukul 5 petang semalam.

Alhamdulillah, perjuangan saya selama empat bulan sejak mengambil alih TRW pada 3 September lalu akhirnya menemui noktah apabila berjaya menyelesaikan masalah hutang lapuk itu.

Saya ingin merakamkan terima kasih kepada peguam Cassio Francisco de Jesus, Zhafri Aminurashid yang banyak membantu dalam urusan ini apabila kita selesaikan semua bayaran tunggakan pemain kelahiran Brazil itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang turut membantu dalam isu tersebut.

Bila sudah lepas (sekatan) saya boleh membuat pilihan pemain terbaik untuk dibawa masuk bagi memperkuatkan pasukan termasuklah tonggak import.

Insya-Allah, saya akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan Kelantan FC mampu memberi saingan terbaik dalam Liga Malaysia musim depan,” ujarnya.

JDT 'syurga' Safawi

Oleh Syafiq Aznan - Disember 29, 2020 @ 3:54pmsyafiq.aznan@bh.com.my.SUMBER SUKAN UM ONLINE

Sabtu, 26 Disember 2020

Kelantan tamat kontrak Yusri

November 18, 2020 @ 9:09pm



Pengendali Kelantan, Yusri Che Lah. - Foto FB Kelantan FA

KOTA BHARU: Kelantan FC tidak akan menyambung kontrak Yusri Che Lah sebagai ketua jurulatih pasukan dan tiga pembantunya iaitu Tengku Hazman Raja Hassan, Azli Mahmood serta Ismail Chawalit Abu Bakar.

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman berkata langkah drastik itu adalah rombakan yang dibuat terhadap barisan kejurulatihan skuad The Red Warriors (TRW) bagi memperkasakan pasukan itu mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2021.

"Perubahan itu nampak drastik, namun Kelantan FC perlu berani jika mahu memburu slot ke Liga Super dan kejuaraan lain musim hadapan. Langkah ini sangat penting kerana saya mahu membentuk pasukan menggunakan acuan sendiri yang mempunyai mentaliti memburu kejuaraan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Skuad TRW di bawah kendalian Yusri berada pada kedudukan keenam dalam carta Liga Perdana dan layak menyertai saingan Piala Malaysia.

Norizam berkata Kelantan FC sudah menerima permohonan jurulatih dari Sepanyol, Hungary, Jerman dan beberapa negara untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengendali utama pasukan selain permohonan daripada beberapa jurulatih tempatan.

Katanya, beliau mahu jurulatih yang dipilih itu berpengalaman serta dapat bekerjasama dengan pemain dan pihak pengurusan untuk membentuk pasukan mantap.

"Saya mahu jurulatih itu mampu menerapkan mentaliti menjaringkan gol dan meraih kemenangan serta taktikal bertahan turut diperlukan supaya Kelantan FC tidak mudah dibolosi pihak lawan.

"Bola sepak hari ini lebih kepada kepantasan, kebijaksanaan untuk menjaringkan gol bagi meraih kemenangan dan bijak memerangkap pasukan lawan," katanya.

-- BERNAMA,SUMBER-BH ONLINE

Kelantan FC guna 90 peratus 'ubi muda'

Disember 25, 2020 @ 11:24pm



Norizam (topi merah) memberi semangat kepada pemain pada sesi pemilihan hari ini.

KOTA BHARU: Kelab Bola Sepak Kelantan (Kelantan FC) memilih untuk menggunakan khidmat 90 peratus pemain muda kelahiran negeri itu, bagi memberi cabaran pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Pengurus Operasi The Red Warriors (TRW) Kelantan FC Jamilulail Jamiludin berkata, barisan 'ubi muda' itu terdiri daripada pemain skuad Piala Belia dan Presiden Kelantan musim 2020.

Jelasnya, pemilihan itu dilakukan pemilik dan pengurusan baharu Kelantan FC, selain dipantau pemilik kelab itu, Norizam Tukiman.

"Satu perlawanan antara pasukan bawah 19 dan 21 tahun itu diadakan di Padang Sintetik Kota Bharu, hari ini, bagi mengenal pasti pemain terbaik untuk diserap ke kelab ini.

"Pengarah teknikal kelab yang juga bekas pemain Johor dan kebangsaan Abdul Nasir M Yusof bertanggungjawab memilih pemain sambil dipantau sendiri oleh pemilik kelab Norizam Tukiman.

"Hasil daripada perlawanan persahabatan ini, 90 peratus pemain terbaik dari kedua-dua pasukan bakal diserap masuk ke pasukan utama pada musim 2021," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik melalui akaun Facebook rasmi kelab itu, hari ini.

Jamilulail berkata mereka yang dipilih akan menerima 'ramuan' jurulatih dari Itali, untuk menghadapi aksi kompetitif dalam kempen Liga M.

"Pemain ini bakal di 'DNA' kan oleh ketua jurulatih pasukan dari Itali yang akan membentuk semula pasukan muda ke taraf antarabangsa.

"Pemain yang terpilih akan diumumkan bersama barisan kejurulatihan, dalam sebuah majlis khas pengenalan pasukan pada awal Januari 2021," tambahnya.

Sebelum ini, Norizam dilaporkan berkata akan melakukan rombakan secara besar-besaran terhadap pemain dan barisan jurulatih bagi menghadapi saingan Liga-M musim depan. - BERNAMA.SUMBER-BH ONLINE

Selasa, 22 Disember 2020

Kelantan FC sudah lunas tunggakan gaji Abou Bakr

Disember 22, 2020 @ 10:49pm



Gambar fail - Aksi bekas pemain import TRW, Abou Bakr Al Mel (jersi merah putih) ketika bertemu Kedah. - Foto NSTP/Syamsi Suhaimi.

KOTA BHARU: Kelab Bola Sepak Kelantan (Kelantan FC) sudah melunaskan tunggakan gaji seorang lagi bekas pemain import skuad The Red Warriors (TRW), Abou Bakr Al Mel.

Penasihat Undang-Undang Kelantan FC, Shairuz Sheffie berkata sebanyak RM969,283 sudah dibayar kepada bekas penyerang import dari Lubnan itu, menerusi dua kali pembayaran iaitu pada 15 Oktober dan 17 Disember lalu.

"Kelantan FC ingin mengumumkan kami telah berjaya melunaskan pembayaran hutang tertunggak sebanyak AS$233,000.00 (RM969,283.00) kepada Abou Bakr.

"Hutang itu dibayar dalam dua bahagian iaitu AS$133,000 (15 Oktober) dan AS$100,000 (17 Disember) kepada Peguamcara, Eleven & Law," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook rasmi pasukan itu, hari ini.

Abou Bakr beraksi bersama Kelantan pada 2017 bagi mengisi kekosongan posisi penyerang ditinggalkan bekas pemain import pasukan itu, Mohammed Ghaddar yang berhijrah ke kelab Johor Darul Ta'zim (Johor DT).

Semalam, dilaporkan, Kelantan FC juga sudah melunaskan sepenuhnya tunggakan gaji bekas pemain import dari Brazil iaitu Cassio Francisco sebanyak RM679,263.20.SUMBER-BH ONLINE