Khamis, 25 Januari 2018

Transformasi baru TRW cetus keban

 Mohd Fitrie
Muhamadmfitrie@nstp.com.my
 
SELEPAS melepasi badai kemelut pengurusan, masalah kelewatan pembayaran gaji serta tunggakan hutang pada musim lalu, kali ini skuad The Red Warriors (TRW) tampil dengan lebih yakin menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2018. Bersandarkan barisan kepemimpinan baharu Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Presiden yang dikemudi Bibi Ramjani Ilias Khan, persiapan kali ini berjaya meningkatkan keyakinan pemain serta penyokong yang begitu dahagakan kejayaan seperti yang pernah dinikmati sebelum ini.

Barisan kejurulatihan juga bertukar wajah apabila Sathit Bensoh diberi tanggungjawab memimpin pasukan.

Namun, bagi Bensoh, jika semuanya berjalan lancar, beliau tidak mahu ada pemain yang bersikap seperti penumpang dalam pasukan.


SATHIT galas cabaran musim baru bersama TRW.
Peringatan itu disuarakan terutamanya kepada pemain muda kerana adunan skuad TRW musim ini adalah bersandarkan konsep gabungan pemain berpengalaman dan junior.

Menyedari transformasi yang berlaku, jurulatih dari Thailand itu perlu menggandakan kerja untuk memastikan pasukan benar-benar sedia menghadapi Liga Malaysia (Liga M), yang bakal buka tirai 3 Februari ini.

Daripada aspek keserasian antara pemain, Bensoh tidak terlalu terdesak kerana akur perkara itu akan hadir dengan sendirinya.

Untuk itu, persiapan pasukan kini lebih menjurus kepada penerimaan pemain terhadap taktikal.

“Kita kena tingkatkan lagi tahap kombinasi pemain lama dan pemain baharu. Kini (persiapan) kita lebih menjurus kepada aspek taktikal dan fizikal pemain.

“Kami perlu memastikan pasukan berada dalam keadaan lengkap dan selesa sebelum memulakan aksi sebenar,” katanya.

Dalam masa sama, Bensoh turut mengingatkan pemain muda supaya kekal berfikiran positif untuk bersaing dengan pemain senior.

Mengulas mengenai kempen pra musim dan beberapa aksi persahabatan yang dilalui, Bensoh akui yang beliau masih belum berpuas hati dengan tahap kemampuan pasukan terutamanya membabitkan sentuhan penyudah.


SATHIT galas cabaran musim baru bersama TRW.
Dalam masa sama, Santhit mahu memberi ruang seluas-luasnya buat dua penyerang import, Ferdinand Sinaga dan Bruno Lopes untuk segera menyesuaikan diri dengan persekitaran serta pasukan baharu.

“Kalau ikutkan, saya belum berpuas hati sepenuhnya. Kami masih ada kerja yang perlu dilakukan untuk meningkatkan lagi prestasi keseluruhan pasukan.

“Bruno dan Ferdinand baru saja menyertai pasukan pada Januari. Sudah pasti mereka perlukan masa untuk tingkatkan kombinasi dengan pemain lain termasuk menajamkan lagi sentuhan penyudah,” katanya.

Apa kata mereka:


FERDINAND SINANGA
“Seluruh pasukan dan penyokong menerima saya secara luar biasa. Terima kasih kepada penyokong kerana mula mengenal nama saya. Saya akan mengembalikan sanjungan mereka ini dengan apa yang saya ada dan cuba lakukan yang terbaik dalam setiap pertandingan,” Ferdinand Sinaga.


DANIEL ASHRAF ABDULLAH
“Kehadiran pemain muda boleh membantu pasukan dan kami perlu menyesuaikan diri dengan pemain berpengalaman. Semuanya berjalan lancar, terima kasih kepada presiden kepada sanggup berkorban menaikkan semula pasukan ini,” Daniel Ashraf Abdullah.

sumberArtikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 January 2018 @ 10:00 AM

Jumaat, 19 Januari 2018

Yakult terus jalinkan ikatan bersama Kelantan

 
Sufian Hadi Sojak

19 Januari 2018 5:37 PM

KUALA LUMPUR 19 Jan. - Syarikat minuman kultur terkemuka Jepun, Yakult Malaysia meneruskan kerjasamanya bagi musim ini dengan menaja pasukan bola sepak Kelantan.

Pengarah Urusannya, Hiroshi Hamada berkata, Yakult sangat berbesar hati untuk meneruskan tajaan pada musim ini kepada skuad The Red Warriors memandangkan pasukan tersebut berpotensi besar untuk melangkah jauh kali ini.


“Saya sentiasa mengikuti perkembangan bola sepak negara, walaupun terlalu sibuk dengan mesyuarat di merata tempat namun saya sering mengisi jadual saya dengan menonton perlawanan secara langsung terutamanya jika pasukan TRW beraksi.”

“Selama mengikuti perkembangan pasukan ini, saya melihat mereka mempunyai peluang yang besar untuk menjuarai liga musim kali ini seterusnya mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak Kelantan. Kami berbangga menjadi sebahagian dari keluarga TRW.

"Matlamat utama kerjasama ini juga adalah untuk kesihatan di mana menerusi kajian saintifik yang telah di jalankan, minuman Yakult terbukti dapat membantu merangsang semula pertahanan badan selepas bersukan bagi mengurangkan jangkitan selsema.

"Perkara ini akan dapat membantu pemain pasukan ini untuk kekal lebih sihat bagi mengahdapi saingan liga,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar sempena majlis tadatangan penajaan The Red Warriors di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Bibi Ramjani Illias Khan menyambut baik dan berbesar hati dengan keputusan syarikat dari Jepun itu untuk bersama pasukannya lagi.

“Saya rasa bangga kerana Yakult setia menyokong pasukan ini, dengan harapan untuk mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak negeri Kelantan. Saya yakin dan percaya jenama Yakult akan terus berkembang maju di negara ini memandangkan ia amat diminati oleh semua peringkat umur selain memberikan manfaat kesihatan yang menyeluruh," ujarnya.

Sebagai rekod, penglibatan jenama Yakult dalam bola sepak bukanlah perkara yang asing lagi. Yakult telah menjadi penaja rasmi bagi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di mana setiap minuman Yakult yang terjual akan di sumbangkan sebanyak 1 sen kepada FAM untuk pembangunan bola sepak Negara.- UTUSAN ONLINE
SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/yakult-terus-jalinkan-ikatan-bersama-kelantan-1.593390#ixzz54g6Rznw4

© Utusan Melayu (M) Bhd

Selasa, 9 Januari 2018

Piala FA: Peluang terbaik tunggu Kelantan

ARKIB : 07/03/2009
Oleh Rodelio Junjun Taucan
rodelio.taucan@utusan.com.my
KOTA BHARU - Berdasarkan prestasi semasa, inilah peluang terbaik untuk Kelantan melayakkan diri ke perlawanan akhir piala FA, namun langkah awal yang perlu diselesaikan ialah menewaskan UPB-My Team pada saingan suku akhir kedua hari ini.

Berbekalkan kelebihan satu gol ditempat lawan dan faktor bermain di tempat sendiri, Peter James Butler yakin pasukan bimbingannya itu mampu menggalas cabaran yang bakal dihadapi.

Sememangnya atas kertas, Kelantan bagaikan sudah melangkah sebelah kaki kerana Stadium Sultan Muhamad IV tidak mudah menyaksikan skuad Kijang rebah, apatah lagi dengan sokongan yang melimpah kelak.

Ujarnya, kehilangan penjaga gol, Halim Napi dan pemain pertahanan, Ahmad Azlan Zainal kerana dilayangkan kad merah tidak menggugat kerana pemain simpanannya juga mempunyai kredibiliti seimbang.

Shahrizan Ismail yang diturunkan pada perlawanan pertama membuktikan dia tidak sepatutnya terus kekal di bangku simpanan.

"Ini adalah masa yang terbaik untuk mereka yang diturunkan membuktikan kebolehan dan kita akan main seperti biasa tanpa sebarang tekanan.

"UPB-My Team tidak boleh dipandang rendah, mereka pasti mempunyai rencana sendiri dan kita juga ada rancangan untuk mereka dan perlu bekerja lebih keras," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Jelasnya, jika semua pemain memberi komitmen yang jitu, mereka tidak akan mempunyai masalah untuk layak ke saingan separuh akhir malam ini.

Sementara itu, bercakap mengenai barisan pertahanan skuad itu yang mudah dibolosi katanya, perkara paling penting adalah menjaringkan gol kemenangan.

"Pertahanan kami mungkin longgar kerana sedikit kesilapan tetapi yang penting barisan penyerang mampu menjaringkan gol untuk memenangi perlawanan.

"Saya datang ke sini untuk bermain bola sepak dan taktik menyerang adalah cara bola sepak saya, saya tidak kisah apabila gawang dibolosi yang penting kita menang dan dapat tiga mata," ujarnya.

Jelasnya, risiko gawang dibolosi merupakan hakikat yang terpaksa di tanggung mana-mana pasukan yang menggunakan corak permainan menyerang.

Sementara itu, penjaga gol kedua Kelantan, Shahrizan Ismail yang akan menggantikan Halim Napi bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut.

"Mungkin ada sedikit rasa gemuruh kerana lama tidak beraksi tetapi saya akan cuba mengatasi perasaan itu dan mungkin selepas 10 minit permainan perasaan itu akan hilang," jelasnya.

Kelantan pastinya menagih sentuhan penyudah Khalid Jamlus dan Indra Putra Mahayuddin selain Badri Radzi yang bertindak merencanakan serangan ke kubu UPB-MY Team dalam pertemuan malam ini.
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0307&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz53h7tVELA

© Utusan Melayu (M) Bhd

Sabtu, 6 Januari 2018

Kelantan pertaruh skuad seimbang harungi Liga M

Sabtu, 6 Januari 2018 | 7:11pm
 
KAPTEN Kelantan, Mohd Badhri Mohd Radzi masih bersama TRW musim ini. - Foto fail
Kelantan pertaruh skuad seimbang harungi Liga M
Oleh Attirmidzie Rahman
sukanteam@nstp.com.my
KOTA BHARU: Pasukan Kelantan bakal diperkuatkan 20 pemain tempatan termasuk empat dari skuad Piala Presiden dan lima pemain import bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang bakal menyingkap tirainya Februari ini.

Antara pemain yang bakal menggalas cabaran Kelantan musim ini ialah Khairul Fahmi Che Mat; Mohamad Ramadhan Abd Hamid dan Mohd Shahrizan Ismail yang bertindak selaku penjaga gawang pasukan.

Sementara posisi pertahanan menyaksikan gandingan Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim, Mohamad Azwan Arifin, Mohamad Faris Shah Rosli, Tengku Qayyum Ubaidillah, Mohd Farisham Ismail, Khairul Asyraf Ramli dan Amirizdwan Taj Tajudin.

Barisan tengah pula diterajui Mohd Badhri Mohd Radzi, Muhd Fadhilah Mohd Pauzi, S Veenod, Ahmad Sukri Ab Hamid, Shafiq Saharuddin dan Mohamad Khairul Rizam Che Soh.

Fakrul Zaman Wan Abdullah, Mohd Norfarhan Mohamad dan Muhammad Zul Fahmi Awang pula menjadi taruhan skuad Kijang Merah itu untuk mempertajam jentera serangan.

Bagi kuota import pula, Morgaro Lima Gomis (tengah), Do Dong Hyun (tengah), Cassio Francisco Jesus (pertahanan), Ferdinand Sinaga dan Bruno Lopes (penyerang) menjadi taruhan The Red Warriors untuk memperkuat skuda gabungan pemain muda dan berpengalaman itu.

Tiga pemain muda yang turut menjadi sandaran pasukan adalah Nik Akif Syahiran Nik Mat, Daniel Ashraf Abdullah dan Nik Azli Nik Alias yang bermain di posisi serangan serta tengah.

Pengumuman skuad penuh Kelantan itu dilakukan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan ketika sidang media menandatangani pemain import baharu pasukan, Bruno Lopes di sini, hari ini.

Bibi Ramjani berkata, pemain yang diumumkan itu secara rasmi menjadi tonggak harapan pasukan Kelantan musim ini.

"Apa yang diharapkan kesemua pemain ini dapat memberi yang terbaik di samping masing-masing menggalas tanggungjawab selaku pemain pasukan.

"Bagi pemain import, kita mengharapkan keserasian mereka bersama pemain tempatan ditafsirkan dengan sebaik mungkin agar mampu membantu perkuatkan pasukan," katanya.

SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Sabtu, 6 Januari 2018 | 12:29pm

Media lebih menakutkan daripada penyokong

FERDINAND SINAGA ketika diperkenalkan kepada pihak media di Kota
FERDINAND SINAGA ketika diperkenalkan kepada pihak media di Kota Bharu, semalam.
Yatimin Abdullah

05 Januari 2018 11:48 AM

38
KOTA BHARU 5 Jan - Penggempur import baharu The Red Warriors (TRW) dari Indonesia, Ferdinand Sinaga mengakui, tekanan yang diberikan oleh penyokong tidak seberat tekanan daripada media.

Perkara tersebut diungkapkan oleh penyerang berusia 29 tahun itu ketika diperkenalkan sebagai keluarga baharu pasukan Kelantan di sini, semalam.


Kata Ferdinand, dia lebih selesa menjadikan tekanan penyokong sebagai platfrom untuk mempamer karektor sebenar sebagai seorang penyerang yang disegani.

"Saya akan lakukan yang terbaik bila ada tekanan dan itu karakter sebenar. Beraksi bersama Kelantan adalah satu pengalaman baharu kerana saya tahu tekanan daripada penyokong di sini cukup tinggi.

"Bagaimanapun saya takut jika ada tekanan daripada pihak media. Mahu atau tidak saya perlu sedia berdepan dengan sebarang kemungkinan," katanya kepada pemberita.

Ferdinand memberitahu, dia gembira kerana Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sudi mendapatkan khidmatnya untuk mengharungi musim 2018.

Katanya, peluang beraksi bersama Kelantan perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mengembangkan lagi bakatnya di luar Indonesia.

"Sebelum menerima tawaran Kelantan, saya ada membaca profail pasukan di internet. Saya suka berada di sini kerana penyokongnya luar biasa.

"Ini pasti menyenorokkan untuk saya beraksi dalam Liga Malaysia nanti," ujarnya.

Tambahnya, dia menetapkan sasaran untuk menjadi salah seorang penyerang termuka Kelantan dalam saingan itu nanti.

Setakat ini Kelantan diperkuatkan empat lagi tonggak import iaitu Cassio De Jesus (Brazil), Do Dong-Hyun (Korea Selatan) dan Magaro Gomis (Perancis) serta Bruno Lopes (Brazil). - UTUSAN ONLINE
SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/media-lebih-menakutkan-daripada-penyokong-1.585095#ixzz53PAYvRmi

© Utusan Melayu (M) Bhd

TRW pinjamkan enam pemain untuk kurangkan belanja

BIBI KONTRAK
 BIBI KONTRAK
BIBI RAMJANI ILIAS KHAN (kiri) menyaksikan majlis menandatangi kontrak antara Kafa dengan Lopes yang melengkapkan senarai penuh pemain import 2018.-UTUSAN
Yatimin Abdullah

06 Januari 2018 12:45 PM
KOTA BHARU 6 Jan. - Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) membuat keputusan meminjamkan enam pemainnya kepada beberapa pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.


Presiden Kafa, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, langkah tersebut bertujuan untuk meringankan beban kewangan badan induk itu sepanjang musim 2018.



Katanya enam pemain berkenaan ialah Mohd. Faizul Nazlin Sayuti, Hattaphon Bun Aun, Mohd. Nasharizam Abd. Rashid, Rozaimi Azwar Mat Zin, Shafiq Abd. Rahman dan Mohd. Haikal Mohd. Nazri


“Kita terpaksa meminjamkan mereka ini kerana Kafa sudah melengkapkan senarai penuh 25 pemain yang akan beraksi bersama TRW 2018,” katanya.


Beliau ditemui pemberita pada majlis menandatangi kontrak bersama pemain import baharu, Bruno Da Silva Lopes, di sini hari ini.


Bibi Ramjani memberitahu, Kafa juga sedang berunding dengan Misc-Mifa untuk meminjamkan Seydi L. Imam kepada pasukan berkenaan.


“Rundingan ketika ini melibatkan soal gaji, kerana gaji Seydi agak tinggi,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE
SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/trw-pinjamkan-enam-pemain-untuk-kurangkan-belanja-1.585601#ixzz53OwwkuIg

© Utusan Melayu (M) Bhd