Sabtu, 21 Februari 2015

Polis ‘tembak’ Kelantan

Polis ‘tembak’ Kelantan

The Cops terus lakar kejutan
MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB  |  22 Februari 2015 12:31 AM
Pemain Kelantan, Wan Zack Haikal (kanan) cuba melepasi asakan
Pemain Kelantan, Wan Zack Haikal (kanan) cuba melepasi asakan
Pemain Kelantan, Wan Zack Haikal (kanan) cuba melepasi asakan pertahanan PDRM, Onorionde Kughegbe dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu semalam. The Red Warriors kalah besar 0-4 di depan penyokong sendiri. – Mingguan/Wahidin Salim

KOTA BHARU - Hanya seminggu selepas mengejutkan Johor Darul Ta'zim (JDT) 1-0, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuktikan mereka adalah ‘giant killer’ yang perlu diberi perhatian dalam saingan Liga Super musim ini apabila mem­belasah Kelantan 4-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam.
Kemenangan bergaya itu membolehkan skuad bimbingan Azman Adnan melonjak ke tangga ketiga liga, selain mencalarkan rekod dua kemenangan berturut-turut yang dicatat The Red Warriors sebelum ini.
Biarpun beraksi di depan lautan merah 25,000 penyokong setia The Red Warriors, malah turun selaku pendatang baharu Liga Super, The Cops tidak langsung gementar.

Pasukan pelawat dikejutkan dengan beberapa percubaan tuan rumah yang bermula garang di awal permainan, termasuk menerusi sepakan Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria berjaya disekat pertahanan import PDRM, Onorionde Kughegbe di atas garisan gol.
Begitupun, asakan tersebut tidak menjejaskan tumpuan mereka, malah kebimbangan yang pernah disuarakan Kelantan mengenai kelincahan Ashfaq Ali menjadi ke­nyataan apabila penyerang Maldives itu membuka jaringan The Cops pada waktu kecederaan babak pertama.

Ashfaq yang bijak melepasi perangkap ofsaid berjaya merembat bola ke penjuru kanan pintu gol tuan rumah yang sama sekali gagal di­selamatkan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.
Bersambung babak kedua, PDRM tidak me­nunggu lama untuk menambah jaringan selepas dihadiahkan sepakan penalti pada minit- 53 apabila Khairul Fahmi menjatuhkan Ashfaq Ali.
Dramane Thaore yang dipertanggungjawabkan mengambil sepakan tersebut mudah menewaskan Khairul Fahmi.
Ashfaq Ali terus membuktikan ketajaman penyudahnya dengan meledak gol ketiga pada minit ke-73, sebelum Mohamadou Sumareh melengkap malam penuh gemilang PDRM dengan gol keempat pada minit ke-85.

- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/polis-8216-tembak-8217-kelantan-1.62016#sthash.kaz34fLk.dpuf

Khamis, 19 Februari 2015

The Cops tak gerun jumpa Kelantan

Oleh Ferzalfie Fauzi -ferzalfie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengakui tidak berasa gerun walaupun akan berdepan dengan pasukan tangga teratas Liga Super 2015, Kelantan Sabtu ini.

Pengurus PDRM Mubin Mokhtar berkata mereka sentiasa bersedia dan masih menganggap saingan liga setakat ini baru di peringkat awal selepas masing-masing mengharungi dua perlawanan.

“Mereka (Kelantan) menang dua perlawanan berturut-turut dan berada di tangga teratas liga, tapi kita akan cuba terbaik menjelang pertemuan dengan mereka nanti,” katanya semalam.

Selepas dua perlawanan, PDRM berada di tangga kelapan hasil satu kemenangan mengejut ke atas penyandang juara, Johor Darul Ta‘zim (Johor DT) Sabtu lalu susulan perlawanan pertama menyaksikan mereka kalah 3-5 kepada LionsXII.

Ujar Mubin, mereka memang hendak menang semua perlawanan tetapi berdepan Kelantan mereka rela digelar sebagai pasukan bukan pilihan.

“Kami datang ke gelanggang lawan, tentunya yang menjadi pilihan pasukan tuan rumah,” katanya.

Bagaimanapun, selepas dua perlawanan setakat ini, Mubin berpuas hati dengan kombinasi pemain baik anak tempatan mahupun import.

“Dramane Traore setakat ini masih lagi bermain dengan baik. Saya memang berpuas hati dari segi sikap serta prestasinya.

“Bagaimanapun, semua pemain sebenarnya begitu konsisten setakat ini selepas mengharungi dua perlawanan,” katanya.

Traore sekarang ini berada di tangga teratas untuk penjaring terbanyak keseluruhan dengan kelebihan tiga gol.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Februari 2015 @ 5:07 AM
DISYORKAN

- SUMBER: http://www.hmetro.com.my/node/31877#sthash.Q9vdBJiR.dpuf

Selasa, 17 Februari 2015

Taktikal menyerang Kelantan nyata menjadi

-17 Februari 2015 1:36 AM

 PENYERANG Kelantan, Emmanuel Kenmogne  (kanan) cuba melepasi hadangan
PENYERANG Kelantan, Emmanuel Kenmogne  (kanan) cuba melepasi hadangan
PENYERANG Kelantan, Emmanuel Kenmogne (kanan) cuba melepasi hadangan pertahanan Lions XII dalam aksi Liga Super, kelmarin.
KOTA BHARU – Percaturan pengendali Kelantan, George Boateng yang mempertaruhkan corak permainan menyerang membuahkan hasil apabila The Red Warriors berjaya menumpaskan Lions XII 2-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini kelmarin.
Boateng berkata, dia gembira apabila barisan pemain Kelantan berjaya mengadaptasikan corak permainan me­nyerang sepanjang 90 minit perlawanan.
Menurutnya, walaupun taktikal tersebut agak berisiko, namun ia merupakan cabaran untuk barisan pemainnya pada perlawanan itu.
“Saya tahu mereka (Lions XII) datang ke sini dengan harapan untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata, tetapi kami memilih untuk bermain secara menyerang dengan mempertaruhkan dua penggempur sambil meletakkan Piya (Mohd. Badri Radzi) di belakang untuk membantu mereka.
“Saya nampak dua pertahanan mereka sedikit tertekan dan kami menggunakan kesempatan itu untuk mendapatkan jaringan pada perlawanan tersebut,” katanya.
Dalam perlawanan tersebut, tonggak pertahanan import dari Australia, Jonathan McKain meletakkan The Red Warriors di depan seawal minit keenam menerusi tandukan kencang selepas bijak menghidu bola sepakan sudut Mohd. Fitri Omar, sebelum Mohd. Badhri menambah gol kedua pada minit ke-42.
Pengendali dari Belanda itu memberitahu, kemenangan tersebut turut dibantu oleh kerja keras barisan pemainnya selain memanfaatkan peluang terhidang.

- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/taktikal-menyerang-kelantan-nyata-menjadi-1.60441#sthash.h2BUB9e6.dpuf

Isnin, 9 Februari 2015

PENJARING TERBANYAK LIGA SUPER 2015

OLEH – AHMAD BIN YAAKOB

TIGA GOL
Dramane Traore-PDRM

SATU GOL
Ismail Faruqi-Terengganu
Daruli Gustavo Lopez-Terengganu
Noor Hazrul Mustafa-Kelantan.
Erwin Carillo-Kelantan
Bojan Miladonovic-Felda United
Makache Ndumba-Felda United
Edward Junior Wilson-Felda United
Shahrol Saperi-Sarawak
Billy Mehmet-Sarawak
Hairol Mokhtar-Sarawak
Nuridzuan Abu Hassan-Perak
Namkung Wong-Perak
Gabriel Quak- Lions XII
Faris Ramli- Lions XII
Izzdin Shafiq- Lions XII
Hafiz Sujad- Lions XII
Sahil Suhaimi- Lions XII
Marcos Antonio-Johor DT
Luciano Figueroa-Johor DT

Jumaat, 6 Februari 2015

KAFA enggan lepaskan Ferris Daniel

05 Februari 2015 1:32 AM

Barisan pemain Kelantan memperagakan jersi baharu pasukan The
Barisan pemain Kelantan memperagakan jersi baharu pasukan The Red Warriors musim 2015 dalam majlis di Kota Bharu semalam. – UTUSAN/JAZALY AMRY JAAFAR

KOTA BHARU – Penyerang Harimau Muda, Muhammad Ferris Daniel Mat Nasir mungkin boleh melupakan hasratnya untuk menabur bakti bersama Felda United musim ini apabila Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) enggan melepaskannya.
Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, jawatankuasa pengurusan yang bermesyuarat semalam mengambil ketetapan bahawa tonggak Harimau Muda itu sah milik The Red Warriors.
“Hasil mesyuarat itu, KAFA telah gariskan tiga pendekatan berhubung perkara berkenaan, pertama mengesahkan Ferris milik Kelantan seperti yang telah diputuskan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini.

“Kedua, KAFA akan memaklumkan kepada FAM mengenai kedudukan terkini status pemain berkenaan dan ketiga membuka ruang kepada Felda United untuk mengadakan perbincangan secara rasmi.
“Sekiranya berminat untuk mendapatkan khidmat pemain berkenaan, mereka boleh datang untuk berbincang dengan KAFA dan kita sedia menerima kunjungan mereka,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Terdahulu, beliau merasmikan majlis memperkenalkan jersi dan pemain pasukan Kelantan bagi musim 2015.
Utusan Malaysia kelmarin melaporkan status Muhammad Ferris Daniel yang menjadi rebutan antara The Red Warriors dengan Felda United akan ditentukan selepas jawatankuasa pengurusan KAFA mengadakan mesyuarat hari ini.
Polemik melibatkan pemain itu tercetus apabila namanya telah didaftarkan oleh Felda sebelum 5 Disember lalu biarpun Kelantan telah mengumumkan bahawa penyerang Harimau Muda itu ada dalam perancangan Kelantan.
Bagaimanapun, pemain itu telah menandatangani kontrak bersama Felda United dan sudah pun menjalani latihan bersama finalis Piala FA musim lalu itu.
Dalam perkembangan lain, Annuar memberitahu sehingga kini pihaknya masih belum menerima pelawaan secara rasmi dari Felda United untuk mengadakan perbincangan berhubung perkara berkenaan.
Katanya, pengurusan Felda United hanya menghantar mesej sistem pesanan ringkas (SMS) kepada beliau untuk mengadakan pertemuan bagi menyelesaikan masalah berkenaan.
“Kami bersedia untuk berbincang dan perlu dilakukan mengikut cara yang betul. KAFA cukup menitik beratkan sikap profesional berkaitan dengan pengurusan pasukan,” ujarnya.

- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/kafa-enggan-lepaskan-ferris-daniel-1.56084#sthash.ABGockof.dpuf