Sabtu, 7 Januari 2017

Konsortium Al Hamra cari rakan penaja TRW

SABTU, 7 JANUARI 2017 @ 5:42 PM
 
Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my PENGERUSI RedONE yang juga Presiden Al Hamra Group Tan Sri Annuar Musa (tengah) mengumumkan menjadi penaja utama kepada pasukan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) melalui dua syarikat tersebut hari ini.Turut hadir Setiausaha Agung KAFA Datuk Ismail Md Noor (kiri) dan Exco KAFA Datuk Abd Halim Ahmat.- FotoBERNAMA KUALA LUMPUR:

      Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mempelawa pelbagai pihak menyertai konsortium penaja skuad The Red Warriors (TRW). Annuar yang juga Presiden dan Pengerusi dua penaja TRW ketika ini, Al Hamra Group dan RedOne Malaysia mengundang pihak yang berminat untuk menghubunginya dalam tempoh seminggu sehingga Sabtu depan.

"Konsortium Al Hamra. Pelawaan dibuka kepada syarikat, perbadanan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), yayasan dan lain-lain yang ingin bersama kami menaja pemain, pegawai dan pasukan TRW. "(Ia termasuk) merancang pelan perniagaan bersama kami. Yang berminat boleh hubungi saya tidak lewat dari 14 Januari 2017 (Sabtu) untuk perbincangan terperinci.

"Kami bertekad mengumpul dana seberapa cukup untuk membolehkan TRW - sebuah pasukan milik rakyat dapat bersaing di Liga Super. Biar miskin harta tapi jangan miskin jiwa, usaha tangga kejayaan," kata Annuar dalam kenyataan di Facebook miliknya, hari ini.

 Skuad TRW sebelum ini berhasrat menarik diri daripada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2017 selepas berdepan krisis kewangan serius berikutan tiada penaja. Bagaimanapun, Annuar muncul penyelamat selepas menjadikan Al Hamra dan RedOne sebagai penaja, sekali gus menyaksikan TRW tetap akan bersaing dalam Liga M.

Malah, Annuar menerusi kenyataan di Facebook sama semalam turut mengakui TRW menjadi pasukan paling kecil berbelanja dalam kalangan pasukan Liga Super 2017.

SUMBER-Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/231499

Tiada ulasan :

Catat Ulasan