Isnin, 29 Mei 2017

Kelantan mahu kembali ke Liga Perdana



ARKIB : 11/05/2005

KOTA BHARU - Setelah imejnya tercalar kerana terpaksa bersaing dalam kancah Liga Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) musim ini, Kelantan bertekad untuk kembali semula ke persada Liga Perdana musim depan.

Berdasarkan prestasi semasa dalam Liga FAM yang sedang berlangsung, tidak mustahil Kelantan bakal kembali menceriakan penyokong pasukan Kijang.

Setakat ini, Kelantan telah mencatatkan semua kemenangan daripada lapan perlawanan yang diharungi.

Jurulatih Kelantan, Kamaruddin Mohd Noor, berkata, para pemain kini cukup bersemangat untuk meningkatkan prestasi.

``Biarpun terpaksa bermain dalam Liga FAM, ternyata ia tidak menjejaskan semangat pemain untuk terus mencatat kemenangan,'' katanya ketika ditemui sewaktu mengendalikan latihan di padang Hospital Universiti Sains Malaysia(HUSM), semalam.

Kelantan mengekalkan hampir keseluruhan pemain musim lalu termasuk penyerang lincah Zool Ihsan Yunus, Mohd Azli Mahmood, Sarudy Aziz dan Baharuddin Ghazali.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0511&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4iTpeJmbs
© Utusan Melayu (M) Bhd

Rabu, 24 Mei 2017

KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER 24.5.2017



OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Kedah             3-0      T-Team
 m-11,m-15,m-45 Ken Ilso

Perak 0-0      Sarawak
                       
Selangor         0-2      Pahang
                          m-74,m-83 Matheus Alves
           
Kelantan        2-2      Pulau Pinang
m-27 S. Thinagaran  m-24,m-89    Sanna Nyasi
m-55 Danial Ashraf            
           
Felda United             3-0      Melaka United
m-28 Lucas Cano    
m-32 Zah Rahan Krangar   
m-85 Gaston Cellerino

PKNS 0-1      Johor Darul Ta'zim
                           m-78 Amirulhadi Zainal

Ahad, 7 Mei 2017

Zahasmi puas lebur rekod kebal Pahang



Pahang rekod lebur
Pahang rekod lebur 
PEMAIN Pahang, Ahmad Syamin Yahya dihalang oleh pemain Kelantan dalam perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam tadi. - UTUSAN ONLINE/AHMAD ZAKKI JILAN

Yatimin Abdullah

07 Mei 2017 12:22 PM
AddThis Sharing Buttons
Share to FacebookShare to TwitterShare to WhatsAppShare to TelegramShare to EmailShare to More292

KOTA BHARU 7 Mei - Pengendali Kelantan, Zahasmi Ismail puas selepas berjaya meleburkan rekod kebal Pahang di Stadium Darul Makmur menerusi kemenangan 3-2 pada aksi Liga Super semalam.

Tanpa berselindung, pengendali berusia 53 tahun itu turut menghamburkan pujian kepada barisan pemainnya selepas berjaya mengekalkan rekod bersih tanpa sebarang kekalahan di luar Stadium Sultan Muhammad IV.

Zahasmi bagaimanapun berkata, dia enggan mendabik dada dengan keputusan itu sebaliknya mahu barisan pemain Kelantan kekal fokus untuk aksi berikutnya.

Menurutnya, masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki The Red Warriors (TRW) jika mahu memberikan saingan kepada pasukan lain di Liga Super.

“Selain itu, saya cukup gembira dengan apa yang ditunjukkan oleh Alessandro Cellin apabila membantu pasukan walaupun kali pertama beraksi selepas berehat panjang akibat kecederaan.

“Jaringan Cellin pada minit ke-17 menjadi tonik berharga buat Kelantan untuk mempamerkan aksi mantap pada perlawanan tersebut,”katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Pada perlawanan itu, Kelantan memperoleh jaringan menerusi Cellin pada minit ke-17 dan Mohamad Ghaddar (minit ke 72 dan 78).

Dua gol skuad Tok Gajah pula disumbangkan oleh penyerang importnya, Matheu Alves Leandro pada minit ke-69 dan 77.

Kemenangan Kelantan itu sekali gus meleburkan rekod tanpa kalah Pahang di Stadium Darul Makmur selepas mengekalkan rekod bersih dalam 11 aksi sebelum ini. - UTUSAN ONLINE

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/zahasmi-puas-lebur-rekod-kebal-pahang-1.478384#ixzz4gRfKHHet
© Utusan Melayu (M) Bhd

Pemotongan mata tidak jatuhkan moral TRW



 PEMAIN import Pahang, Sumareh Mohamadou (kanan) cuba melepasi
PEMAIN import Pahang, Sumareh Mohamadou (kanan) cuba melepasi kawalan dua pemain Kelantan dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam tadi. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN

07 Mei 2017 5:25 PM
AddThis Sharing Buttons
Share to FacebookShare to TwitterShare to WhatsAppShare to TelegramShare to EmailShare to More28

KUANTAN 7 Mei - Semangat untuk mengejar kembali mata yang dipotong menjadi kekuatan pemain Kelantan untuk menewaskan Pahang 3-2 pada saingan Liga Super malam tadi, sekali gus melebur rekod tanpa tewas Tok Gajah di gelanggang sendiri.

Jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail bersyukur kerana anak didiknya tidak menjadikan pemotongan mata itu melemahkan moral The Red Warriors (TRW) untuk mempamerkan persembahan baik meskipun berhadapan dengan Tok Gajah yang disifatkan sebagai pasukan yang kuat.

“Walaupun sudah dipotong enam mata, tetapi mereka bermain dengan penuh bersemangat untuk mengejar kembali apa yang telah berlaku. Disiplin yang ditunjukkan juga dapat menghalang serangan bertubi-tubi daripada Pahang.

“Ini petanda yang baik untuk kita meneruskan perjuangan,” katanya dalam sidang akhbar selepas tamat perlawanan di Stadium Darul Makmur di sini.

Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) baru-baru ini mengumumkan pemotongan enam mata terhadap Kelantan ekoran kegagalan melunaskan tunggakan gaji melibatkan barisan pemain pasukan itu bagi musim 2015 dan 2016.

Zahasmi turut memuji semangat pemain importnya, Alessandro Padovani Celin yang terus beraksi sehingga babak-babak akhir perlawanan meskipun baru pulih daripada kecederaan termasuk menjaringkan gol pertama perlawanan seawal minit ke-17.

Sementara itu, pengendali Pahang, Dollah Salleh berkata, pemainnya banyak melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya sehingga membuka ruang kepada Kelantan, khususnya doa gol oleh Mohamad Ghaddar pada minit ke 72 dan 78, yang membawa kemenangan kepada pasukan lawan.

Katanya, pemain Tok Gajah mula membuat kesilapan selepas berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-69, apabila mereka terlalu bersemangat untuk mencari gol kemenangan.

“Bila beria-ia mencari gol, mereka agak leka di pertahanan, hanya dua atau tiga pemain sahaja sedangkan Kelantan bermain secara serangan balas. Sepatutnya apabila sudah seri, kena sama-sama bertahan tetapi hilang fokus,”katanya.

Dollah juga mengakui agak sukar untuk Tok Gajah melakar kemenangan sejak akhir-akhir ini kerana pihak lawan sudah mengetahui taktik dan corak permainan serta kekuatan Pahang.

“Kita sukar menjaringkan lebih daripada dua gol dan sering ketinggalan pada awal permainan. Ini yang saya nampak dan harus diperbetulkan khasnya pada bahagian serangan untuk perlawanan seterusnya,” katanya. - BERNAMA

sumberArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/pemotongan-mata-tidak-jatuhkan-moral-trw-1.478453#ixzz4gRFRUDYK
© Utusan Melayu (M) Bhd