Isnin, 30 Januari 2017

Ghaddar masih berbisa

MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
28 JANUARI 2017
 Ghaddar
Ghaddar Ghaddar
MOHAMMED Ghaddar membuktikan dirinya masih berbisa apabila menjaringkan dua gol seterusnya membantu kemenangan Kelantan 3-1 ke atas PKNS FC di Stadium Shah Alam, semalam.

Ghddar yang pernah menyarung jersi The Red Warriors pada 2012 dan 2014 itu memastikan kepulangannya ke bumi pantai timur itu berbaloi dengan jaringan pada minit ke-19 dan 21.

Pengendali Kelantan, Zahasmi Ismail turut memuji persembahan dipamerkan penyerang kelahiran Lebanon itu yang disifatkannya masih tajam di hadapan gol.

“Saya lihat Ghaddar semakin matang berbanding pertama kali dia beraksi bersama kami. Jelas, dia beri segalanya untuk pasukan pada hari ini.

“Mungkin juga dia mampu sesuaikan diri kerana sudah biasa dengan suasana liga di Malaysia. Apa-apa pun saya puji ketajamannya dan pemain lain yang beraksi hari ini,” katanya.

Selain dua gol Ghaddar itu, Kapten Marvel, Mohd Badhri Radzi turut mencipta nama melalui sepakan percuma pada minit ke-48.

Jelas, kemenangan ini memberikan kelegaan buat The Red Warriors yang sebelum ini terpalit dengan isu penajaan di awal musim selain persiapan kurang rapi pasukan itu.

“Komitmen tinggi oleh semua pemain wajar dipuji dan hasilnya tiga mata untuk perlawanan pertama.

“Memang masih terlalu awal untuk melihat sebarang kemungkinan, tetapi kemenangan ini bakal menjadi semangat dan tonik berguna buat kami,” katanya.

Sementara itu, Pengendali PKNS, E Elavarasan nyata kecewa dan menyifatkan bahagian tengah dan pertahanan menjadi punca kepada kekalahan tersebut.

“Saya rasa permainan di tengah agak kurang berkesan dengan bola tidak sampai kepada penyerang.

“Manakala dua gol yang terhasil buat Kelantan pada separuh masa pertama berpunca daripada kesilapan benteng pertahanan.

“Saya cukup kecewa, tetapi kita perlu menerima hakikat dan bersedia untuk perlawanan akan datang,” katanya.

Sumber-SINAR HARIAN ONLINE 28 JANUARI 2017

Sabtu, 28 Januari 2017

Skuad Kelantan bermula garang

Oleh MUHD. ARDIE PUTRA SUHAIMI
 
GHADDAR (tengah) menjaringkan dua gol ketika membantu Kelantan menewaskan PKNS 3-1 di Stadium Shah Alam semalam.

PENGENDALI Kelantan, Zahasmi Ismail ‘lulus’ dengan cemerlang pada perlawanan kompetitif pertamanya apabila menerajui pasukan tersebut mengutip tiga mata sulung penuh pada aksi Liga Super selepas menundukkan PKNS FC 3-1 di Stadium Shah Alam semalam.

Sebagai rekod, pasukan gergasi Pantai Timur itu terpaksa ‘berehat’ untuk memulakan kempen liga setelah aksi pertama menentang Melaka United yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Mohamad ke IV, Kota Bharu, minggu lepas ditangguhkan akibat faktor cuaca yang tidak mengizinkan.

Bagaimanapun, situasi tersebut tidak menghalang Zahasmi dan anak-anak buahnya mempamerkan magis tersendiri untuk menundukkan pendatang baharu Liga Super itu di hadapan lebih 7,000 penonton di Shah Alam, semalam.

Menurut Zahasmi, dia mengakui terkejut dan teruja melihat barisan pemainnya mampu menunjukkan persembahan cemerlang dan meyakinkan untuk mengutip tiga mata penting di tempat lawan.

“Saya berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh anak-anak buah saya yang sangat bekerja keras untuk mencatat kemenangan pertama kami musim ini. Ia bukan semudah yang disangka kerana PKNS FC merupakan pasukan yang cukup baik.

“Namun, kerjasama dalam kalangan pemain menjadi kunci kejayaan kami pada perlawanan petang ini (semalam). Selain itu, saya juga mahu memberi pujian kepada barisan serangan saya yang berjaya menjaringkan tiga gol,” kata Zahasmi ketika ditemui selepas perlawanan tersebut.

Zahasmi bangga dengan prestasi tiga pemain import baharu skuad The Red Warriors iaitu Mamadou Danso, Margaro Gomis, Alessandro Celin selain bekas penyerang berbisanya, Mohamad Ghaddar yang meledak dua gol pada perlawanan tersebut.

“Meskipun mereka baharu sahaja bersama pasukan tidak sampai tiga minggu, kesemua pemain telah menunjukkan kualiti seperti yang diharapkan. Cuma, saya anggap persembahan ini belum sempurna dan banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki.

“Mengenai Ghaddar, saya anggap dia masih lagi memiliki penyudah berbisa seperti dahulu. Namun, saya tidak mahu memuji aksi individu kerana ini adalah kemenangan berpasukan dan saya mahu kejayaan ini menjadi motivasi untuk kami berusaha lebih keras selepas ini,” jelasnya lagi.

Selepas ini, Kelantan akan membuat perhitungan getir apabila melayan kunjungan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Kota Bharu minggu depan
Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0128&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4X1a7tYQW Hakcipta terpelihara




Jumaat, 27 Januari 2017

KEPUTUSAN PENUH PKNS 1-3 KELANTAN

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
PKNS                    1-0 Kelantan
m-45 Gonzalo Soto m-11,m-22 Mohammed Ghaddar
                                 m-48 Badhri Radzi
PEMAIN KELANTAN
19 KHAIRUL FAHMI CHE MAT
02 NORHAFIZ ZAMANI MISBAH
05 NIK SHAHRUL AZIM
07 MUHAMMAD QAYYUM
10 MOHD NOR FARHAN
12 MAMADOU DANSO
16 MOHD BADHRI RADZI
21 MARGARO LIMA GOMES
22 MUHAMMAD GHADDAR
23 INDRAPUTRA MAHAYUDDIN
29 ALESSANDRO PADOVANI.


TERKINI PKNS 1-3 KELANTAN

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
PKNS                    1-0 Kelantan
m-45 Gonzalo Soto m-11,m-22 Mohammed Ghaddar
                                 m-48 Badhri Radzi
PEMAIN KELANTAN
19 KHAIRUL FAHMI CHE MAT
02 NORHAFIZ ZAMANI MISBAH
05 NIK SHAHRUL AZIM
07 MUHAMMAD QAYYUM
10 MOHD NOR FARHAN
12 MAMADOU DANSO
16 MOHD BADHRI RADZI
21 MARGARO LIMA GOMES
22 MUHAMMAD GHADDAR
23 INDRAPUTRA MAHAYUDDIN

29 ALESSANDRO PADOVANI.

TERKINI PKNS 1-3 KELANTAN

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
PKNS                    1-0 Kelantan
m-45 Gonzalo Soto m-11,m-22 Mohammed Ghaddar

                                 m-48 Badhri Radzi

Khamis, 26 Januari 2017

KELANTAN 2017

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Ketua Jurulatih: Zahasmi Ismail

Penjaga gol
Khairul Fahmi Che Mat
Mohd Ramadhan Abdul Hamid
Mohd Shahrizan Ismail
Ahmad Syihan Hazmi Mohamed

Pertahanan
Mohd Daudsu Jamaludin
Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim
Norhafiz Zamani Misbah
Zairul Fitree Ishak
Mohd Qayyum Marjoni Sabil
Farisham Ismail
Faris Shah Rosli
Azwan Aripin
Abdul Aziz Ismail
Hasmizan Kamarodin
S. Subramaniam
S. Thinagaran
Faizul Nazlin Sayuti
Mamadou Danso

Tengah
Mohd Badhri Mohd Radzi
Nor Farhan Muhammad
Mohd Khairul Izuan Rosli
Fadhilah Mohd Pauzi
Mohd Rozaimi Azwar
Shahrul Hakim Rahim
Morgaro Gomis

Penyerang
Indra Putra Mahayudin
Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi
Hattaphon Bun An
Danial Ashraf
Mohammed Ghaddar
Alessandro Celin

Jumaat, 20 Januari 2017

Kekal saingan Liga Super

Kekal saingan Liga Super
 
BARISAN pemain TRW memperagakan jersi baru di Majlis Pengenalan Konsortium Penaja Al Hamra Dan Pelancaran Jersi TRW 2017 di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) Kota Bharu.
Azlan Hafeedz
sukan@hmetro.com.my

Kota Bharu: Kelantan tidak meletakkan sasaran memenangi sebarang piala musim ini, sebaliknya hanya mahu terus kekal dalam Liga Super 2018.
Kenyataan itu diakui sendiri Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa berikutan pasukan itu terpaksa melakukan persiapan saat akhir selepas berdepan pelbagai kemelut.

Annuar berkata, beliau dan pihak KAFA enggan berjanji untuk membawa pulang sebarang piala, sebaliknya, mahu kekal dalam 10 kelompok pasukan terbaik Liga Super, musim depan.
Beliau bagaimanapun berkata, Kelantan akan menjadi pasukan terbaik dalam sejarah bola sepak negara, musim depan apabila bakal membawa beberapa pemain ternama.
“Kami buat (musim ini) semuanya ‘last minute’ termasuk beli dua import dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas dua import terawal disingkirkan.
“Apapun, kami akan bermain tanpa sebarang tekanan dan itu memudahkan pemain untuk fokus terhadap permainan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media sempena majlis Pelancaran Jersi The Red Warriors (TRW) 2017 dan Pengenalan Konsortium Penaja Al Hamra di Dewan Konvensyen, Kelantan Trade Centre, di sini, semalam.
Turut hadir, Pemangku Presiden KAFA Datuk Seri Afandi Hamzah; Naib Presiden KAFA, Datuk Rosmadi Ismail dan barisan jawatankuasa tertinggi KAFA termasuk kira-kira 1,000 penyokong setia TRW.
Konsortium Al Hamra yang ditubuhkan 14 Januari lalu disertai tujuh syarikat - Al Hamra, RedONE, ChengalJati, E-Mutiara Konsortium Ekspres, MOCCIS Furniture, Skin Glow Glowing dan Yakult (M) Sdn Bhd yang bersetuju menaja Kelantan kira-kira RM10 juta termasuk RM3 juta bon jaminan.
Yakult yang terkenal dengan minuman kultur diwakili sendiri Pengarah Urusan Hiroshi Hamada dan syarikat itu menjadi penaja asing pertama menaja Kelantan.
Pelancaran jersi baru itu diperagakan secara rasmi oleh pemain Kelantan dengan mengekalkan jersi gelanggang sendiri dengan warna merah manakala di tempat lawan, biru dan oren.
Dalam perkembangan berkaitan, Annuar mampu menarik nafas lega apabila dua import terbaharu, Mamadou Danso, 33 dari Gambia dan Alessandro Padovani Celin, 27 (Brazil) memperoleh Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) dari kelab masing-masing.
“Bekas pemain Kelantan, S Subramaniam yang beraksi bersama Selangor musim lalu, turut mengesahkan untuk menyarung jersi TRW.
“Setakat ini, kami berpuas hati dengan keseluruhan senarai pemain dan berharap perlawanan sulung menentang Melaka United FA, malam esok (hari ini) akan membawa tuah,” katanya.

Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 January 2017 @ 5:00 AM

Sabtu, 7 Januari 2017

Annuar selamatkan maruah TRW

JUMAAT, 6 JANUARI 2017 @ 7:05 PM
Oleh Hasbullah Ibrahim bhsukan@bh.com.my ANNUAR mengadakan sidang media mengenai masa depan KAFA di Sutera Inn, Kota Bharu.
 
- Foto Zaman Huri Isa KOTA BHARU: Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menyelamatkan The Red Warriors (TRW) apabila sudi menaja pasukan menerusi dua syarikat yang dipengerusikannya sekali gus menjamin skuad Kelantan kekal bersaing dalam Liga Malaysia (Liga M) yang dijadual bermula 20 Januari ini.

Pengesahan itu dilakukan sendiri oleh Annuar menerusi satu sidang media khas di Sutera Inn, di sini, hari ini dengan mengumumkan syarikat Al Hamra dan RedONE masing-masing bersetuju untuk memberi pendahuluan RM3 juta selepas memberi kepada KAFA sebanyak RM3 juta pada 30 November lalu sebagai bon jaminan Kelantan untuk menyertai Liga M. Yang turut hadir, Naib Presiden KAFA, Datuk Rosmadi Ismail, Setiausaha KAFA, Datuk Ismail Md Noor, dan barisan Exco.

Dengan pengumuman 'bekas orang kuat' KAFA itu, bermakna, KAFA kini memiliki modal sekurang-kurangnya RM3 juta bagi membolehkan mereka bersaing dalam Liga M. Persetujuan Al Hamra dan sebuah lagi syarikat, RedONE untuk menaja Kelantan turut mengakhiri kemelut yang melanda bekas juara Piala Malaysia 2011 dan 2013 itu selepas berhempas pulas mencari penaja bagi mengisi kantung kewangan yang dilaporkan berbaki RM800,000. KAFA juga semakin terdesak apabila tiga daripada empat permohonan yang diminta dengan kerajaan negeri, ditolak serta tidak diluluskan.

Annuar berkata, kali ini, beliau tampil sebagai penaja utama dan pihaknya akan menubuhkan satu konsortium yang bakal disertai tujuh atau lapan syarikat termasuk Vida Beauty Sdn Bhd. Katanya, selaku penaja, beliau tidak menetapkan banyak syarat kecuali warna jersi iaitu merah dan biru akan terus dikekalkan.

 "Dengan pengumuman ini, berakhirlah segala polemik dan segala tuduhan yang dilemparkan kepada saya, kononnya, saya dan KAFA bermain drama dan wayang.

 "Saya ucapkan selamat maju jaya kepada KAFA dan mereka perlu berusaha bagi menaikkan semula martabat pasukan Kelantan sebagai pencabar utama," katanya


SUMBER-Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/231163

TRW belanja kecil, pertaruh pemain muda

SABTU, 7 JANUARI 2017 @ 1:26 AM
Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengakui The Red Warriors (TRW) paling kecil berbelanja dalam kalangan pasukan Liga Super 2017.

Katanya, skuad itu bakal mempertaruhkan ramai pemain muda dengan 70 peratus daripadanya berusia bawah 30 tahun. "Kos pasukan dikurangkan hampir 40 peratus berbanding 2016.

      "Kali ini, gaji sesetengah pemain tempatan mungkin lebih tinggi daripada pemain import. Terima kasih kepada sahabat dalam dan luar negara yang membantu, termasuk menolong saya mengurangkan kos bakal ditanggung.

      "Skuad TRW kali ini 70 peratus bawah (umur) 30 tahun. Daripada jumlah tersebut, 50 peratus adalah di bawah 23 tahun termasuk 4 orang bawah 21 tahun. Walaupun begitu, sepertiga daripada skuad 2017 adalah otai (pemain berpengalaman).

    "Sukar diramal tahap pasukan kali ini tapi jelas ini bukan dream team (pasukan impian), pemain perlu bekerja kuat dan penuh disiplin jika mahu capai tahap kompetitif," katanya dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebook rasminya, hari ini.

KAFA sebelum ini menyatakan hasrat menarik diri daripada saingan musim ini selepas berdepan masalah kewangan yang serius. Bagaimanapun, hasrat itu dibatalkan selepas pasukan terbabit mendapat penaja utama, Al Hamra Group dan RedOne Malaysia.

Selain itu, Annuar menjelaskan usaha memperkasakan penajaan bagi pasukan berkenaan harus diteruskan. "Saya cuma berharap pemain memahami ada orang yang bekerja keras untuk mereka. "Saya tidak menaruh harapan terlalu tinggi, cukup sekadar melihat kesungguhan anak Kelantan dan TRW bila berjuang serta iringan sokongan penyokong yang benar-benar setia," katanya.


SUMBER-Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/231292

Konsortium Al Hamra cari rakan penaja TRW

SABTU, 7 JANUARI 2017 @ 5:42 PM
 
Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my PENGERUSI RedONE yang juga Presiden Al Hamra Group Tan Sri Annuar Musa (tengah) mengumumkan menjadi penaja utama kepada pasukan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) melalui dua syarikat tersebut hari ini.Turut hadir Setiausaha Agung KAFA Datuk Ismail Md Noor (kiri) dan Exco KAFA Datuk Abd Halim Ahmat.- FotoBERNAMA KUALA LUMPUR:

      Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mempelawa pelbagai pihak menyertai konsortium penaja skuad The Red Warriors (TRW). Annuar yang juga Presiden dan Pengerusi dua penaja TRW ketika ini, Al Hamra Group dan RedOne Malaysia mengundang pihak yang berminat untuk menghubunginya dalam tempoh seminggu sehingga Sabtu depan.

"Konsortium Al Hamra. Pelawaan dibuka kepada syarikat, perbadanan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), yayasan dan lain-lain yang ingin bersama kami menaja pemain, pegawai dan pasukan TRW. "(Ia termasuk) merancang pelan perniagaan bersama kami. Yang berminat boleh hubungi saya tidak lewat dari 14 Januari 2017 (Sabtu) untuk perbincangan terperinci.

"Kami bertekad mengumpul dana seberapa cukup untuk membolehkan TRW - sebuah pasukan milik rakyat dapat bersaing di Liga Super. Biar miskin harta tapi jangan miskin jiwa, usaha tangga kejayaan," kata Annuar dalam kenyataan di Facebook miliknya, hari ini.

 Skuad TRW sebelum ini berhasrat menarik diri daripada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2017 selepas berdepan krisis kewangan serius berikutan tiada penaja. Bagaimanapun, Annuar muncul penyelamat selepas menjadikan Al Hamra dan RedOne sebagai penaja, sekali gus menyaksikan TRW tetap akan bersaing dalam Liga M.

Malah, Annuar menerusi kenyataan di Facebook sama semalam turut mengakui TRW menjadi pasukan paling kecil berbelanja dalam kalangan pasukan Liga Super 2017.

SUMBER-Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/231499

Jumaat, 6 Januari 2017

Episod duka Kelantan berakhir

ANNUAR (kanan) bersama Rosmadi (duduk kiri) dan Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md. Noor (duduk tengah) bercakap kepada pemberita ketika mengumumkan penajaan kepada skuad Kelantan di Kota Bharu semalam.

EPISOD duka yang dialami Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berakhir semalam.

Persatuan tersebut mendapat ‘talian hayat’, sekali gus membolehkan mereka terus kekal bersaing pada kempen Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Sebelum ini, KAFA berdepan masalah kewangan yang sangat kritikal sehingga membuat keputusan untuk menarik diri selepas gagal mendapat sebarang tajaan untuk menguruskan pasukan mengharungi kempen Liga M musim ini.

Semalam, mereka kembali bernyawa apabila syarikat telekomunikasi, RedONE dan syarikat Al Hamra Group sudi memberi pendahuluan berjumlah RM3 juta kepada KAFA bagi membolehkan mereka bernafas sekali gus kekal bersaing pada Liga M.

Bekas Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa yang juga Pengerusi RedONE dan Al Hamra Group, bersetuju membantu KAFA selepas ahli jawatankuasa tertinggi badan induk itu mengadakan pertemuan dengannya malam kelmarin untuk berbincang mengenai keputusan penarikan diri daripada kempen Liga M.

“Kami telah mengadakan perbincangan secara terperinci daripada sudut aliran tunai KAFA, dan dana RM800,000 yang diperoleh sebelum ini telah digunakan untuk membayar gaji para pemain untuk bulan November. Jadi, KAFA hanya ada RM50,000 untuk meneruskan perjuangan pada kempen Liga M musim ini. Jumlah tersebut sudah pastinya tidak mencukupi sehingga memaksa KAFA berhasrat menarik diri.

“Menyedari masalah tersebut, RedONE dan Al Hamra bersetuju memberi pendahuluan berjumlah RM3 juta kepada KAFA secara kecemasan. Dengan pengumuman ini saya harap polemik dan tuduhan kepada saya dan KAFA, kononnya bermain drama dan wayang berakhir,” kata Annuar pada sidang akhbar di Kota Bharu semalam.

Musim lalu, Kelantan yang ditaja syarikat kosmetik Vida Beauty Sdn. Bhd., milik Datuk Seri Hasmiza Othman atau Dr. Vida, menamatkan kempen Liga Super di tempat keempat dengan mengumpul 29 mata manakala pada saingan Piala Malaysia, mereka tersingkir pada peringkat suku akhir.

Musim 2012 merupakan tahun paling cemerlang buat pasukan Kelantan apabila meraih tiga gelaran selepas menjuarai Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0107&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4V2tCehfL Hakcipta terpelihara

Jangan hampakan peminat

SAUDARA PENGARANG,  |  04 Januari 2017 5:01 PM
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengancam untuk tidak beraksi di dalam Liga Malaysia (Liga M) kerana alasan tidak mampu untuk menyediakan dana sekurang-kurangnya RM15 juta bagi musim hadapan.
‘The Red Warriors’ (TRW) dan ‘The Red Giants’ kini dalam keadaan tidak menentu walaupun masa semakin singkat dan memerlukan satu keputusan bijak dalam masa terdekat.
Mereka bukan sahaja akan hilang status sebagai pasukan Liga Super tetapi akan jatuh ‘rankingnya’ ke bawah bermula dari Liga FAM. Perlukah sesebuah pasukan dalam Liga M mempunyai sekurang-kurangnya RM15 juta untuk bermain?
Tiadakah alternatif lain bagi menyelamatkan pasukan-pasukan tersebut atau kerana masih terikat dengan pemain import mahal mahupun masalah gaji yang mencecah lima atau enam angka bagi mendapatkan pemain dianggap handalan dan berpotensi?
Disyorkan supaya TRW dan ‘The Red Giants’ menggunakan dana yang ada sahaja dan tidak perlu memberikan bermacam syarat untuk memartabatkan pasukan masing-masing.
Ikutlah kemampuan masing-masing, tidak semestinya perlu mengambil pemain import kerana pemain boleh dipilih daripada kalangan rakyat tempatan lebih-lebih lagi pemain jati dari negeri masing-masing.
Saya rasa ada pemain-pemain tempatan yang mampu buatkan kejutan kerana mereka bukan hanya memandang gaji lumayan asalkan dapat beraksi dan bangga menyarung jersi pasukan negeri asal mereka. Buatlah keputusan bijak dan jangan terlalu mendesak kerana peluang dan ruang itu masih ada. Masing-masing ada peminat, bukan sahaja ribuan tetapi jutaan peminat tegar yang masih setia menanti.
SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL
Ampangan Seremban, Negeri Sembilan

SUMBER- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/forum/jangan-hampakan-peminat-1.427792#sthash.2OxFjhZ2.dpuf

Annuar penyelamat Kafa

Bekas Presiden Kafa itu sahut seruan PM bantu TRW
YATIMIN ABDULLAH  |  07 Januari 2017 12:20 AM
ANNUAR MUSA (tengah) bersama Ismail Md. Nor (kiri) dan Exco Kafa,
ANNUAR MUSA (tengah) bersama Ismail Md. Nor (kiri) dan Exco Kafa, Datuk Abdul Halim Hamad (kanan) dalam sidang ahbar mengumumkan TRW kekal dalam Liga Malaysia di Kota Bharu, Kelantan, semalam. UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
KOTA BHARU 6 Jan. - Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membantu pasukan itu untuk kekal beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M), musim depan.
Annuar melalui dua syarikat yang diterajuinya iaitu Alhamra Group dan Red One akan menjadi penaja rasmi kepada The Red Warriors (TRW) dengan menyediakan dana permulaan sebanyak RM6 juta untuk skuad tersebut.
Usaha Annuar itu sekaligus memberikan kelegaan kepada Kafa yang sebelum ini mengadakan kongres luar biasa dan memutuskan untuk menarik diri daripada saingan Liga M 2017.
Malah, bekas Menteri Belia dan Sukan itu turut mengumumkan penubuhan sebuah konsortium yang diketuai oleh kedua-dua buah syarikat tersebut mendapatkan dana dalam memastikan kedudukan kewangan Kafa terus kukuh.
“Konsortium ini akan menjalinkan kerjasama dengan beberapa buah sya­rikat lagi untuk mendapatkan dana. Setakat ini sudah ada tiga syarikat yang bersedia bersama dengan konsortium tersebut.
“Saya sasarkan untuk mendapatkan tajaan berjumlah RM10 juta bagi memastikan TRW tidak berdepan masalah kewangan di kemudian hari selepas ini,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar yang turut dihadiri Setiausaha Agung Kafa, Datuk Ismail Md. Nor di sini, hari ini.
Sebelum ini, Najib menerusi laman sosial Twitter meminta Annuar supaya membantu Kafa sambil meluahkan kebimbangannya terhadap kemelut yang dihadapi persatuan bola sepak negeri.
Annuar membe­ritahu, sebagai penaja utama, beliau akan membawa masuk pemain import bagi memperkuatkan pasukan untuk mengharungi saingan Liga M itu nanti.
Katanya, pemain import yang dibawa masuk itu akan dibayar sepenuhnya oleh beliau selaku penaja utama TRW.
“Saya sudah meneliti sepuluh calon pemain import dan kita akan putuskan dalam masa terdekat. Saya juga akan pastikan perlawanan pertama TRW de­ngan Melaka United, kita akan turun dengan pemain import.
“Sebagai penaja utama saya juga mahu TRW kembali menggunakan jersi keramat berwarna merah dan biru,” katanya.
Jelas Annuar, beliau tidak berhasrat untuk kembali menjadi Presiden Kafa selepas melepaskan jawatan itu pada 8 November lalu.
“Segala usaha yang dilakukan saya hari ini adalah kerana mahu menyelamatkan TRW yang menjadi nadi rakyat Kelantan,” ujarnya.

SUMBER-- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/annuar-penyelamat-kafa-1.428758#sthash.EDhw2GIc.dpuf

Khamis, 5 Januari 2017

Kelantan kekal dalam Liga M

AZRAN FITRI RAHIM DAN YATIMIN ABDULLAH  |  06 Januari 2017 11:49 AM
bola sepak
bola sepak
Annuar Musa (tengah) bersama Ismail Md. Nor (kiri) dan Exco Kafa, Datuk Abdul Halim Hamad (kanan) dalam sidang ahbar di sebuah hotel di Kota Bharu pagi ini. - UTUSAN ONLINE
KOTA BHARU 6 Jan. - Selepas pelbagai polemik dan kontroversi, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) hari ini secara rasmi mengumumkan The Red Warriors kekal beraksi dalam Liga Malaysia musim depan.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Setiausaha Agung Kafa, Datuk Ismail Md. Nor bersama penaja utama pasukan tersebut, AlHamra Group dan syarikat telekomunikasi, Red One yang diwakili Tan Sri Annuar Musa.
Ismail berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya menerima tajaan sebanyak RM3 juta untuk permulaan daripada kedua-dua syarikat yang diterajui oleh bekas Presiden Kafa itu. - UTUSAN ONLINE

sumber- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/terkini/kelantan-kekal-dalam-liga-m-1.428687#sthash.TrwGdkVH.dpuf

Rabu, 4 Januari 2017

Talian hayat Kelantan

 
Mohamad Zulhairie Manzaidi
sukan@hmetro.com.my

Kota Bharu: Kerajaan negeri memberi bayangan sanggup untuk mengambil alih pengurusan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) dalam perbincangan empat mata antara mereka, kelmarin.

Namun, jawatankuasa tertinggi organisasi itu mendesak keputusan muktamad dibuat kerajaan negeri sebelum Khamis ini bagi menyelesaikan sebarang urusan bersangkutan.


Setiausaha Agung KAFA Datuk Ismail Md Noor (kiri) berkata, pihaknya maklum mengenai hasrat kerajaan negeri itu dalam pertemuan kelmarin dan perbincangan teliti dibuat termasuk mengenai kaedah penswastaan dicadangkan.

Cuma, keputusan lebih rasmi diperlukan segera bagi membolehkan pihaknya menyelesaikan elemen teknikal dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Pendaftaran pemain mesti dilakukan Jumaat ini bagi membolehkan Kelantan beraksi dalam perlawanan pertama selain mengikat tiga pemain import. Jika berlaku sebarang kelewatan dan kecuaian, KAFA akan dipersalahkan.

“Kaedah penswastaan ini juga harus diingat, tidak terlepas daripada peraturan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan FAM.

“Maka, perjanjian antara KAFA dengan kerajaan negeri perlu dimeterai secepat mungkin,” katanya.

Beliau bagaimanapun menegaskan, pengurusan semasa KAFA masih lagi bertanggungjawab secara mutlak sebagai pihak berkuasa dalam bola sepak Kelantan.

“Perkara itu (mengambil alih) tidak boleh dilaksanakan dengan sewenang-wenangnya disebabkan itu ia perlu dimuktamadkan secepat mungkin.

“Kita berada dalam saat kecemasan dan semua pihak mesti mengambil tanggungjawab dan tidak bertangguh lagi,” katanya.

Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 January 2017 @ 8:05 AM

Ahad, 1 Januari 2017

Kelab penyokong Kelantan belum putus harap

WARTAWAN SINAR HARIAN
2 JANUARI 2017
 Kelab penyokong Kelantan belum putus harap
Kelab penyokong Kelantan belum putus harap Sebahagian penyokong TRW Lembah Klang menderma ke Tabung Sinar Harian yang akan disalurkan untuk membantu kantung kewangan Kafa di Shah Alam, kelmarin.
KELAB penyokong The Red Warriors (TRW) masih meletakkan harapan tinggi agar Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengubah pendirian untuk kekal bersaing dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Presiden Kelate.net, Mahizi Mahmood berkata, adalah sesuatu yang menyedihkan jika pasukan yang pernah gah suatu ketika dahulu menarik diri dan pada masa sama berharap akan ada penaja sudi menaja dalam masa terdekat.

Sehubungan itu, atas inisiatif tambahan, Kelab Penyokong Kelate.net bersama-sama kelab-kelab penyokong TRW Lembah Klang dan Sinar Harian telah melancarkan tabung kutipan secara online untuk membantu kantung kewangan Kafa.

Mahizi berkata, kutipan ini bukanlah untuk bersaing dengan Kelab Sukan Bekas Pemain Bolasepak Kelantan Era 80-an yang turut melancarkan kutipan yang sama, sebaliknya ini adalah merupakan inisiatif tambahan untuk penyokong membuktikan sokongan kepada pasukan.

"Kutipan yang dilancarkan ini akan terus masuk ke akaun Sinar Harian yang juga merupakan penaja TRW.

"Apa yang kita amat harapkan inisiatif tambahan sedikit sebanyak akan dapat  membantu Kafa. Jumlahnya mungkin tidak banyak, tetapi inilah salah satu cara untuk penyokong membuktikan kesetiaan bersama TRW," katanya.

Penyokong-penyokong TRW yang ingin memberi sumbangan bolehlah menyalurkan sumbangan anda secara online ke akaun Maybank Sinar Karangkraf Sdn Bhd, 514271-254025.

SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 2 JANUARI 2017

KAFA jumpa hari ini

Mohanad Zulhairie Manzaidi
sukan@hmetro.com.my
Kota Bharu: Pertemuan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) dengan kerajaan negeri yang dijadualkan pada 4 Januari ini diawalkan pada hari ini.

Menurut Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md Noor, kerajaan negeri bersetuju untuk bertemu pada 2 petang ini untuk membincangkan masalah kewangan yang dihadapi persatuan itu dan isu lain berbangkit.


Katanya, pertemuan itu dapat memberi gambaran sebenar masalah yang dihadapi KAFA sekali gus mencari jalan penyelesaian terbaik untuk menghadapi saingan Liga Malaysia.

"Perjumpaan KAFA dengan kerajaan Kelantan yang ditunda ke 4 Januari ini diubah sekali lagi kepada hari ini di Kompleks Kota Darul Naim.

"Harapan kita pertemuan ini akan memberi petanda positif kepada bola sepak Kelantan," katanya.

Sebelum ini Harian Metro melaporkan pertemuan KAFA dengan kerajaan negeri yang sepatutnya berjalan semalam terpaksa ditunda ke 4 Januari berikutan mahu mengutamakan proses bantuan kepada mangsa banjir di negeri ini.

Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 January 2017 @ 9:01 AM