Isnin, 27 Februari 2017

Kelantan terus badi di gelanggang sendiri

25 Februari 2017 11:09 PM
KOTA BHARU 25 Feb. – Kelantan terus dirundung malang apabila tewas 2-0 kepada Selangor dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, di sini sebentar tadi.

PEMAIN Kelantan, Muhamad Shahrul Hakim (kanan) diasak oleh pemain Selangor, Muhd. Syahmi Safari dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sebentar tadi. Selangor menang 2-0. -BERNAMA
Keputusan tersebut menyaksikan skuad The Red Warriors tewas di gelanggang sendiri untuk kali ketiga berturut-turut selepas dimalukan Kedah dan Melaka sebelum ini.

Selangor bermula garang apa mendahului Kelantan seawal minit keempat hasil jaringan Juliano Fernandes yang menyepak masuk selepas percubaan Victor Stelian Astafei gagal ditampan kemas penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat.

Pelawat terus mengasak dan hampir memperoleh gol kedua pada minit ke-29 tetapi rembatan deras pemain gantian Adam Nor Azlin di dalam kotak penalti ditepis keluar Khairul Fahmi.

Kerapuhan jentera pertahanan Kelantan membuka ruang kepada Selangor terus mengasak namun ketangkasan Khairul Fahmi di benteng berjaya menyelamatkan beberapa percubaan Selangor.


Selepas rehat, Fernandes menambah derita Kelantan apabila menjaringkan gol kedua Selangor pada minit ke-62 menerusi rembatan deras dari luar kotak penalti yang sama sekali sukar ditepis Khairul Fahmi. – UTUSAN ONLINE 25.2.2017

Kesilapan mudah punca Kelantan tumbang

PENYERANG Kelantan, Mohamad Ghaddar (belakang) bersaing dengan
PENYERANG Kelantan, Mohamad Ghaddar (belakang) bersaing dengan pemain Selangor, Muhd. Syahmi Safari dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu malam tadi. - BERNAMA
26 Februari 2017 3:40 PM
KOTA BHARU 26 Feb. - Pemainan tidak bermaya dan sering melakukan kesilapan mudah menjadi punca Kelantan tewas kepada Selangor dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini malam tadi.

Penolong Jurulatih Kelantan, Sathit Bensoh berkata, pemain banyak melakukan kesilapan sejak sepak mula permainan lagi sehingga membuka peluang kepada Selangor menjaringkan gol awal.

“Saya minta maaf, tidak tahu bagaimana untuk jelas mengenai perlawanan ini. Tetapi kita kena akui masih banyak kelemahan yang harus diperbaiki.


“Selepas Selangor menjaringkan gol pertama, ia menyebabkan pemain kita hilang keyakinan diri dan tertekan. Pemain gagal memberikan tumpuan sehingga pelawat sekali menjaringkan gol pada separuh masa kedua,” katanya dalam sidang akhbar di sini malam tadi.

Pada perlawanan tersebut, Selangor berjaya menewaskan Kelantan 2-0, sekali gus menambah derita skuad The Warrior yang kalah buat kali ketiga berturut-turut di gelanggang sendiri.

Selangor bermula garang apa mendahului Kelantan seawal minit keempat hasil jaringan Juliano Fernandes yang menyepak masuk selepas percubaan Victor Stelian Astafei gagal ditampan kemas penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat.


Selepas rehat, Fernandes menambah sengsara Kelantan apabila menjaringkan gol kedua Selangor pada minit ke-62 menerusi rembatan deras dari luar kotak penalti yang sama sekali sukar ditepis Khairul Fahmi. sumber- UTUSAN ONLINE 27.2.2017

Ahad, 26 Februari 2017

The Red Warriors tagih tuah gelanggang sendiri

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my
KOTA BHARU - Kekalahan 2-4 The Red Warriors kepada Johor Darul Takzim pada aksi suku akhir pertama minggu lalu menyaksikan juara bertahan itu bakal berdepan laluan sukar pada aksi kedua di Stadium Sultan Muhammad IV, Sabtu ini.
Ketika ramai melihat peluang Kelantan untuk memadamkan defisit jaringan yang dimiliki oleh Johor DT agak rumit, namun bekalan dua gol yang berjaya dicuri dalam aksi pertama lalu memberikan sedikit kelegaan buat skuad kendalian Bojan Hodak.
Ditambah pula dengan kelebihan beraksi di gelanggang keramat mereka serta puluhan ribu penyokong setia pasti membangkitkan 'aura' semangat dalam pemain The Red Warriors.
Biarpun rekod kebal selama dua tahun di laman sendiri lebur di tangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam saingan Liga Super, Mei lalu, namun Stadium Sultan Muhammad IV tetap menghadirkan mimpi ngeri buat pasukan lawan setiap kali mereka bertandang ke sini.
Reputasi baik yang miliki Kelantan setiap kali beraksi di gelanggang sendiri pastinya ditagih dalam usaha menyekat kemaraan Johor DT untuk layak ke pusingan separuh akhir dalam saingan Piala Malaysia musim ini terlaksana.
Turun dengan misi memadamkan kelebihan dua jaringan yang dimiliki Johor DT, The Red Warriors tidak mempunyai banyak pilihan selain mendapatkan jaringan awal pada perlawanan tersebut.
Jaringan ini amat penting sebagai tonik berharga buat barisan Kelantan seandainya mereka mahu memadamkan hasrat lawan untuk mara ke peringkat seterusnya.
Hodak pastinya mahu melupakan kekalahan tersebut dan berharap barisan pemainnya kembali bangkit dalam perlawanan tersebut.
Beliau yang kecewa dengan kekalahan tersebut menyifatkan aksi dalam babak pertama yang diperagakan barisan pemainnya itu adalah persembahan terburuk sejak mengendalikan Kelantan untuk tempoh dua tahun.
Kerapuhan benteng pertahanan serta kegagalan 'menenangkan diri' dengan dua jaringan awal pelawat menjadi faktor barisan pemainnya gagal memperagakan aksi terbaik pada babak pertama.
Justeru, jika mahu menang Kelantan perlu membuat sedikit rombakan di bahagian pertahanan bagi memastikan 'mimpi ngeri' dibolosi tiga gol untuk tempoh 45 minit pertama tidak lagi berulang.
Begitu juga dengan barisan tengah, kemasukan Zairol Annuar Zailani di babak kedua memperlihatkan Kelantan kembali mengimbangi posisi berkenaan, kelibat Mohd. Badhri Razdi pastinya terus ditagih untuk membuat hantaran-hantaran bahaya sekali gus memudahkan tugas Dickson Nwakaeme di bahagian serangan.
Bagaimanapun, berdepan Johor DT bukanlah tugas mudah, mereka pasti memilih untuk mengamalkan corak bertahan dalam usaha mempertahankan kelebihan dua jaringan.
Percaturan ini sedikit sebanyak pasti memberikan kesukaran kepada jentera serangan The Red Warriors untuk menembusi benteng pertahanan di tambah dengan persembahan menarik yang diperagakan oleh Aidil Zafuan Abdul Razak bersama gandingannya dalam perlawanan sebelum ini.
Kelibat Norshahrul Idlan Tahala perlu dirantai sepenuhnya oleh barisan The Red Warriors kerana pemain ini sememangnya terkenal dengan gerakan licik yang mampu menghadirkan mimpi ngeri sekiranya diberikan peluang untuk bergerak bebas dalam perlawanan tersebut.
Nama-nama lain seperti Nurul Azuan Roya, Leonal Nunez dan Safee Sali juga tidak boleh dipandang mudah oleh Kelantan kerana kesemua pemain ini mempunyai kemahiran tinggi untuk meledakkan jaringan jika diberikan peluang.
Bagi penyokong tegar Kelantan, mereka tetap optimis pasukan kesayangan akan bangkit pada pertemuan suku akhir kedua.
Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim atau kelate.net, Mohd. Khairi Yazib berkata, The Red Warriors perlu mendapatkan jaringan awal pada perlawanan tersebut dalam usaha memadamkan kelebihan dua gol yang dimiliki oleh Johor DT.



RUJUKAN: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20131002/su_04/The-Red-Warriors-tagih-tuah-gelanggang-sendiri#ixzz2gfSc6L7g© Utusan Melayu (M) Bhd

Sabtu, 25 Februari 2017

KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER 25.2.2017

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Kedah    3-1   Pulau Pinang
           
Melaka United          1-3      Pahang

PKNS  2-3      Sarawak

Johor Darul Ta'zim  3-0      T-Team

Felda United    2-2   Perak

Kelantan        0-2      Selangor



TERKINI MASA KEDUA LIGA SUPER 25.2.2017

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Kedah    2-1   Pulau Pinang
           
Melaka United          0-3      Pahang

PKNS  2-3      Sarawak

Johor Darul Ta'zim  3-0      T-Team

Felda United    2-2   Perak

Kelantan        0-2      Selangor



TERKINI MASA PERTAMA LIGA SUPER 25.2.2017

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Kedah    1-1   Pulau Pinang
           
Melaka United          0-1      Pahang

PKNS  2-3      Sarawak

Johor Darul Ta'zim  2-0      T-Team

Felda United 0-1      Perak

Kelantan        0-1      Selangor


TERKINI LIGA SUPER 25.2.2017

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Kedah    0-0   Pulau Pinang
           
Melaka United          0-0      Pahang

PKNS  2-3      Sarawak

Johor Darul Ta'zim  0-1      T-Team

Felda United 0-1      Perak


Kelantan        0-1      Selangor

Jumaat, 24 Februari 2017

Kelantan rehatkan tonggak utama

KETUA pasukan, Mohd. Badhri Radzi (dua dari kanan) antara pemain senior yang sentiasa diturunkan dalam empat perlawanan Kelantan sebelum ini. - BERNAMA
24 Februari 2017 6:24 PM
KOTA BHARU 24 Feb. - Kelantan akan merehatkan beberapa pemain utamanya apabila menerima kunjungan Selangor dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV malam esok.

Ketua Jurulatihnya, Zahasmi Ismail berkata, ia berikutan kebanyakan daripada kesebelasan utama seperti Mohd. Badhri Radzi, Indra Putra Mahayuddin dan Nor Farhan Muhammad telah beraksi empat perlawanan berturut-turut dalam tempoh dua minggu.

“Saya terpaksa menggilirkan pemain-pemain berkenaan bagi mengelakkan mereka letih kerana kita mempunyai jadual padat,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Walaupun Kelantan tidak menurunkan pemain berbisa mereka dalam perlawanan esok, Zahasmi yakin The Red Warriors akan tetap memberi persembahan memuaskan, sekali gus mencipta kemenangan di laman sendiri.

“Saya tahu keyakinan penyokong mula terhakis terutama selepas kalah dua perlawanan berturut-turut di tempat sendiri dan hanya kemenangan akan dapat mengembalikan sokongan penyokong kepada kami.

“Justeru, The Red Warriors perlu bangkit pada perlawanan malam esok walaupun kita berdepan antara pasukan terbaik Liga Super musim ini,” katanya lagi.

Kelantan kini berada pada kedudukan ke lapan Liga Super dengan memperoleh enam mata selepas empat perlawanan iaitu dua menang dan dua seri. – BERNAMA
Sumber-UTTUSAN MALAYSIA ONLINE 24.2.2017


Rabu, 22 Februari 2017

Kelantan kalah dalam perlawanan tertunda

PERANCANG Kelantan, Badhri Radzi (dua dari kanan) diasak dua pemain
PERANCANG Kelantan, Badhri Radzi (dua dari kanan) diasak dua pemain pertahanan Melaka dalam perlawanan tertunda Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru, Kelantan sebentar tadi.- BERNAMA
21 Februari 2017 11:37 PM
KOTA BHARU 21 Feb. - Niat Kelantan untuk mengubati kekecewaan pada Sabtu lalu tidak terdaya selepas tewas 0-2 kepada Melaka United dalam perlawanan tertunda Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi.

Terdahulu, skuad The Red Warriors dikejutkan dengan jaringan pasukan pelawat pada minit ke-59 menerusi ketua pasukan Ilija Spasojevic yang bijak menampan hantaran silang rakan sepasukan sekali gus melepasi jangkauan Khairul Fahmi Che Mat.

Pada penguhujung perlawanan, pemain gantian Fauzi Roslan menamatkan sisa-sisa perjuangan Kelantan apabila meledak gol pelengkap kemenangan Melaka.


Kelantan masih mempunyai baki satu perlawanan, dengan dijadualkan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Muhammad IV pada 12 April ini.- UTUSAN ONLINE 22.2.2017

Sabtu, 18 Februari 2017

KEPUTUSAN LIGA SUPER 18.2.2017

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Kelantan        0-1      Kedah

Perak  2-1      Johor Darul Ta'zim
m-8 Yashir Pinto m-10 Hazwan Bakri

T-Team          2-0      PKNS
m-9 Farhod Tadjiyev          

Sarawak         0-1      Melaka United
                         m-13Jeon Woo-Young

Pahang           6-1      Pulau Pinang


TERKINI MASA KEDUA LIGA SUPER 18.2.2017

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Kelantan        0-0      Kedah
Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu

Perak  2-1      Johor Darul Ta'zim
m-8 Yashir Pinto m-10 Hazwan Bakri

T-Team          2-0      PKNS
m-9 Farhod Tadjiyev          

Sarawak         0-1      Melaka United
                         m-13Jeon Woo-Young

Pahang           3-1      Pulau Pinang

KEPUTUSAN MASA PERTAMA LIGA SUPER 18.2.2017

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Kelantan        0-0      Kedah
Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu

Perak  1-1      Johor Darul Ta'zim
m-8 Yashir Pinto m-10 Hazwan Bakri

T-Team          1-0      PKNS
m-9 Farhod Tadjiyev          

Sarawak         0-1      Melaka United
                         m-13Jeon Woo-Young


Pahang           2-1      Pulau Pinang

KEPUTUSAN TERKINI LIGA SUPER 18.2.2017

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Kelantan        0-0      Kedah
Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu

Perak  1-1      Johor Darul Ta'zim
m-8 Yashir Pinto m-10 Hazwan Bakri

T-Team          1-0      PKNS
m-9 Farhod Tadjiyev          

Sarawak         0-1      Melaka United
                         m-13Jeon Woo-Young


Pahang           2-1      Pulau Pinang

Piya mampu halang Kedah

18 Februari 2017 2:55 PM
KOTA BHARU 18 Feb. - Pengalaman Kapten Kelantan, Mohd. Badhri Radzi atau lebih dikenali sebagai Piya dalam mengemudi jentera tengah pasukan amat ditagih bagi menghadapi aksi Liga Super menentang Kedah di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam ini.


BADHRI RADZI
Pengendali Kelantan, Zahasmi Ismail berkata, khidmat tonggak berusia 34 tahun itu amat diperlukan bagi mengimbangi kekuatan lawan di bahagian berkenaan yang dikemudi oleh Liridon Krasniqi.

"The Red Warriors (TRW) amat perlukan khidmat Piya kerana dia mampu mengubah corak permainan pasukan menerusi sentuhan kreatif bagi menggerakan bahagian tengah.


"Ini secara tidak langsung memudahkan tugas Mohamed Ghaddar untuk meledak jaringan dan saya harap dia akan dapat beraksi dengan cemerlang pada pertemuan itu nanti," katanya.

Menurutnya, pada perlawanan menentang Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dalam saingan Piala FA, Selasa lalu Piya terpaksa diketepikan akibat kecederaan yang dialami ketika menentang Felda United dalam saingan aksi Liga Super.

Katanya, anak kelahiran Kampung Atas Paloh itu mahu beraksi pada perlawanan tersebut namun dia tidak mahu mengambil risiko menurunkannya.

Zahasmi memberitahu, dia lega apabila Piya sudah pulih sepenuhnya dan berada dalam perancangan untuk berdepan Kedah.

"Jika semua berjalan lancar Piya akan kembali beraksi. Jadi saya harap pemain dapat memberikan persembahan terbaik dalam pertemuan itu nanti.


"Berdepan Kedah bukan tugas mudah, mereka mempunyai ramai pemain berkualiti. Jadi kita perlu waspada dengan ancaman pasukan berkenaan," ujarnya. - UTUSAN ONLINE 18.2.2017

Kelantan tidak pandang mudah keupayaan PKNP: Zahasmi

MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD
14 FEBRUARI 2017
 Kelantan tidak pandang mudah keupayaan PKNP: Zahasmi
Kelantan tidak pandang mudah keupayaan PKNP: Zahasmi Kelantan tetap menagih kudrat kaptennya, Mohd Badhri apabila berdepan PKNP FC pada pusingan kedua Piala FA di Stadium Perak, malam ini.
KELANTAN  tetap tidak memandang mudah pertemuan menentang Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC pada pusingan kedua Piala FA di Stadium Perak, Ipoh, malam ini.

Jurulatihnya, Zahasmi Ismail tampak mengambil pendekatan lebih berwaspada apabila tidak mahu melabelkan pendatang baharu Liga Perdana itu sebagai ancaman kecil terhadap impian pasukannya untuk melangkah lebih jauh dalam kempen kali ini.

“Misi Kelantan adalah layak ke pusingan ketiga tetapi pertemuan malam esok (ini) kita tidak boleh pandang ringan apabila bertemu kelab seperti PKNP FC ini kerana apa-apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak.


“Ini adalah fasa kalah mati, amat berbeza dengan saingan liga. Semua pasukan hendak menang tetapi hanya yang terbaik akan layak,  sebab itu saya rasa Kelantan tidak boleh memperkecilkan kemampuan PKNP,” katanya  semalam.

Justeru, pengendali berusia 51 tahun itu menegaskan dia tidak akan memperjudikan nasib dengan mempertaruhkan pasukan kedua apabila berdepan skuad kendalian Abu Bakar Fadzim itu.

Menurutnya, sebarang percaturan termasuk merehatkan beberapa tonggak utama boleh menjerat diri kerana PKNP FC bukan sahaja diperkuatkan tiga awang import berkualiti, malah dibarisi ramai pemain muda yang menampilkan aksi penuh bertenaga.

“Kita akan tetap mempertaruhkan barisan terkuat. Tidak ada kesangsian mengenai perkara ini walaupun saya tahu Kelantan terpaksa berdepan jadual perlawanan cukup padat sepanjang bulan ini,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Zahasmi memberitahu, khidmat kaptennya, Mohd Badhri Radzi tetap ditagih bagi mengemudi enjin tengah pasukannya bersama Morgaro Gomis selain pemain veteran, Indra Putra Mahayuddin.

sumber-sinar Harian online 14 FEBRUARI 2017

Kelantan tagih sentuhan Piya

Kelantan tagih sentuhan Piya
MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD
18 FEBRUARI 2017
 Kelantan tagih sentuhan Piya
Kelantan tagih sentuhan Piya Zahasmi menagih sentuhan Mohd Badhri (depan) untuk menguatkan enjin tengah Kelantan bertemu Kedah pada saingan Liga Super di Kota Bharu, malam ini.
KELANTAN kembali menagih sentuhan jeneral padang, Mohd Badhri Radzi dalam usaha mereka memburu mata penuh apabila bertemu Kedah pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam ini.

 Jurulatihnya, Zahasmi Ismail mendedahkan, khidmat Mohd Badhri atau dikenali Piya tetap berada dalam perancangan sekalipun kapten The Red Warriors itu kemungkinan terpaksa beraksi dengan kepala berbalut untuk berdepan peneraju takhta liga itu.

“Memang sebelum lawan PKNP (Perbadanan Kemajuan Negeri Perak) FC tempoh hari dia beritahu nak bermain, namun saya tidak benarkan kerana tidak mahu kecederaan yang dialaminya bertambah serius.

“Saya akui Kelantan memerlukan Piya untuk hadapi Kedah kerana dia ada kreativiti tersendiri untuk melorongkan bola kepada penyerang terutamanya Mohamed Ghaddar bagi merobek pintu gol lawan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohd Badhri menerima enam jahitan di kepala setelah bertembung dengan pemain Felda United FC, pada aksi liga di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, minggu lalu.

Zahasmi percaya kehadiran perancang tengah berusia 35 tahun itu mampu mengimbangi rentak permainan tatkala skuad Lang Merah hampir pasti bersandarkan kepada tonggak import, Liridon Krasniqi untuk merencana serangan pasukan mereka.

Menurutnya, selain pemain import Kosovo itu, Baddrol Bakhtiar, Mohd Syazwan Zainon, Muhammad Farhan Roslan dan Ahmad Fakri Saarani juga dilihat antara watak yang boleh memberi ancaman berbahaya kepada Kelantan, pada pertemuan itu.

“Saya tidak boleh nafikan peranan Piya kerana ada atau tidak dia di atas padang, itu banyak mempengaruhi corak permainan pasukan ini. Begitu juga Kedah, Liridon mungkin menjadi penentu kepada kejayaan pasukan mereka,” katanya.

Menurutnya, pertemuan malam ini lebih bersifat ‘perang percaturan’ dua jurulatih tempatan memandangkan corak permainan kedua-dua pasukan itu lebih kurang sama.

“Mungkin kami kurang di sini (posisi tertentu), (tapi) mereka lebih di sana (posisi lain), namun hakikatnya saya rasa, tak jauh bezanya di antara Kelantan dengan Kedah,” katanya.

 Dalam perkembangan sama, pengendali berusia 50 tahun itu tidak menolak dia terpaksa menggunakan sistem penggiliran pemain berikutan pasukannya berdepan susunan jadual padat sepanjang bulan ini.

“Bukan tiga tetapi lima perlawanan dalam tempoh dua minggu.

“Dalam keadaan pasukan belum mencapai keserasian sepenuhnya, saya tidak ada pilihan selain perlu menggunakan kudrat pemain yang ada menghadapi perlawanan selepas ini,” katanya.

Smber sinar Harian online 18.2.2017

Penyokong TRW anggap Kedah tanpa tonggak, berita baik

JUMAAT, 17 FEBRUARI 2017 @ 9:20 PM
Oleh Attirmidzie Rahman bhsukan@bh.com.my PRESIDEN Kelab Penyokong The Red Warriors (TRW) Kota Bharu, Mohd Zainy Zain. - Foto Norizuan Shamsuddin

KOTA BHARU: Ketiadaan tiga tonggak utama pasukan Kedah mampu memberi kelebihan kepada tuan rumah, Kelantan bagi meraih kemenangan menjelang aksi Liga Super di Stadium Muhammad IV, di sini, malam esok.

Presiden Kelab Penyokong The Red Warriors (TRW) Kota Bharu, Mohd Zainy Zain, berkata anak buah Zahasmi Ismail mampu mencipta kejutan selepas mengalami kekalahan dengan pasukan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC, Rabu lalu.

      Katanya, kekalahan menerusi sepakan penalti 4-3 di Ipoh baru-baru ini perlu dijadikan panduan dan pengajaran kepada TRW agar terus konsisten sepanjang perlawanan. "Sebagai penyokong, sudah pasti kami inginkan kemenangan serta aksi yang terbaik daripada kedua-dua pasukan malam esok.

      "Dengan berita baik ketiadaan tiga tonggak utama pasukan Kedah, TRW dilihat mampu mengekang kebangkitan mereka yang juga mempunyai misi mencatat kemenangan di tempat lawan pada perlawanan esok," katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, Mohd Zainy turut meminta penyokong Kelantan memenuhi stadium bagi memberi semangat kepada para pemain TRW malam esok. "Pastinya aura pemain menyuntikkan lagi semangat pemain selain dapat menggerunkan pasukan lawan malam esok dengan laungan 'Gomo Kelate Gomo' stadium," katanya.

Terdahulu, BH melaporkan Skuad Helang Merah bakal berdepan Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV tanpa kelibat Liridon Krasniqi, Sandro Da Silva dan Syazwan Zainon yang masih alami kecederaan. Perkara itu disahkan Ketua Jurulatihnya, Tan Cheng Hoe, apabila tiga pemain itu tidak dapat diturun berikutan kecederaan dalam perlawanan terdahulu termasuk ketika bertemu Kuala Lumpur, Selasa lalu dan terpaksa digantikan dengan pemain muda.

Bagaimanapun, Tan tetap optimis memburu kemenangan pertama di Kota Bharu malam esok dengan menurunkan beberapa pemain muda.


Sumber-Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/249574

Kelantan masih pencabar, kata Cheng Hoe

WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
18 FEBRUARI 2017
 Kelantan masih pencabar, kata Cheng Hoe
Kelantan masih pencabar, kata Cheng Hoe Ketiadaan tonggak utama memberi ruang kepada pemain muda seperti Halim Shaari (dua kanan) diturunkan pada perlawanan kompetitif. -Foto Ahmad Zaki Osman
PENDAHULU Liga Super 2017, Kedah percaya lawan mereka malam ini, Kelantan mampu meleburkan rekod tanpa kalah empat perlawanannya setakat ini sekiranya mereka tidak bersedia sepenuhnya.

Berkunjung ke Stadium Sultan Muhammad IV bagi perlawanan kelima liga bukan satu tugas mudah apabila The Red Warrior juga pastinya akan mendapat sokongan penuh penyokong setia yang memenuhi gelanggang keramat mereka.

Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe berkata, beliau masih percaya skuad kendalian Zahasmi Ismail itu antara pencabar terkuat liga musim ini walaupun dilaporkan menghadapi krisis kewangan.

Dalam pada itu, tersingkirnya Kelantan dari saingan Piala FA 2017 kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) pada pusingan kedua Piala FA 2017 Selasa lalu juga bukan faktor Hijau Kuning boleh memandang rendah keupayaan semasa pasukan tersebut.

"Mereka menghadapi dua perlawanan sebelum ini dan menang semuanya. Walaupun ada yang kata Kelantan menghadapi krisis kewangan namun pada saya percaya mereka masih lagi antara pasukan pilihan untuk mencabar Liga Super musim ini," katanya.

Turun dalam misi untuk memburu tiga mata penuh, bagaimanapun Kedah belum pasti dapat menurunkan beberapa tonggak utama kerana masih lagi dalam proses pemulihan kecederaan dan kecergasan.

Namun Cheng Hoe masih boleh menarik nafas lega apabila barisan simpanan masih mampu mengalas tugas yang ditinggalkan oleh pemain-pemain utama.

"Pemain-pemain lain masih lagi dapat bermain dengan baik pada perlawanan menentang Kuala Lumpur walaupun beberapa pemain utama terpaksa direhatkan," katanya.

Sumber-sinar Harian online 18 FEBRUARI 2017

Jumaat, 17 Februari 2017

Kelantan waspada ancaman Liridon

 LIRIDON KRASNIQI
LIRIDON KRASNIQI meraikan golnya untuk Kedah ketika menentang Sarawak di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 4 Julai 2016
YATIMIN ABDULLAH
17 Februari 2017 5:49 PM
KOTA BHARU 17 Feb. - Kelantan perlu mengunci pergerakan Liridon Krasniqi yang disifatkan mampu memberi ancaman kepada pasukan itu pada pertemuan Liga Super menentang Kedah di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam esok.

 Pengendali Kelantan, Zahasmi Ismail berkata, Liridon merupakan kunci utama yang akan menentukan kejayaan skuad Lang Merah pada perlawanan tersebut.

 "Jadi kita perlu awasi dengan ketat pergerakan pemain ini jika tidak mahu berputih mata.

 "Jesteru, saya harap pemain yang beraksi dapat memberikan aksi terbaik pada perlawanan itu nanti," katanya.


 Tambahnya, selain Liridon beberapa pemain tempatan seperti Baddrol Bakhtiar, Ahmad Fakri Saarani, Syazwan Zainon, Mohd Farhan Roslan, dan Ken Ilso Larsen perlu diberikan perhatian.-UTUSAN ONLINE 16.2.2017

Maafkan kami: TRW

MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD
16 FEBRUARI 2017
Norhafiz Zamani Misbah
Norhafiz Zamani Misbah
PEMAIN pertahanan Kelantan, Norhafiz Zamani Misbah memohon maaf kepada semua penyokong pasukannya susulan kekalahan di tangan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC pada pusingan kedua kempen Piala FA di Stadium Perak, Ipoh, malam kelmarin.

Norhafiz Zamani dipetik menerusi laman sosialnya mengakui, dia dan rakan-rakannya cukup kecewa setelah perjuangan The Red Warriors berakhir di fasa kalah mati itu.

ADVERTISING

inRead invented by Teads
“Ya ALLAH...besar harapan rakyat Kelantan diletakkan kepada kami tapi kami gagal jadikannya sebagai sesuatu yang menggembirakan. Hendak ditangisi, sudah terlewat. Takdir sudah tertulis...Kelantan (tersingkir awal).


“Kalau perkataan maaf tidak dapat melegakan kamu (penyokong) semua, maka kami rela dikritik selantangnya kerana sudah jelas sememangnya kami sudah gagal,” katanya.

Luahan Norhafiz Zamani atau Angah itu, tular dalam kalangan penyokong Kelantan menerusi aplikasi grup WhatsApp selepas skuad pantai timur itu tewas sepakan penalti 3-4 kepada PKNP FC.

Menerusi entri berkenaan, pemain berusia 36 tahun itu mengakui Kelantan tewas kepada PKNP FC, sebuah pasukan cukup bagus sekalipun mereka sedaya-upaya beraksi cemerlang, pada pertemuan itu.

“Mereka sangat bagus walaupun beraksi di Liga Perdana. Mungkin perkataan Angah ini mengundang sinis kepada kamu tetapi percayalah, kami tiada niat mahu menoreh hati penyokong dengan kegagalan ini,” katanya.

Justeru, pemain pertahanan serba boleh itu berjanji skuadnya akan bangkit memburu kemenangan apabila bertemu Kedah dalam saingan Liga Super, di laman sendiri, Sabtu ini.

“Insya-ALLAH, kami berjanji kepada kamu bahawasanya kami akan bangkit pada Sabtu ini. Tidak sanggup lagi kami mahu melukakan hati penyokong buat kali kedua. Cuma Angah harap kamu janganlah merajuk dan tidak mahu membuat lautan merah di gelanggang keramat kita. Sendatkanlah stadium kita dengan baju merah.

“Angah mewakili rakan sepasukan menyusun sepuluh jari memohon ampun kepada rakyat Kelantan. (Kepada) PKNP FC, kamu pasukan yang bagus dan berpotensi mara lebih jauh. Teruskan konsistensi, selamat maju jaya dan sekali lagi kepada rakyat Kelantan, maafkan kami,” katanya.

Sumber-Sinar Harian online 16.2.2017