MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD
10 Februari 2014
TRW Aksi pemain pertahanan TRW,
Obinna Nwaneri (kiri) pada perlawanan menentang Perak di Ipoh, malam kelmarin.
EKORAN prestasi hambar
sepanjang tiga perlawanan Liga Super lalu, termasuk terbaharu tewas tipis 1-2
kepada Perak malam kelmarin, satu bedah siasat akan dilakukan oleh Persatuan
Bola Sepak Kelantan (Kafa) terhadap pasukan mereka.
Setiausaha Agungnya, Azman
Ibrahim mengesahkan bedah siasat tersebut akan dilakukan hari ini bagi mengenal
pasti punca kelemahan pasukannya dan ia adalah salah satu proses biasa bagi
memulihkan prestasi gergasi pantai timur itu.
Tindakan yang dilakukan pihak
Kafa amat tepat, ketika Kelantan dilihat berdepan satu lagi tekanan untuk
mengembalikan keyakinan penyokong mereka kerana bakal bertemu satu lagi pasukan
yang kuat itu PKNS FC pada aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan
Muhammad IV, malam esok.
“Kekalahan kepada Perak
merupakan satu keputusan yang amat mengecewakan buat Kelantan. Saya tidak
menolak besar kemungkinan kita akan membuat perubahan bagi memastikan Kelantan
kembali menunjukkan prestasi sebenar.
“Saya akui ada beberapa pemain
yang diturunkan malam tadi (kelmarin) beraksi di bawah tahap keupayaan sebenar.
Jelas, perkara ini dalam perhatian pihak pengurusan pasukan untuk
mengatasinya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Pada perlawanan tersebut, The
Bos Gaurus yang menampilkan barisan pemain muda memalukan skuad kendalian Steve
Darby menerusi jaringan Ahmad Shukri Abd Hamid pada minit ke-12 dan Khairul
Asyraf Shahizah (m-78) manakala gol sagu hati Kelantan hasil sentuhan Mohamed
Shawky Aly (m-55).
Kekalahan kedua itu, selepas
pertama kali kecundang 1-2 di tangan PKNS FC pada 28 Januari menyaksikan
penyokong setia The Red Warriors (TRW) mula hilang keyakinan terhadap keupayaan
jurulatih kelahiran England itu untuk terus membimbing Kelantan.
Azman yang merupakan Pengurus
Kelantan turut memberitahu, biarpun bakal melakukan bedah siasat, namun beliau
menegaskan pasukannya masih belum mahu menekan ‘butang panik’ disebalik
persembahan kurang memuaskan barisan pemainnya.
“Tidak ada keperluan untuk
berbuat demikian kerana perjalanan liga baharu sahaja memasuki perlawanan
keempat dan adalah tidak adil untuk meletakkan semua kesalahan di atas bahu
pengendali pasukan.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan