Label
- KELANTAN 1998
- KELANTAN 1999
- KELANTAN 2000
- KELANTAN 2001
- KELANTAN 2006
- KELANTAN 2007
- KELANTAN 2008
- KELANTAN 2009
- KELANTAN 2011
- KELANTAN 2012
- KELANTAN 2019
- KELANTAN 2020
- LIGA SUPER 2014
- LIGA SUPER 2015
- LIGA SUPER 2016
- LIGA SUPER 2017
- LIGA SUPER 2018
- PENJARING GOL
- PIALA FA 2014
- PIALA MALAYSIA 2013
- SYAHRUL AZWARI2004
Khamis, 17 Mac 2016
Kelantan mahu pertahan rekod tanpa kalah
Mereka kini mencari kemenangan keempat selepas mencatat tiga kemenangan
dan dua seri setakat ini.
Yang pasti, mereka mahu menjadikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
sebagai mangsa seterusnya pada aksi yang akan berlangsung di gelanggang
sendiri, Jumaat ini.
Lebih menggembirakan, skuad Kijang itu juga menerima semula sentuhan
bekas ayam tambatannya, Zairul Fitri Ishak yang beraksi cemerlang ketika
Kelantan menewaskan Harimau Muda 2-1 di Stadium Shah Alam malam kelmarin.
Bekas pemain Kedah itu dilihat sebagai pelengkap kepada pasukan Kelantan
yang semakin mempamerkan prestasi cemerlang kebelakangan ini.
Pengurus pasukan, Ahmad Jazlan Yaakub berkata kepulangan pemain tersebut
memberi suntikan semangat kepada skuad bimbingan bekas jurulatih kebangsaan,
Norizan Bakar itu.
Katanya, Zairul Fitri telah mendapat pelepasan daripada Kedah dan telah
mengikat kontrak selama setahun bersama pasukan Kelantan yang kini berada di
tangga keempat liga dengan mengutip sebelas mata.
“Kita berjaya membawa pulang dua pemain daripada skuad Liga Super
termasuk bekas penjaga gol Terengganu, Sarizan Ismail dan Zairul Fitri untuk
memantapkan lagi cabaran Kelantan musim ini.
“Kehadiran mereka diharap mampu membantu pasukan ini yang rata-ratanya
dibarisi pemain muda dan tidak berpengalaman,” katanya di Kota Bharu semalam.
Tambahnya, prestasi para pemain sangat memberangsangkan tetapi dia tetap
menuntut anak buahnya untuk mempertahankan rentak konsisten itu.
“Pada perlawanan menentang Harimau Muda jentera serangan gagal beraksi
cemerlang tetapi jentera tengah berfungsi dengan baik sehingga menjaringkan dua
gol,” katanya.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0116&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz43AokFSrs
Hakcipta terpelihara
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan