YATIMIN
ABDULLAH | 19 April 2016 12:06 AM
KOTA BHARU
18 April - Penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat mahu rakan-rakan
sepasukannya berwaspada dengan ancaman Pahang apabila kedua-dua pasukan bertemu
dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan Rabu ini, walaupun
Tok Gajah mengharungi kempen yang buruk musim ini.
Khairul
Fahmi Che Mat
Katanya,
biarpun tidak dibarisi pemain ternama, namun keupayaan Pahang tidak boleh
diambil mudah kerana mereka mempunyai pemain muda yang berkualiti.
Malah
katanya, Tok Gajah juga dilihat semakin serasi di bawah kendalian jurulatih
baharu Razip Ismail.
“Saya harap
rakan-rakan sepasukan dapat menampilkan permainan luar biasa dalam perlawanan
itu dan fokus kita adalah membawa pulang tiga mata dari Kuantan.
“Mahu atau
tidak, kita perlu berjuang habis-habisan untuk memastikan tiga mata menjadi
milik Kelantan,” katanya di sini hari ini.
Khairul
Fahmi turut menamakan penyerang Tok Gajah, Dalibor Volas sebagai ancaman paling
berbahaya kepada Kelantan.
Katanya,
hatrik yang dilakukan pemain dari Slovenia itu ketika menumbangkan Perak 4-3
baru-baru ini wajar diberi perhatian oleh pertahanan Kelantan.
“Saya dan
barisan pemain pertahanan perlu banyak berkomunikasi untuk mengelakkan benteng
daripada mudah dibocori lawan.
“Empat gol
yang dihasilkan Pahang dalam perlawanan menentang Perak datang daripada sepakan
bebas dan penjuru, jadi kami perlu lebih fokus untuk menghadapi situasi
tersebut,” ujarnya.
- Sumber:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/kelantan-waspada-ancaman-pahang-1.277333#sthash.kpQOqm7N.dpuf
Tiada ulasan :
Catat Ulasan