Sabtu | 7 Mac 2020
WARTAWAN SINAR HARIAN | | 5 Mac
2020
Kelantan sekadar seri 1-1 ketika
menentang Kuala Lumpur di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Sabtu lalu. -
Foto Facebook Kelantan FA
KETUA Jurulatih Kelantan, Yusri
Che Lah tidak mahu barisan pemainnya menjadikan aksi pada sebelah petang
sebagai alasan buat mereka gagal mengutip mata di gelanggang lawan.
Justeru, Yusri berkata, skuad The
Red Warriors diingatkan agar tidak hilang tumpuan apabila berdepan UKM FC pada
aksi kedua Liga Premier di Stadium Majlis Perbandaran Selayang petang ini.
"Bagi saya, waktu sepak mula
perlawanan tidak penting. Semuanya bergantung kepada sikap pemain-pemain itu
sendiri. Mereka perlu merencanakan corak permainan bermutu untuk memperoleh
keputusan yang positif," katanya semalam.
Dalam pada itu, Yusri
mengingatkan anak-anak buahnya supaya tidak memandang rendah terhadap UKM FC
kerana pasukan berstatus kelab itu membuktikan peningkatan yang baik dalam
saingan Liga Malaysia (Liga M).
"Pada perlawanan pembukaan
liga, UKM FC menunjukkan prestasi yang baik sehingga mampu memperoleh tiga
mata. Saya melihat pasukan itu bukan mudah untuk ditewaskan," katanya.
Yusri turut memberitahu,
anak-anak buahnya perlu bijak mengatur gerakan dalam tempoh 90 minit perlawanan
yang disifatkan agak sukar apabila beraksi di tempat lawan.
"Kurangkan melakukan
tindakan yang memberikan kesan tidak baik kepada pasukan, manfaatkan peluang
yang ada dan cuba sedaya upaya mempertahankan gawang daripada dibolosi dengan
mudah,” katanya.
Pada aksi pembukaan Liga Premier
Sabtu lalu, Kelantan terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata dengan Kuala
Lumpur apabila mencatat keputusan seri 1-1 di Stadium Sultan Muhammad lV, Kota
Bharu.[1]
[1] https://www.sinarharian.com.my/article/72649/BERITA/Sukan/Main-petang-bukan-alasan-gagal-raih-mata
Tiada ulasan :
Catat Ulasan