-17 Februari 2015 1:36 AM
PENYERANG Kelantan, Emmanuel
Kenmogne (kanan) cuba melepasi hadangan
PENYERANG Kelantan, Emmanuel
Kenmogne (kanan) cuba melepasi hadangan pertahanan Lions XII dalam aksi Liga
Super, kelmarin.
KOTA BHARU – Percaturan
pengendali Kelantan, George Boateng yang mempertaruhkan corak permainan menyerang
membuahkan hasil apabila The Red Warriors berjaya menumpaskan Lions XII 2-0
dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini kelmarin.
Boateng berkata, dia gembira
apabila barisan pemain Kelantan berjaya mengadaptasikan corak permainan menyerang
sepanjang 90 minit perlawanan.
Menurutnya, walaupun taktikal
tersebut agak berisiko, namun ia merupakan cabaran untuk barisan pemainnya pada
perlawanan itu.
“Saya tahu mereka (Lions XII)
datang ke sini dengan harapan untuk membawa pulang sekurang-kurangnya satu
mata, tetapi kami memilih untuk bermain secara menyerang dengan mempertaruhkan
dua penggempur sambil meletakkan Piya (Mohd. Badri Radzi) di belakang untuk
membantu mereka.
“Saya nampak dua pertahanan
mereka sedikit tertekan dan kami menggunakan kesempatan itu untuk mendapatkan
jaringan pada perlawanan tersebut,” katanya.
Dalam perlawanan tersebut,
tonggak pertahanan import dari Australia, Jonathan McKain meletakkan The Red
Warriors di depan seawal minit keenam menerusi tandukan kencang selepas bijak
menghidu bola sepakan sudut Mohd. Fitri Omar, sebelum Mohd. Badhri menambah gol
kedua pada minit ke-42.
Pengendali dari Belanda itu
memberitahu, kemenangan tersebut turut dibantu oleh kerja keras barisan
pemainnya selain memanfaatkan peluang terhidang.
- Sumber:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/taktikal-menyerang-kelantan-nyata-menjadi-1.60441#sthash.h2BUB9e6.dpuf
Tiada ulasan :
Catat Ulasan