ARKIB : 19/02/2007
SELAYANG Kelantan meraih mata
sulung dalam saingan Kumpulan B Piala Malaysia apabila seri 1-1 dengan Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Selayang, semalam.
Gol penyamaan Kelantan menerusi
Gustavo Romero pada minit ke-30 menafikan hasrat ATM untuk mencipta kemenangan
sulung sekalipun mendahului menerusi Rosfizam Osman lima minit sebelum itu.
Dengan keputusan seri itu, ATM
kekal di tangga ketiga Kumpulan B di belakang Melaka dan Terengganu dengan dua
mata manakala Kelantan di tempat kedua tercorot daripada enam pasukan.
Pada perlawanan yang hanya
disaksikan lebih 300 penonton itu, kedua-dua pasukan bermula hambar.
Tentera bagaimanapun lebih dulu
membuka jaringan pada minit ke-25 apabila Rosfizam mudah merembat ke gawang
gara-gara kelalaian benteng Kelantan mengeluarkan bola daripada kawasan bahaya.
Namun, kegembiraan ATM tidak
lama apabila pasukan pelawat mudah menyamakan kedudukan.
Menerusi hantaran lintang yang
laju dari sebelah kiri oleh Carlos Patricio, Gustavo Romero mudah menanduk
masuk dari jarak dekat tanpa langsung dicabar.
Kedudukan terikat 1-1 biar pun
dalam satu set piece sepakan percuma, Kelantan nyaris mendahului tetapi
dinafikan penjaga gol dan ketua pasukan ATM, Rahman Baba.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0219&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4tKOYzhEI
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan :
Catat Ulasan