Mohamad Zulhairie Manzaidi
sukan@hmetro.com.my
PRESIDEN Persatuan Bolasepak
Kelantan (KAFA) baru dipilih, Bibi Ramjani Ilias Khan memberi bayangan mereka
sudah mempunyai penaja utama musim depan.
Beliau berkata, nama penaja
yang masih belum didedahkan itu sudah mengesahkan berminat untuk bersama The
Red Warriors (TRW) bagi musim 2018.
Pada masa sama, beliau berkata,
KAFA sedang memuktamadkan rundingan dengan tiga syarikat bertaraf multinasional
untuk membantu persatuan itu menguruskan perbelanjaan pasukan.
“Sebelum diumumkan presiden,
saya ada berbincang untuk bawa masuk tiga syarikat multinasional bagi membantu
KAFA. Cuma, kita masih belum putuskan sama ada mereka akan menjadi penaja KAFA
atau penaja pemain import baru bagi musim depan.
ADVERTISING
“Saya berharap rundingan ini
berjaya dan memberi sinar baru kepada KAFA, sekali gus mengembalikan
kegemilangan Kelantan,” katanya pada sidang media di pejabat Media Prima Berhad
(MPB), semalam.
Kongres KAFA kelmarin
menyaksikan Bibi Ramjani memenangi kerusi presiden selepas mengalahkan Datuk
Mohamad Nasir Hamzah yang juga Naib Presiden KAFA menerusi kelebihan 32 undi.
Bersamanya dalam delegasi
kepimpinan KAFA 2018-2021 ialah Datuk Seri Afandi Hamzah yang kekal sebagai
Timbalan Presiden, manakala tiga Naib Presiden membabitkan Datuk Aizuddin Mohd
Ghazali, Nik Pakheruddin Nik Abdul Kadir dan Datuk Nik Izani Nik Ibrahim.
Pengasas Desa Murni Batik Sdn
Bhd itu berkata, fokus utamanya ketika ini adalah memastikan pasukan Kelantan
dapat bermain dengan selesa musim depan dan akan berusaha menyelesaikan masalah
berbangkit berkaitan pendaftaran pasukan.
Ini termasuk mengumpul RM3 juta
sebagai dana permulaan pasukan.
“Bagaimanapun, saya menuntut
pemain bersungguh-sungguh supaya Kelantan kekal dalam saingan Liga Super,” katanya.
Mengenai tunggakan gaji pemain
dan hutang lain, beliau memberi jaminan masalah itu akan diselesaikan secepat
mungkin dan ia menjadi agenda utama dalam mesyuarat pertama pengurusan KAFA
yang baru.
SUMBERArtikel ini disiarkan
pada : Isnin, 18 September 2017 @ 8:13 PM
Tiada ulasan :
Catat Ulasan