MyMetroArena
BERNAMA
THE Red Warriors (TRW)
melengkapkan kuota empat pemain import bagi memperkuat pasukan itu, menghadapi
saingan Liga Perdana musim ini.
Pengarah Urusan Team Red Warriors
Sdn Bhd, Datuk Wan Rakemi Wan Zahari berkata, empat pemain itu adalah Felix
Chidi Odili dari Nigeria dan Christopher Jackson (Liberia) yang akan beraksi
sebagai penyerang manakala Kang Seung Jo (Korea Selatan) dan Masaki Watanabe
(Jepun) pula, di posisi pertahanan.
“Keempat-empat pemain ini
menandatangni kontrak bersama pasukan pada minggu lalu yang mana tiga daripada
mereka menandatangani kontrak selama satu tahun, manakala Christopher pula
selama dua tahun.
“Kesemua pemain import ini
dipilih oleh barisan kejurulatihan pasukan ketika sesi pramusim lalu, yang mana
kesemua mereka menepati kehendak barisan jurulatih yang diketuai oleh Yusri Che
Lah,” katanya pada sidang akhbar sebelum Majlis Pelancaran Jersi dan
Memperkenalkan Pemain di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini, hari
ini.
Pada majlis itu, TRW akan
menggunakan empat warna jersi bagi menghadapi saingan musim ini iaitu merah,
biru, putih dan hitam.
Wan Rakemi berkata, Christopher
menjadi sandaran utama TRW, untuk menjadi ‘mesin pencetak gol’ dalam saingan
Liga Malaysia (Liga-M), terutamanya Liga Perdana.
“Dia adalah aset penting kepada
pasukan dan kami yakin pemain ini mampu bersinar pada saingan Liga-M, dengan
kualiti yang ada selain digandingkan dengan pemain tempatan lain,” katanya.
Beliau berkata dengan gandingan
empat pemain import itu dan pemain muda tempatan, ia mampu mengembalikan semula
TRW ke saingan Liga Super dan membawa pulang satu piala sama ada Piala FA
mahupun Piala Malaysia pada musim ini.
“Ia adalah sasaran kami dan
sasaran itu mampu dicapai berpandukan kepada persiapan rapi yang dilakukan,
menjelang sepak mula pada Sabtu depan (29 Feb).
“Persiapan rapi itu meliputi
merangkumi pembayaran hutang-hutang lapuk secara ansuran membuktikan
kesungguhan Team Red Warriors Sdn Bhd membina semula imej pasukan,” katanya.
Katanya pasukan itu juga turut
membawa masuk beberapa pemain berpengalaman membabitkan dua penyerang iaitu Wan
Zaharul Nizam Wan Zakaria dan Nazrin Nawi (penyerang) selain Mohammad Faredzuan
Kamarudin (penjaga gol).
“Kami berharap penyokong yang
juga pemain ke-12, dapat memberikan sokongan kepada pasukan sepanjang musim
ini,” katanya.
SEJARAH-Artikel ini disiarkan
pada : Sabtu, 22 Februari 2020 @ 7:37 PM
Tiada ulasan :
Catat Ulasan