BERNAMA
TEAM Red Warriors (TRW) Sdn Bhd
meminta penyokong pasukan Kelantan memenuhi Stadium Sultan Muhammad Ke-IV bagi
meringankan beban hutang lapuk dianggarkan RM7 juta yang terpaksa ditanggung
Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).
Pengarah Urusan TRW Sdn Bhd, Datuk
Wan Rakemi Wan Zahari berkata, mereka terpaksa mengadakan perlawanan
persahabatan dengan lebih kerap sebagai alternatif untuk membantu mengukuhkan
kedudukan kewangan pasukan menerusi hasil jualan tiket.
"Bukan itu sahaja, aksi
persahabatan juga penting kepada barisan kejurulatihan dalam membentuk
keserasian pemain bagi menghadapi saingan Liga Premier musim ini.
"Kami berharap 'pemain
ke-12' dapat memberikan sokongan padu setiap kali Kelantan beraksi,"
katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Kelantan berjaya
menyelesaikan bayaran tertunggak pemain dan pegawai hampir RM2.5 juta bagi
mengelak hukuman pemotongan mata oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) pada
saingan Liga Perdana sebelum 31 Jan lalu.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Rabu, 12 Februari 2020 @ 11:11 PM
Tiada ulasan :
Catat Ulasan