Jumaat, 28 Ogos 2020

Kelantan United mahu satu mata di Larkin

  SUKAN

DAUDSU meminta rakan-rakan sepasukan supaya membawa pulang satu mata apabila menentang JDT II di Larkin malam ini.

Kelantan United mahu satu mata di Larkin

Oleh KOSMO!

28 Ogos 2020, 9:15 p

KELAB Bola Sepak Kelantan United bertekad mahu mencuri satu mata pada aksi menentang Johor Darul Ta’zim II (JDT II) pada aksi Liga Premier di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin malam ini.


Tonggak pertahanan Kelantan United, Mohd. Daudsu Jamaluddin berkata, misi itu tidak mustahil untuk dicapai seandainya rakan-rakan sepasukan memperagakan aksi terbaik dalam perlawanan tersebut meskipun sebagai pendatang baharu dalam kancah liga.


“Saya berharap rakan-rakan sepasukan tidak terlalu menghormati pasukan lawan.


“Sebaliknya bermain dengan cara tersendiri dengan sema­ngat yang tinggi bagi memastikan satu mata berjaya dicuri,” katanya.


Mohd. Daudsu memberi­tahu, semangat juang tinggi itu akan menjadi kunci kepada kejayaan tersebut.


Bagaimanapun, katanya, dia bimbang dengan aspek kecergasan dan kesefahaman berikutan saingan Liga Malaysia (Liga M) berehat hampir empat bulan ekoran wabak Covid-19.


“Penularan Covid-19 memberikan kesukaran kepada semua pasukan termasuk Kelantan United untuk menjalani latihan termasuk mengadakan perlawanan persahabatan.


“Bagaimanapun, dari segi taktikal perlawanan, kami tidak mempunyai masalah. Semua pemain perlu menerapkan aspek taktikal jurulatih dan membawa pulang keputusan positif kepada penyokong,” ujarnya.


Selepas mengharungi empat perlawanan sebelum Liga Malaysia ditangguhkan akibat Covid-19, Kelantan United berada di kedudukan kedua Liga Premier dengan memperoleh sembilan mata hasil daripada tiga kemenangan dan satu kekalahan.SUMBER-SUKAN KOSMO ONLINE

Tiada ulasan :

Catat Ulasan