Khamis, 19 Jun 2014

Kelantan yakin tempat keempat

Oleh Mohd Nor Asri Yaacob

Kota Bharu: Kelantan masih berpeluang membaiki kedudukan untuk berada dalam kelompok empat terbaik selepas menundukkan Selangor, 2-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, kelmarin.

Pengurus pasukan Azman Ibrahim berkata, kejayaan mengatasi pasukan The Red Giants itu membuka peluang kepada pasukannya memburu tangga terbaik liga.


Katanya, kemenangan itu hasil percaturan 100 peratus ketua jurulatih George Boateng meskipun pengendali itu tidak bersama pasukan ketika perlawanan berlangsung.

“Pujian harus diberikan kepada pemain kerana komited mendapatkan tiga mata walaupun mereka masih kepenatan.“Bagi saya peluang kembali terbuka dan Kelantan berpeluang membaiki kedudukan untuk berada dalam kelompok empat terbaik sebelum tamat musim.“Kemenangan ini sepenuhnya percaturan ditinggalkan Boateng dan dikendalikan dengan baik kakitangan kejurulatihan yang berada di sini,” katanya selepas tamat perlawanan.

Bagaimanapun, Azman yang juga Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) berkata, kemenangan itu terpaksa dibayar dengan harga mahal selepas kehilangan dua tonggak, pertahanan Mohd Farisham Ismail yang mengalami kecederaan selain pemain sayap, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria digantung satu perlawanan selepas mengumpul tiga kad kuning untuk perlawanan seterusnya.

Artikel ini disiarkan MY METRO pada : 2014/06/19

Tiada ulasan :

Catat Ulasan