Piya nafi terpikat ke Felda
United
Badri Radzi
KOTA BAHRU - Kapten The Red
Warriors, Mohd. Badri Mohd. Radzi semalam menafikan akan berhijrah ke pasukan
Felda United pada musim depan.
Mohd. Badri, yang lebih mesra
disapa Piya, menafikan telah dilamar pasukan berkenaan sebaliknya mengakui
hanya menerima tawaran daripada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Cerita yang saya mahu
berhijrah ke Felda United itu tidak betul sama sekali, saya tidak tahu dari
mana datangnya berita penghijrahan ke Felda United.
"Cuma saya mengakui ada
menerima tawaran dari pasukan PDRM tetapi buat masa sekarang, saya ingin fokus
kepada saingan Piala Malaysia," katanya ketika dihubungi.
Akhbar sebelum ini melaporkan
ketua pasukan The Red Warriors itu akan berhijrah ke Felda United pada musim
depan.
Sementara itu, Mohd. Badri
berkata, Kelantan perlu mempamer keupayaan sebenar apabila saingan Piala
Malaysia membuka tirainya 13 Ogos ini selepas aksi hambar dalam saingan Liga
Super dan Piala FA musim ini.
"Saya optimis dengan
kekuatan pemain yang ada meskipun kami diundi dalam kumpulan maut bersama
dengan Johor Darul Takzim (JDT), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pulau
Pinang.
"Ini merupakan platform
terbaik untuk kami pamer aksi sebenar selepas aksi hambar dalam saingan sebelum
ini," katanya.
Pada saingan Liga Super,
Kelantan menduduki tangga keenam selepas mengumpul 31 mata hasil 10 kemenangan,
satu seri dan 11 kekalahan.
Selain itu, Kelantan gagal
mempertahan kejuaraan Piala FA selepas tewas kepada Felda United di separuh
akhir. - BERNAMA
Sumber-Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140723/su_03/Piya-nafi-terpikat-ke-Felda-United#ixzz38ItnAYhM
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan :
Catat Ulasan