FERDINAND SINAGA ketika
diperkenalkan kepada pihak media di Kota Bharu, semalam.
Yatimin Abdullah
05 Januari 2018 11:48 AM
38
KOTA BHARU 5 Jan - Penggempur
import baharu The Red Warriors (TRW) dari Indonesia, Ferdinand Sinaga mengakui,
tekanan yang diberikan oleh penyokong tidak seberat tekanan daripada media.
Perkara tersebut diungkapkan oleh
penyerang berusia 29 tahun itu ketika diperkenalkan sebagai keluarga baharu
pasukan Kelantan di sini, semalam.
Kata Ferdinand, dia lebih selesa
menjadikan tekanan penyokong sebagai platfrom untuk mempamer karektor sebenar
sebagai seorang penyerang yang disegani.
"Saya akan lakukan yang terbaik
bila ada tekanan dan itu karakter sebenar. Beraksi bersama Kelantan adalah satu
pengalaman baharu kerana saya tahu tekanan daripada penyokong di sini cukup
tinggi.
"Bagaimanapun saya takut
jika ada tekanan daripada pihak media. Mahu atau tidak saya perlu sedia
berdepan dengan sebarang kemungkinan," katanya kepada pemberita.
Ferdinand memberitahu, dia
gembira kerana Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sudi mendapatkan khidmatnya
untuk mengharungi musim 2018.
Katanya, peluang beraksi bersama
Kelantan perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mengembangkan lagi bakatnya di
luar Indonesia.
"Sebelum menerima tawaran
Kelantan, saya ada membaca profail pasukan di internet. Saya suka berada di
sini kerana penyokongnya luar biasa.
"Ini pasti menyenorokkan untuk
saya beraksi dalam Liga Malaysia nanti," ujarnya.
Tambahnya, dia menetapkan sasaran
untuk menjadi salah seorang penyerang termuka Kelantan dalam saingan itu nanti.
Setakat ini Kelantan diperkuatkan
empat lagi tonggak import iaitu Cassio De Jesus (Brazil), Do Dong-Hyun (Korea
Selatan) dan Magaro Gomis (Perancis) serta Bruno Lopes (Brazil). - UTUSAN
ONLINE
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/media-lebih-menakutkan-daripada-penyokong-1.585095#ixzz53PAYvRmi
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan :
Catat Ulasan