Sufian Hadi Sojak
19 Januari 2018 5:37 PM
KUALA LUMPUR 19 Jan. - Syarikat
minuman kultur terkemuka Jepun, Yakult Malaysia meneruskan kerjasamanya bagi
musim ini dengan menaja pasukan bola sepak Kelantan.
Pengarah Urusannya, Hiroshi
Hamada berkata, Yakult sangat berbesar hati untuk meneruskan tajaan pada musim
ini kepada skuad The Red Warriors memandangkan pasukan tersebut berpotensi
besar untuk melangkah jauh kali ini.
“Saya sentiasa mengikuti
perkembangan bola sepak negara, walaupun terlalu sibuk dengan mesyuarat di
merata tempat namun saya sering mengisi jadual saya dengan menonton perlawanan
secara langsung terutamanya jika pasukan TRW beraksi.”
“Selama mengikuti perkembangan
pasukan ini, saya melihat mereka mempunyai peluang yang besar untuk menjuarai
liga musim kali ini seterusnya mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak
Kelantan. Kami berbangga menjadi sebahagian dari keluarga TRW.
"Matlamat utama kerjasama
ini juga adalah untuk kesihatan di mana menerusi kajian saintifik yang telah di
jalankan, minuman Yakult terbukti dapat membantu merangsang semula pertahanan
badan selepas bersukan bagi mengurangkan jangkitan selsema.
"Perkara ini akan dapat
membantu pemain pasukan ini untuk kekal lebih sihat bagi mengahdapi saingan
liga,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar sempena majlis tadatangan
penajaan The Red Warriors di sini, baru-baru ini.
Sementara itu, Presiden Persatuan
Bola Sepak Kelantan (Kafa), Bibi Ramjani Illias Khan menyambut baik dan
berbesar hati dengan keputusan syarikat dari Jepun itu untuk bersama pasukannya
lagi.
“Saya rasa bangga kerana Yakult
setia menyokong pasukan ini, dengan harapan untuk mengembalikan zaman
kegemilangan bola sepak negeri Kelantan. Saya yakin dan percaya jenama Yakult
akan terus berkembang maju di negara ini memandangkan ia amat diminati oleh
semua peringkat umur selain memberikan manfaat kesihatan yang menyeluruh,"
ujarnya.
Sebagai rekod, penglibatan jenama
Yakult dalam bola sepak bukanlah perkara yang asing lagi. Yakult telah menjadi
penaja rasmi bagi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di mana setiap minuman
Yakult yang terjual akan di sumbangkan sebanyak 1 sen kepada FAM untuk
pembangunan bola sepak Negara.- UTUSAN ONLINE
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/yakult-terus-jalinkan-ikatan-bersama-kelantan-1.593390#ixzz54g6Rznw4
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan :
Catat Ulasan