Isnin, 29 Mei 2017

Kelantan mahu kembali ke Liga Perdana



ARKIB : 11/05/2005

KOTA BHARU - Setelah imejnya tercalar kerana terpaksa bersaing dalam kancah Liga Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) musim ini, Kelantan bertekad untuk kembali semula ke persada Liga Perdana musim depan.

Berdasarkan prestasi semasa dalam Liga FAM yang sedang berlangsung, tidak mustahil Kelantan bakal kembali menceriakan penyokong pasukan Kijang.

Setakat ini, Kelantan telah mencatatkan semua kemenangan daripada lapan perlawanan yang diharungi.

Jurulatih Kelantan, Kamaruddin Mohd Noor, berkata, para pemain kini cukup bersemangat untuk meningkatkan prestasi.

``Biarpun terpaksa bermain dalam Liga FAM, ternyata ia tidak menjejaskan semangat pemain untuk terus mencatat kemenangan,'' katanya ketika ditemui sewaktu mengendalikan latihan di padang Hospital Universiti Sains Malaysia(HUSM), semalam.

Kelantan mengekalkan hampir keseluruhan pemain musim lalu termasuk penyerang lincah Zool Ihsan Yunus, Mohd Azli Mahmood, Sarudy Aziz dan Baharuddin Ghazali.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0511&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4iTpeJmbs
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan :

Catat Ulasan