Ahad, 7 Mei 2017

Zahasmi puas lebur rekod kebal Pahang



Pahang rekod lebur
Pahang rekod lebur 
PEMAIN Pahang, Ahmad Syamin Yahya dihalang oleh pemain Kelantan dalam perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam tadi. - UTUSAN ONLINE/AHMAD ZAKKI JILAN

Yatimin Abdullah

07 Mei 2017 12:22 PM
AddThis Sharing Buttons
Share to FacebookShare to TwitterShare to WhatsAppShare to TelegramShare to EmailShare to More292

KOTA BHARU 7 Mei - Pengendali Kelantan, Zahasmi Ismail puas selepas berjaya meleburkan rekod kebal Pahang di Stadium Darul Makmur menerusi kemenangan 3-2 pada aksi Liga Super semalam.

Tanpa berselindung, pengendali berusia 53 tahun itu turut menghamburkan pujian kepada barisan pemainnya selepas berjaya mengekalkan rekod bersih tanpa sebarang kekalahan di luar Stadium Sultan Muhammad IV.

Zahasmi bagaimanapun berkata, dia enggan mendabik dada dengan keputusan itu sebaliknya mahu barisan pemain Kelantan kekal fokus untuk aksi berikutnya.

Menurutnya, masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki The Red Warriors (TRW) jika mahu memberikan saingan kepada pasukan lain di Liga Super.

“Selain itu, saya cukup gembira dengan apa yang ditunjukkan oleh Alessandro Cellin apabila membantu pasukan walaupun kali pertama beraksi selepas berehat panjang akibat kecederaan.

“Jaringan Cellin pada minit ke-17 menjadi tonik berharga buat Kelantan untuk mempamerkan aksi mantap pada perlawanan tersebut,”katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Pada perlawanan itu, Kelantan memperoleh jaringan menerusi Cellin pada minit ke-17 dan Mohamad Ghaddar (minit ke 72 dan 78).

Dua gol skuad Tok Gajah pula disumbangkan oleh penyerang importnya, Matheu Alves Leandro pada minit ke-69 dan 77.

Kemenangan Kelantan itu sekali gus meleburkan rekod tanpa kalah Pahang di Stadium Darul Makmur selepas mengekalkan rekod bersih dalam 11 aksi sebelum ini. - UTUSAN ONLINE

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/zahasmi-puas-lebur-rekod-kebal-pahang-1.478384#ixzz4gRfKHHet
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan :

Catat Ulasan