Hasbullah Ibrahim
sukanteam@nstp.com.my
KELANTAN kembali menemui rentak
kemenangan walaupun sekadar menang tipis 2-1 ke atas naib juara Piala FA,
Selangor pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, sebentar tadi.
Kelantan terlebih dulu memulakan
asakan dan Shafiq Shaharudin hampir membuka jaringan pada minit ketujuh namun
sepakan dalam kotak penaltinya ditampan pertahanan Selangor.
The Red Warriors (TRW) membuat
beberapa percubaan berbahaya dari luar kawasan penalti pada minit ke-12
menerusi Cristiano Santos dan pada minit ke-15 menerusi Danial Ashraf Abdullah
namun diselamatkan penjaga gol pelawat, Khairul Azhan Khalid.
Pelawat memiliki peluang
menjaringkan gol pendahuluan menerusi sepakan kencang import dari Indonesia,
Evan Dimas pada minit ke- 25 namun sedikit tersasar selepas terkena palang gol.
Gol pertama yang ditunggu-tunggu
Kelantan akhirnya tiba pada minit ke-34 menerusi Shafiq yang merembat kencang
dalam kawasan penalti selepas menerima hantaran Fakhrulzaman Wan Zawawi.
Selangor bagaimanapun mengejutkan
tuan rumah apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-77 menerusi rembatan
deras dari luar kotak penalti pemain gantian Sean Selvaraj yang menewaskan
penjaga gol Shahrizan Ismail.
Kelantan bagaimanapun memastikan
kemenangan menerusi Danial pada minit ke-85 selepas menerima lorongan cantik
Baktyiar Duishobekov.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Rabu, 11 Julai 2018 @ 11:40 PM
Tiada ulasan :
Catat Ulasan