KAPTEN pasukan Terengganu FC I,
Tchetche Kipre (tengah) berjaya mengatasi pemain Kelantan, Baktyar Duishobekov
dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam
ini. -AZLAN BAHRUM
Rosalinda Md. Said
23 Julai 2018 11:04 PM
KUALA TERENGGANU 23 Julai -
Kelantan sah tersingkir ke saingan Liga Perdana musim depan selepas tewas 2-0
dalam aksi Liga Super menentang Terengganu FC I (TFCI) di Stadium Sultan Ismail
Nasiruddin Shah di sini,sebentar tadi.
Kekalahan tersebut menyaksikan The
Red Warriors (TRW) menjadi pasukan kedua yang akan bersama-sama skuad Negeri
Sembilan ke liga berkenaan.
Tuan rumah membuka jaringan pada
lewat babak pertama selepas kaptennya, Tchetche Kipre berjaya memperdaya
pertahanan lawan sebelum menewaskan penjaga gol pelawat, Shahrizan Ismail.
Bersambung babak kedua, TFC I
berjaya menggandakan jaringan menerusi pemain pertahanannya, Mohamad Kamal
Azizi Mohamad Zabri pada minit ke-53 sekali gus mengesahkan skuad kendalian
Yusri Che Lah turun pangkat musim depan.
Kekalahan itu menyaksikan
Kelantan dan Negeri Sembilan berkongsi 15 mata daripada 21 perlawanan dengan
liga berbaki satu perlawanan lagi.
Sementara itu, juara liga lima
kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) terus melakar kemenangan apabila
menewaskan PKNP FC 2-1 di Stadium Perak. - UTUSAN ONLINE
Sumber-Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/kelantan-sah-turun-liga-perdana-1.714940#ixzz5MGGQWugQ© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan :
Catat Ulasan