MyMetroArena
Hasbullah Ibrahim
sukanteam@nstp.com.my
KELANTAN mengesahkan tempat ke
saingan Piala Malaysia selepas berjaya menewaskan Pahang 2-1 pada aksi terakhir
Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke IV, malam ini.
Bagaimanapun, skuad Kijang yang
menamatkan saingan liga di tangga ke-11 selepas mengumpul 18 mata terpaksa
beraksi dalam saingan Liga Perdana, musim depan.
The Red Warriors (TRW) mencipta
peluang pada minit ketiga dan minit ke-12, namun percubaan daripada Muhammad
Danial Ashraf Abdullah dan Cristiano Santos tersasar.
Pahang hampir mendahului tuan
rumah menerusi percubaan Muhammad Zubir Azmi pada minit ke-19, namun bola
ditampan keluar penjaga gol Kelantan, Mohamad Faridzuean Kamaruddin.
Akhirnya, tuan rumah menghukum
kealpaan benteng pelawat pada minit ke-42 menerusi Danial Ashraf yang memerangkap
Mohd Helmi Eliza Elias selepas mendapat umpanan tepat daripada Mohd Haikal
Nazri.
Bersambung babak kedua, Iwuji
Amutu menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-65 selepas mudah menyudahkan
sepakan lintang Matthew Davies untuk menewaskan Faridzuean Kamaruddin.
TRW yang dibimbing Yusri Che Lah
tidak menunggu lama untuk kembali mendahului menerusi Shafiq Shaharudin pada
minit ke- 76 sekali gus mengesahkan kemenangan terakhir dalam kempen Liga
Super.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Ahad, 29 Julai 2018 @ 11:36 PM
Tiada ulasan :
Catat Ulasan