ARKIB : 01/05/2011
KUALA LUMPUR - Kelantan mengambil alih teraju Liga
Super daripada Selangor apabila mengalahkan Kuala Lumpur 2-0 pada perlawanan di
Stadium Sultan Muhammed V, semalam.
Jaringan ketua pasukan Mohd. Badri Radzi pada minit
ke-24 dan S. Chanturu pada minit ke-79 memastikan skuad Datuk M. Karathu sama
33 mata dengan Selangor, yang hampir melepaskan teraju liga kelmarin.
Namun, Kelantan yang turut memintas pasukan di
tangga kedua Terengganu, memintas Selangor berdasarkan kelebihan jaringan.
Perlawanan hambar menghiasi pertembungan T-Team dan
Pahang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu menyebabkan
keputusan terikat tanpa jaringan.
Felda United dan Negeri Sembilan juga berkongsi
mata di Stadium Bola Sepak Kuala, Cheras apabila terikat 2-2.
Negeri Sembilan menolak tuah untuk mengutip tiga
mata apabila mendahului 2-0 menerusi Mohd. Shukor Adan minit ke-43 dan Mohd.
Firdaus Azizul empat minit kemudian.
Namun, Felda bangkit menerusi jaringan bekas
penyerang kebangsaan, Mohd. Nizaruddin Yusof pada minit ke-57 dan Mohd. Lot
Hassan memberikan gol penyamaan pada minit ke-84.
Di utara tanah air, skuad Singa Utara, Perlis terus
dirundung malang apabila kalah lagi, kali ini 1-3 kepada pasukan Harimau Muda A
di Stadium Utama, Kangar.
Perlis yang mendapatkan sentuhan jurulatih baru
dari Hungary, Janos Krecska yang memulakan tugasan pertama semalam, gagal
mengelak kekalahan terbaru setelah kalah 1-2 kepada Pahang minggu lalu dan 0-4
kepada Kelantan sebelum itu.
Di Stadium JCorp, Pasir Gudang pasukan berstatus
kelab, Johor FC tidak berdepan masalah mengutip tiga mata penuh apabila menang
selesa 3-0 ke atas Sabah.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0501&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz5e99ftZ00
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan :
Catat Ulasan