ARKIB :
07/04/2011
Gol awal
pemusnah Kelantan
Oleh YATIMIN
ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my
gaya pemain
T-Team, Mohd. Norfarhan Muhammad (tengah) meraikan gol kedua pasukannya ketika
menentang Kelantan dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail
Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, kelmarin. - UTUSAN/Shaifudin Mohd. Nor
KOTA BHARU -
Kekalahan Kelantan kepada T-Team 3-4 pada perlawanan Liga Super di Stadium
Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Kuala Terengganu kelmarin cukup perit untuk
diterima ketua jurulatihnya, Datuk M. Karathu.
Kekalahan
tersebut menyebabkan Kelantan bukan sahaja terpaksa melepaskan teraju liga
kepada Selangor, malahan tercicir ke tangga ketiga di belakang Perak.
Karathu
mengakui kecewa dengan aksi pemain, terutama pada babak pertama apabila
memberikan dua gol mudah kepada lawan.
Menurutnya,
kedua-dua gol awal itu 'membunuh' semangat juang pemainnya apabila kemudiannya
seakan-akan hilang punca.
"Saya
akui kami tertekan dengan jaringan yang diperolehi pasukan lawan, mental pemain
tidak kuat menyebabkan mereka melakukan banyak kesilapan mudah.
"Lawan
pula bijak memanfaatkan setiap peluang yang diperoleh apabila menjaringkan
gol," katanya.
Karathu
memberitahu, pemainnya beraksi lebih baik pada babak kedua.
"Kami
cuba bangkit pada babak kedua, walaupun dikejutkan dengan jaringan ketiga lawan
pada minit ke- 51, kami tetap tidak putus asa.
"Hasilnya
kami berjaya menjaringkan dua gol pada minit ke-62 dan 64, sebelum tuan rumah
menambah gol keempat pada minit ke-79, begitu pun kita berjaya merapatkan
jurang gol pada minit ke-86.
"Semangat
tidak putus asa inilah yang saya mahukan dalam setiap perlawanan, selain
memberikan tumpuan dan fokus," ujarnya.
Beliau juga
mahu pemain menjadikan kekalahan kepada T-Team sebagai pengajaran bagi
menghadapi perlawanan seterusnya.
"Saya
harap pemain kembali ke prestasi sebenar selain mendisiplinkan diri dan
mengelak gawang daripada dibolosi," ujarnya.
SUMBERArtikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0407&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_08.htm#ixzz5e0T4e3Re
© Utusan
Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan :
Catat Ulasan