Jumaat, 23 Mei 2014

Tagoe akhiri keresahan

MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD
17 Mei 2014
 Tagoe perlu membuktikan kehadirannya menggantikan Mohamad Ghaddar pilihan tepat.
Tagoe perlu membuktikan kehadirannya menggantikan Mohamad Ghaddar pilihan tepat. Tagoe perlu membuktikan kehadirannya menggantikan Mohamad Ghaddar pilihan tepat.

PENANTIAN penyokong setia The Red Warriors untuk melihat kelibat penyerang import baharu mereka, Prince Tagoe beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim ini akhirnya menjadi kenyataan.

Khabar gembira yang disampaikan Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa menerusi laman sosial Facebooknya pada Isnin lalu menamatkan keresahan skuad gergasi pantai timur itu.

Usaha keras dilakukan agen pemain import tersebut, Mohamed Mroweh mendapatkan Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) akhirnya membuahkan hasil setelah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meluluskan permohonan berkenaan.

Sebelum itu, Tagoe berdepan masalah untuk turun beraksi bersama Kelantan apabila Persatuan Bola Sepak Tunisia (TFA) enggan mengeluarkan sijil berkenaan berikutan pemain berusia 28 tahun itu masih mempunyai kontrak dengan kelab lamanya, African Club.

PENAMPILAN SULUNG

Kehebatan Tagoe, penyerang kebangsaan Ghana yang pernah beraksi dalam kempen Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan itu amat dinanti-nantikan oleh seluruh penyokong TRW setelah Kelantan menggugurkan penyerang kontroversi, Mohamad Ghaddar, bulan lalu.

Penampilan sulung pada pertemuan menentang Perak atau dikenali The Bos Gaurus malam ini pastinya dimanfaatkan oleh Tagoe untuk membuktikan kehadirannya ke Kota Bharu bukanlah sekadar untuk memenuhi tempoh kontrak selama enam bulan.

Apa pun, Tagoe perlu bersaing dengan seorang lagi penyerang import, Francis Forkey Doe bagi merebut tempat selaku penggempur utama Kelantan memandangkan pemain kelahiran Liberia itu kembali menemui sentuhan penyudah sebenarnya dalam dua perlawanan lalu.

AMARAN KELANTAN

Kejayaan Perak membenam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-1 minggu lalu memberi amaran buat skuad kendalian George Boateng agar lebih berhati-hati apabila melayan pasukan tersebut, malam ini.

Tambahan pula, skuad Abu Bakar Fadzim itu dilihat menampilkan kebangkitan sejak membawa masuk empat awang import baharu mereka iaitu Hassan Daher (pertahanan), Marco Tulio Silva (tengah) serta dua penyerang, Milan Purovic dan Abdulafees Abdulsalam.


Malah kehebatan Abdulafees, bekas penyerang import Shahzan Muda FC musim 2004 hingga 2007 yang meledak dua gol ketika pasukannya meraih tiga mata ke atas ATM pastinya menggusarkan benteng pertahanan yang diterajui Hussein Alaa Hussein Salman.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan