Sabtu, 3 Jun 2017

Final Piala FAM



ARKIB : 02/09/2005

KUALA LUMPUR - Perlawanan akhir Piala FAM pertemuan antara Kelantan dan Kelab Shahzan Muda akan diadakan di Stadium Sultan Mohd. Ke-IV pada pukul 8.45 malam ini.

Sehubungan itu tiket-tiket bagi perlawanan akhir iaitu bagi tempat duduk berbumbung berharga RM20 dan tempat terbuka berharga RM10 akan mula dijual di kaunter tiket di Stadium Sultan Mohd. Ke-IV kira-kira pukul 10 pagi hari ini.

Kelantan mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan ATM dengan agregat 6-0 apabila pada pertemuan pertama mereka menang 4-0 dan 2-0 pada aksi kedua.

Kelab Shahzan Muda pula layak selepas menang 1-0 dan 3-0 untuk agregat 4-0 mara ke perlawanan akhir.

Kedua-dua pasukan tersebut secara automatik layak beraksi ke Liga Perdana musim 2006.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0902&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4iwAGOlnJ
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan :

Catat Ulasan