ARKIB : 06/02/2006
KUALA LUMPUR - Kedah masih
mengekalkan kedudukan tangga teratas Liga Perdana Kumpulan A walaupun tewas 1-0
kepada Kelantan di Stadium Sultan Mohd. Ke-IV, semalam.
Gol kemenangan Kelantan
dijaringkan oleh Sanif Safui pada minit ke-21.
Skuad Kenari kekal dengan 17
mata mengatasi Terengganu dengan kelebihan satu mata.
Di Stadium Sarawak, Mohd. Safee
Sali mencipta dua jaringan untuk membantu Sarawak mencatat keputusan seri 2-2
bertemu Terengganu.
Safee menjaringkan gol pada
minit ke-53 dan 69 manakala Terengganu menerusi Norfazly Alias (m-68) dan Sapian
Wahid (m-75).
Di Stadium Negara Hasanal
Bolkiah, Brunei tidak menghadapi masalah apabila menewaskan Johor 2-1.
Di Stadium Perak, tuan rumah
Perak UPB gagal menggamit tiga mata penuh apabila tewas 2-1 kepada NTFA.
Dalam saingan Kumpulan B,
Melaka kembali menduduki tangga teratas liga selepas menewaskan PKNS 2-1 di
Stadium Petaling Jaya.
Melaka merampas kedudukan
daripada genggaman Johor FC dengan kelebihan jaringan gol selepas masing-masing
terikat dengan 18 mata.
Di Stadium Jcorp, Johor FC akur
dengan kehebatan Sabah apabila tumpas 2-1.
Di Stadium KLFA, Kuala Lumpur
bertindak cemerlang apabila membelasah Shahzan Muda 4-0.
Di Stadium Lada Langkawi, TNB
memulihkan kedudukan daripada tangga terbawah liga apabila menewaskan Polis
2-0.
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4jhOg43B9
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan :
Catat Ulasan