ARKIB : 29/09/2008
KOTA BHARU - Skuad bola sepak
Liga Perdana Kelantan sedang mengintai beberapa pemain kebangsaan untuk
menyertai skuad Cik Siti Wan Kembang bagi mengukuhkan cabaran dan
merealisasikan hasrat merangkul juara Liga Perdana musim ini, lapor AZRAN FITRI
RAHIM.
Presiden Persatuan Bola Sepak
Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, pemain kebangsaan tersebut akan
digandingkan dengan pemain tempatan untuk membentuk sebuah pasukan yang tidak
boleh diperlekehkan.
Sehubungan itu juga beliau
berkata, dalam memenuhi impian itu, pemain juga akan mendapat suntikan jurulatih
baru dari England, Peter Butler (gambar) yang pernah melatih skuad Sabah.
"Pemilihan Butler adalah
berdasarkan pengalaman yang dimilikinya untuk membimbing pemain negeri untuk
muncul sebagai salah sebuah pasukan elit di negara ini.
"Justeru itu, kita membuka
pintu kepada semua pemain terutama pemain kebangsaan untuk menyertai pasukan
ini, kita akan melayan pemain kebangsaan dari semua aspek seperti gaji dengan
sewajarnya.
"Kita memberi jaminan kepada
para pemain yang berhasrat untuk beraksi dengan Kelantan bahawa kebajikan
mereka terutama dalam soal gaji tidak akan diabaikan seperti mana yang berlaku
kepada negeri-negeri lain," katanya kepada pemberita selepas majlis
berbuka puasa di Wisma KAFA di sini semalam.
Pada majlis tersebut beliau turut
menyampaikan bonus kepada para pemain belia yang muncul Johan Piala Belia
Kebangsaan dan tunggakan bayaran gaji bagi musim 2006 serta 2007.
Kelantan membuat persiapan awal
bagi membentuk pasukan yang mantap untuk musim ini apabila seramai 16 pemain
sudah menandatangani kontrak bersama skuad tersebut termasuk tiga pemain dari
pasukan Liga Perdana.
Tiga pemain terbabit ialah bekas
penyerang Terengganu, Cik Hishamuddin Hassan dan dua pemain polis, Faizul Che
Noh serta Wan Zaman.
Annuar berkata, skuad berkenaan
sedang mengintai beberapa pemain kebangsaan untuk digabungkan dengan pemain
tempatan untuk memperkukuhkan pasukan ini.
"Kita juga akan melantik
seorang jurulatih fizikal dari Australia bagi memantapkan tahap fizikal supaya
mereka dapat memberikan aksi terbaik dalam saingan musim ini.
"Pasukan ini juga akan
dikendalikan oleh seorang pengurus sepenuh masa yang akan dilantik selepas hari
raya nanti," katanya.
Dalam pada itu, katanya, KAFA
telah melangsaikan hutang gaji yang tertunggak musim 2006/2007 kepada beberapa
pemain termasuk bekas pemain kebangsaan, Halim Napi.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0929&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz50TaHWRjW
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan :
Catat Ulasan