SAUDARA PENGARANG, | 04
Januari 2017 5:01 PM
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan
(KAFA) dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengancam untuk tidak beraksi di
dalam Liga Malaysia (Liga M) kerana alasan tidak mampu untuk menyediakan dana
sekurang-kurangnya RM15 juta bagi musim hadapan.
‘The Red Warriors’ (TRW) dan
‘The Red Giants’ kini dalam keadaan tidak menentu walaupun masa semakin singkat
dan memerlukan satu keputusan bijak dalam masa terdekat.
Mereka bukan sahaja akan hilang
status sebagai pasukan Liga Super tetapi akan jatuh ‘rankingnya’ ke bawah
bermula dari Liga FAM. Perlukah sesebuah pasukan dalam Liga M mempunyai
sekurang-kurangnya RM15 juta untuk bermain?
Tiadakah alternatif lain bagi
menyelamatkan pasukan-pasukan tersebut atau kerana masih terikat dengan pemain
import mahal mahupun masalah gaji yang mencecah lima atau enam angka bagi
mendapatkan pemain dianggap handalan dan berpotensi?
Disyorkan supaya TRW dan ‘The
Red Giants’ menggunakan dana yang ada sahaja dan tidak perlu memberikan
bermacam syarat untuk memartabatkan pasukan masing-masing.
Ikutlah kemampuan
masing-masing, tidak semestinya perlu mengambil pemain import kerana pemain
boleh dipilih daripada kalangan rakyat tempatan lebih-lebih lagi pemain jati
dari negeri masing-masing.
Saya rasa ada pemain-pemain
tempatan yang mampu buatkan kejutan kerana mereka bukan hanya memandang gaji
lumayan asalkan dapat beraksi dan bangga menyarung jersi pasukan negeri asal
mereka. Buatlah keputusan bijak dan jangan terlalu mendesak kerana peluang dan
ruang itu masih ada. Masing-masing ada peminat, bukan sahaja ribuan tetapi
jutaan peminat tegar yang masih setia menanti.
SYED ABDULLAH SYED OSMAN
JAMALULLAIL
Ampangan Seremban, Negeri
Sembilan
SUMBER- See more at:
http://www.utusan.com.my/rencana/forum/jangan-hampakan-peminat-1.427792#sthash.2OxFjhZ2.dpuf
Tiada ulasan :
Catat Ulasan