JUMAAT, 6 JANUARI 2017 @ 7:05
PM
Oleh Hasbullah Ibrahim
bhsukan@bh.com.my ANNUAR mengadakan sidang media mengenai masa depan KAFA di
Sutera Inn, Kota Bharu.
- Foto Zaman Huri Isa KOTA
BHARU: Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa
menyelamatkan The Red Warriors (TRW) apabila sudi menaja pasukan menerusi dua
syarikat yang dipengerusikannya sekali gus menjamin skuad Kelantan kekal
bersaing dalam Liga Malaysia (Liga M) yang dijadual bermula 20 Januari ini.
Pengesahan itu dilakukan
sendiri oleh Annuar menerusi satu sidang media khas di Sutera Inn, di sini,
hari ini dengan mengumumkan syarikat Al Hamra dan RedONE masing-masing
bersetuju untuk memberi pendahuluan RM3 juta selepas memberi kepada KAFA
sebanyak RM3 juta pada 30 November lalu sebagai bon jaminan Kelantan untuk
menyertai Liga M. Yang turut hadir, Naib Presiden KAFA, Datuk Rosmadi Ismail,
Setiausaha KAFA, Datuk Ismail Md Noor, dan barisan Exco.
Dengan pengumuman 'bekas orang
kuat' KAFA itu, bermakna, KAFA kini memiliki modal sekurang-kurangnya RM3 juta
bagi membolehkan mereka bersaing dalam Liga M. Persetujuan Al Hamra dan sebuah
lagi syarikat, RedONE untuk menaja Kelantan turut mengakhiri kemelut yang
melanda bekas juara Piala Malaysia 2011 dan 2013 itu selepas berhempas pulas
mencari penaja bagi mengisi kantung kewangan yang dilaporkan berbaki RM800,000.
KAFA juga semakin terdesak apabila tiga daripada empat permohonan yang diminta
dengan kerajaan negeri, ditolak serta tidak diluluskan.
Annuar berkata, kali ini,
beliau tampil sebagai penaja utama dan pihaknya akan menubuhkan satu konsortium
yang bakal disertai tujuh atau lapan syarikat termasuk Vida Beauty Sdn Bhd.
Katanya, selaku penaja, beliau tidak menetapkan banyak syarat kecuali warna
jersi iaitu merah dan biru akan terus dikekalkan.
"Dengan pengumuman ini, berakhirlah
segala polemik dan segala tuduhan yang dilemparkan kepada saya, kononnya, saya
dan KAFA bermain drama dan wayang.
"Saya ucapkan selamat maju jaya kepada
KAFA dan mereka perlu berusaha bagi menaikkan semula martabat pasukan Kelantan
sebagai pencabar utama," katanya
SUMBER-Selanjutnya di :
http://www.bharian.com.my/node/231163
Tiada ulasan :
Catat Ulasan