Selasa, 18 April 2017

Abdullah kecewa aksi Kelantan

ARKIB : 13/04/2004
JURULATIH Kelantan, Abdullah Mohamad mahu anak-anak buahnya meningkatkan prestasi selepas beraksi pada perlawanan bola sepak Liga Perdana menentang Kelantan SKMK, kelmarin.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mohamad, Kota Baharu itu, Kelantan menang 2-0.
Kedua-dua jaringan Kelantan disumbangkan pemain import dari Thailand, Worawoot Srimaka (minit ke-28) dan Thongchai Aukarapong (minit ke-71).
Menurut Abdullah, Kelantan bernasib baik kerana memiliki dua pemain Thailand dalam pasukan mereka selepas pemain tempatan gagal memanfaatkan peluang.
Katanya, pemain tempatan mempamer aksi mengecewakan kerana gagal menyempurnakan peluang sekalipun berdepan satu sama satu dengan penjaga gol.
``Saya rasa mereka perlu mengubah situasi ini sekiranya ingin kekal dalam skuad,'' katanya di Kota Baharu, semalam.
Kelantan kini menduduki tangga keempat dalam Kumpulan B Liga Perdana manakala Kelantan SKMK kekal di tangga tercorot.- Bernama

Tiada ulasan :

Catat Ulasan