Ahad, 16 April 2017

Zahasmi puji semangat pemain walaupun tewas

ZAHASMI ISMAIL
Yatimin Abdullah
13 April 2017 12:40 PM
34
KOTA BHARU 13 April - Pengendali Kelantan Zahasmi Ismail tetap memuji aksi diperagakan barisan pemainnya walaupun tumpas 2-3 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam.

Zahasmi berkata, anak buahnya telah memperagakan semangat juang tinggi untuk mendapatkan jaringan penyamaan selepas dikejutkan dengan tiga jaringan balas pelawat dalam tempoh yang singkat.

Menurutnya, bagaimanapun nasib tidak menyebelahi Kelantan apabila gagal memanfaatkan deretan peluang terhidang pada babak kedua.


“Itulah bola sepak, apa yang pasti saya bangga dengan komitmen pemain kerana telah memberikan aksi terbaik walaupun tewas,’’ katanya.

Pada perlawanan itu, TRW bermula garang apabila meledak dua jaringan awal pada minit kelima dan 16 menerusi ayam tambatan Mohammed Ghaddar.

Tersentak dengan jaringan itu, JDT mempamerkan kebangkitan luar biasa dengan meledakkan tiga gol melalui Gabriel Migual Guera (minit ke-29 dan 30) dan Safiq Rahim (minit ke-16) bagi memastikan pelawat membawa pulang tiga mata.

Bagaimanapun, jaringan Guera pada minit ke-29 menerusi sepakan penalti menimbulkan suasana tegang apabila penyokong kurang senang dengan keputusan dibuat Md. Nazmi Nasaruddin yang disifatkan berat sebelah.

Keputusan Md. Nazmi itu telah membawa kepada bantahan di luar stadium sejurus tamat perlawanan yang melibatkan seramai 200 penyokong TRW. - UTUSAN ONLINE.
SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/zahasmi-puji-semangat-pemain-walaupun-tewas-1.469002#ixzz4e7JFE57Q

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan :

Catat Ulasan