Sabtu, 16 November 2019

Tindakan Zairol langgar syarat


Oleh ZAID MOHD. NOOR
“TIDAK boleh tinggalkan pasukan ini sesuka hati,” itulah peringatan daripada ketua jurulatih Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah kepada pemainnya, Zairol Fitri Ishak yang meninggalkan Kedah untuk pulang ke Kelantan sejak tiga hari lalu.
Menurut Azraai, pemain itu masih mempunyai kontrak selama dua tahun dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).
Baginya, Zairol perlu menggunakan saluran yang betul jika beliau ingin menyertai semula pasukan Kelantan pada musim ini, memandangkan pemain itu masih terikat dengan perjanjian kontrak yang ditandatanganinya baru-baru ini.
“Tindakan pemain itu meninggalkan Kedah untuk menyertai pasukan Kelantan setelah ditawarkan kerja di sana adalah bertenta- ngan dengan perjanjian yang telah dipersetujui sebelum ini.
“Dia terlebih dahulu perlu menyelesaikan masalah kontraknya sebelum bertindak meninggalkan pasukan.
“Sekalipun dia ingin kembali semula menyarung jersi Kelantan, dia mesti mengikut saluran yang betul dan tidak boleh membelaka- ngi kontraknya,” katanya ketika dihubungi semalam.
KERATAN KOSMO! semalam.


KOSMO! semalam melaporkan, skuad Kelantan bersedia untuk membawa pulang dua pemain kelahiran negeri tersebut yang beraksi dengan pasukan lain bagi menguatkan Sang Kijang.
Salah seorang pemain berkenaan ialah Zairol yang kini mewakili Kedah.
Azraai berkata, Zairol boleh dikenakan tindakan disiplin kerana meninggalkan pasukan itu untuk pulang ke Kelantan tanpa mendapat pelepasan daripada pihak KFA.
Katanya, sebagai seorang pemain profesional pemain itu sepatutnya bertindak secara bijak bagi menjamin masa depannya dalam sukan bola sepak.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan