Sabtu, 16 November 2019

Piala Malaysia: Kelantan menang dalam duka


Sukan
Ahad, 18 September 2016 | 9:01am
Piala Malaysia: Kelantan menang dalam duka
Oleh Nazri Abu Bakar
bhsukan@bh.com.my
 
PEMAIN PDRM, Muhd Fakhrul Aiman Sidid (kiri) diasak pemain Kelantan, Muslim Ahmad (kanan) pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, Krubong. - Foto Khairunisah Lokman
MELAKA: Kelantan terkeluar daripada saingan memburu Piala Malaysia musim ini walaupun menang 1-0 pada aksi suku akhir kedua di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, malam tadi.

Keputusan itu menyaksikan PDRM layak ke separuh akhir menerusi agregat 2-2 selepas menang di Kota Bahru 2-1 pada pusingan pertama namun mara dengan kelebihan jaringan di tempat lawan.

Apapun peluang terbaik The Cops menghasilkan jaringan hadir seawal minit ketiga namun rembatan kencang Eskandar Ismail berjaya ditepis penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat.

Memadam kelebihan agregat milik tuan rumah giat melakukan asakan drastik namun tolakan Blazhe Ilioski yang hanya berdepan penjaga gol PDRM, Mohd Haziq Nadzli pada minit ke-7 dan tandukan Wan Zack Haikal seminit selepas itu gagal menerjah jaring.

PDRM juga hampa selepas dua percubaan kapten pasukan Mohd Safuwan Baharudin pada minit ke-12 dan minit ke-15 berjaya diselamatkan Khairul Fahmi.

Kehadiran kira-kira 2,000 penyokong The Red Warriors jelas membakar semangat pemain pelawat untuk bernafsu mencari sebanyak mungkin jaringan namun rembatan Indra Putra Mahyuddin pada minit ke-20 sekadar membias ke kanan gawang PDRM.

Pemain kebangsaan, Mohd Fakhrul Aiman Sidid hampir memecah kebuntuan jaringan buat The Cops namun rembatan kencangnya pada minit ke-22 berjaya diselamatkan Khairul Fahmi.

Gol semangat Kelantan akhirnya menjelma pada minit ke-36 menerusi sentuhan kapten Badri Radzi menewaskan penjaga gol Haziq Nadzli bagi mereka meneruskan tekanan ke atas tuan rumah.

Walaupun memiliki deretan tujuh peluang dengan lima menepati sasaran, namun anak buah Mohd Fauzi Pilus gagal menghadiahkan jaringan sebaliknya lima percubaan The Red Warriors dengan satu daripadanya membuahkan jaringan pendahuluan.

Apapun, PDRM gagal menyamakan kedudukan selepas rembatan Eskandar m-49 hanya sekadar menggegar palang gol Kelantan dan sepakan penalti Mohd Safuwan Baharudin pada m-59 berjaya diselamatkan Khairul Fahmi.

Keputusan itu sudah cukup untuk PDRM mencatat sejarah mara ke separuh akhir dan menutup hajat Kelantan untuk menggenggam piala berprestij terbabit.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Ahad, 18 September 2016 | 9:01am

Tiada ulasan :

Catat Ulasan